Assalamualaikum...
Di pagi sabtu yang indah ini, moleklah kiranya nadia kongsikan satu resepi untuk korang-korang semua...sebenarnya nadia pernah buat dulu dan ada kat blog ni... :: puteri ayu ke seri ayu atau putu ayu??::
Tapi masa tu nadia tak ada acuan lagi, so kuih tu macam cacat sikit...so, sekarang nadia dah beli acuan, tibalah masanya nak tunjuk skill lagi sekali...hehehe...cakap banayak pun tak guna, jom tengok bahan-bahannya....
2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudu kecil ovallete
1 susu kecil perisa
pewarna hijau
sedikit kelapa parut, tepung gandum dan garam
cara-cara membuatnya :
1 sudu kecil ovallete
1 susu kecil perisa
pewarna hijau
sedikit kelapa parut, tepung gandum dan garam
cara-cara membuatnya :
1. oles acuan dengan sedikit minyak...(supaya tak melekat dan senang nak keluarkan)
2. campurkan kelapa parut, tepung gandum dan garam...masukkan dalam acuan dan tekan sedikit supaya mampat...
3. pukul gula dan telur selama 5-7 minit...masukkan ovalette dan pukul lagi...
4. masukkan tepung dan santan sedikit demi sedikit...
5. masukkan pula perisa pandan dan pewarna hijau...
(nadia tak guna perisa pandan, nadia perah santan bersama air daun pandan...tradisional sikit kan...rasa pandan asli...hehehe)
6. tuang ke dalam acuan dan kukus lebih kurang 7-10 minit
dan hasilnya....
still cacat sikit sebab kelapa parut tu ada hitam-hitam..nadia lupa nak pesan supaya parut yang putih je...huhu...nadia ada try buat guna kekdah lain iaitu blend semua bahan dengan blender tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....................kuih tak jadi! konon nak senang lah, mix je semua bahan, sekali kuih tak gebu! tak cuba tak tahu kan...so better korang ikut step kat atas tu supaya kuih korang gebu's! yang kat atas ni, ikut step, so okay lah...
tu jelah,
selamat mencuba kuih favourite nadia..
okbai!