Assalamualaikum...
Setelah sekian lama nadia perap cerita japan trip ni sampai dah jadi pekasam, tibalah masanya nadia kongsikan pengalaman nadia di negara matahari terbit ni sempena cuti mid term ni...hehe~ nadia pergi Tokyo ni dari 01 Mac 2013 sampai 07 Mac 2013, kira seminggu lah kan...
So, sebelum pergi tu, macam-macam jugaklah dugaan sampai ibu nadia kata, "awak ni kejap gelak, kejap berkerut, kejap-kejap tengok telefon". itu semua masa nak settle down our visa...visa japan quite complicated, so process tu jadi sangatlah mendebarkan...kalau dia tak approved maknanya tak dapat pergi lah jawabnya sebab tiket dah beli...masa tu dalam fikiran nadia, lepas settle semua tu, hopefully our trip ni sangatlah berbaloi...
annndddd, ternyata memang berbaloi pun...buktinya, sampai sekarang pun nadia rindu japan lagi tau! nak pergi lagi pleasseee.....*okaystopmerapu!
entry ni, nadia cerita masa first day dulu lah, tak banyak, sebab kitorang sampai pun dah midnight...okay, kat bawah ni, gambar kami masa dalam bas UiTM dan LCCT...masa ni memang excited gila...dah lupa dah masalah besar yang melanda sebelum tu...hehe~
kat bawah ni pulak, masa dah sampai Haneda Airport...masa landing tu Allah je yang tahu perasaan nadia, dalam hati, 'Alhamdulillah, sampai jugak kat bumi jepun ni...
berikutnya pula, masa on our way nak pergi hostel...kitorang stay dekat
Khaosan Tokyo Ninja...hostel ni dekat area Nihombashi-Bakurocho, train station yang terdekat ialah Asakusabashi...
Train yang pertama kitorang perlu naik tu dari Haneda ke Akihabara, then kena tukar train untuk ke Asakusabashi tapi since kitorang sampai tu dah tengah malam, train yang kitorang naik tu last train and kitorang stuck dekat Akihabara...walaupun Akihabara dengan Asakusabashi tu selang satu station je, tapi sebagai warga Malaysia yang baru first time datang japan ni, manalah kitorang tahu kan...tanya guard kat situ, dia pun tak boleh cakap English...
At last, ada 1 couple ni tolong kitorang tunjuk jalan sampailah ke pintu hostel...dekat setengah jam jugaklah berjalan kaki tengah-tengah malam tu...diorang baik gila okay! tak tunjuk muka stress lagi terpaksa pun...bayangkan lah, lepas tu diorang nak patah balik, JALAN KAKI lagi...masa tu nadia dah impressed gila dengan japanese ni...
bila sampai je depan pintu hostel kitorang pun menjerit keriangan dan kesukaan tanpa terfikir waktu ketika itu...sekali, receptionist kat situ suruh kitorang diam dan masuk, rupanya diorang memang menitikberatkan soal ketenteraman di malam hari...nak bising, ada tempatnya....ohhhhh~
cabin kitorang di tingkat 4..ohh ye, kitorang tak tidur dalam bilik tapi dalam cabin...macam capsule hotel but hostel ni dia mix, ada room type, ada capsule type...ala, macam doraemon tu! hahaha~ untuk nadia, nadia tak adalah culture shock sangat sebab memang dah tengok kat internet awal-awal...tapi untuk lecturer nadia, dia memang culture shock habis...dia kata macam 'vampire balik rumah'. tidur dalam keranda...hehe~
that is cabin that i told above...macam dalam cerita doraemon kan...for me, nadia tak ada masalah pun duduk dalam benda alah ni...even share dengan guys, share bathroom juga...even my lecturers tidur sebelah cabin juga! tapi as you can adapt that culture and its not against our religion, so tak ada masalah lah kan? masuk dalam cabin baru bukak tudung..apa susah..
yang ni stok makanan yang nadia bawak...as everybody know, japan is one of most expensive country, so memang nadia dah prepare dah...half of my luggage is food actually....hehe...and its really work! duit nadia untuk makanan memang sikit je...nadia memang tak suka japanese food...lagipun masa nadia pergi tu early spring, sejuk and tak rasa lapar sangat...makan roti, sneakers dah okay dah...kalau sebulan pergi comfirm kurus! ^_^
yang ni pulak, underground kitchen, nak masak-masak, nak lepak, nak tengok tv ke...nak buat bising malam-malam pun kat sini....so, every morning and night memang ni lah tempat kitorang...beramah mesra sesama kami dan dengan tourist lain..walaupun share kitchen tapi cleanliness memang tiptop! tak ada masalah pinggan cawan tak basuh, tak ada masalah sampah, tak kemas, TAK ADA okay! even, makanan korang simpan dalam fridge pun tak akan hilang...just letak tag nama and tarikh check out supaya diorang boleh buang in case korang terlupa ke apa...cool kan...
tu jelah mukadimah untuk japan trip ni...nanti nadia cerita pasal first day pulak ye...
till meet then...