Assalamualaikum...
Hari minggu yang lepas masa cuti Hari Malaysia tu, nadia pergi Perak...rumah incik bopren...katanya pergi beraya walaupun dah tinggal 1-2 hari je sebelum Syawal mengundur diri..hehe~
So, nadia pergi sana dengan kakak incik bopren iaitu kak intan...dia kerja kat Kelana Jaya, so nadia ajaklah dia balik kampung sekali... nadia saja nak buat surprise kat incik bopren, cakap tak jadi datang hari jumaat, esoknya baru datang...dia pun marah-marah nadia cakap nadia tipu dia...hehe...malam pukul 1 lebih baru sampai Kampung Gajah...
Hari sabtu pulak, nadia dengan incik bopren pergi Jusco kat Station 18, Ipoh...Jusco tu tak adalah baru sangat bukak tapi nadia tak pernah pergi, kononnya nak buat lawatan sulung ke sana...tengah sibuk ber'window shopping' terserempak pulak dengan pak cik incik bopren...kantoi...huhu~ Lepas tu pergi Ulu Chepor sebab kitorang macam malas nak jalan-jalan, so pergi berehat sebentar sambil menikmati alam semulajadi...chewahhh~
Malam tu pulak, kitorang pergi makan dekat Dataran Ipoh dan kebetulan ada Konsert Ambang Hari Malaysia...disebabkan ada Amy Search yang memang favourite nadia dan incik bopren, kami pun gigihlah menunggu...pukul 11.00 malam barulah muncul Amy, Ella dan AC Mizal...punyalah lama...tapi puas hatilah dapat tengok Amy Search secara live...yeayy!!!
masa tengah tunggu amy search... =D
(gambar nadia je, incik bopren tak payah!)
Hari ahad, mak incik bopren siapkan breakfast pastu buat nasi ayam untuk dibawa ke Cameron Highland! hari sabtu tu mak cik (mak incik bopren) tanya nadia, "syeera (nama lain nadia) nak pergi Cameron ye?" dengan penuh yakinnya nadia jawab, "Nak!" nadia memang dah lama plan nak pergi Cameron kalau pergi Perak.so, inilah masanya kan...lepas tu, mak cik cakap abang adam (boyfriend kak intan) pun nak join...adik lelaki incik bopren pun ajak girlfriend dia...wahhh, terharu ramai yang join...jalan ramai-ramai baru seronok kan! jadinya the whole family incik bopren ikut kecuali ayah dia...adik-adik perempuan dia je tak bawak kawan...hehe~
kitorang gerak agak lambat so sampai pun lambat...selepas meredah
jam yang panjang...kami pun parking tepi jalan, ada kawasan berumput tepi bukit, apa lagi bentang dan tikar kami berpiknik di situ...dah lah udara sejuk je, memang terbaiklah!
bila dah kenyang, kami teruskan perjalanan ke Cameron Valley, memang target nadia nak pergi situ...bukan apa, kat situ ada ladang teh yang sangat cantik...dulu nadia pernah pergi, sekarang nak pergi lagi! tengok gambar kat atas tu, betul tak nadia cakap??? kat bawah ni pulak gambar kitorang...(sebenarnya banyak gambar nadia je...hehe)
kemudian, kami pergi ke pasar malam dekat Brinchang tak silap nadia...sangat sejuk okay! menggigil nadia dibuatnya...nadia beli fridge magnet nak bagi ibu dan mak cik nadia, strawberi coklat, strawberi yang dah dikeringkan tu, jambu epal, keledek madu ke apa entah tapi sedap...
kat bawah ni pulak gambar-gambar selepas penat shopping dan sebelum berangkat pulang...
sementara tunggu mak cik dengan nyna, kami posing dulu... =)
(adah, nana, kak intan dan nadia)
shahrul (adik incik bopren) & adah (adik atun, ex-roomate nadia)
girls only! =)
(belakang : nadia, kak intan, makcik, nyna, depan : nana dan adah)
adik-beradik perempuan incik bopren
(nana, nyna dan kak intan)
esoknya tu, kami berehat je kat rumah dan malam tu boyfriend kak intan hantar kami balik ke shah alam dan kelana jaya...incik bopren pun ikut sekali...wee~ kesimpulannya, pemergian nadia ke Perak kali ni sangatlah best! terima kasih kat diorang sebab layan nadia dengan baik...nadia sangat gumbira! =D
maaflah entry terlebih panjang...ada masa ni nadia dapatlah update, lepas ni tak tahulah bila dapat update lagi...bila masuk semester baru, nadia kena terima hakikat yang masa sangat mencemburui nadia...lebih-lebih lagi bila dah masuk final year ni...
tu jelah, okbai!