Tuesday, 24 January 2012

CNY.

.
assalamualaikum...
hai korang...nadia nak story pasal Chinese New Year ni...semalam, (isnin, 23/01/12) nadia pergi beraya rumah kawan ayah, kawan ibu dan kawan nadia...seperti tahun-tahun sebelum ni, memang jadi tradisi kami sekeluarga pergi beraya rumah kawan-kawan chinese kami...sebelum tu, nadia nak letak satu gambar ni, nadia suka gila bakul ni...very traditional gitu... =)


mula-mula kami pergi rumah uncle tay, office mate ayah...apa yang special??? rumah dia ada ketupat! favourite okay! raya-raya cina dapat makan ketupat, memang best lah kan...uncle tay ni order dengan mak ngah nadia ketupat ni, so di jamin halal...rumah dia setiap tahun ada menu masakan melayu, sebab kawan-kawan dia kan berbilang bangsa...

my favourite all the time! tapi tak ada rendang... =(


very 1 malaysia kan...itu ayah nadia, uncle tay dengan lagi sorang tak kenal (indian)...office mate ayah jugaklah...


okay, lepas tu pergi rumah aunty mary, kawan ibu merangkap rumah kawan nadia jugak...sebab apa? anak dia, frances, kawan nadia...hehe...


kalau pergi rumah dia, balik je mesti macam baru balik shopping, mesti dia bagi makanan banyak gila...tak percaya???


lepas tu, kitorang pergi rumah aunty ah peng, kawan ibu pulak...rumah ni nadia paling suka sebab dia ada cashew nuts dengan pistachio nuts...sedap okay! every year mesti ada...dan mesti bagi kitorang sikit bawak balik...suka!



ada lagi yang best, dapat ang pau! tradisi masyarakat cina selagi tak kahwin, dapat ang pau, tu yang nadia suka tu...hehehe...sekarang tengah tunggu plan ibu nadia yang seterusnya nak pergi beraya rumah siapa pulak lepas ni...


most of kawan-kawan chinese kami sekeluarga faham dengan pantang larang orang Islam, so diorang bagi makanan yang dalam kotak, dalam plastik yang kita biasa makan...so, tak adalah was-was kan...

tu jelah nak cerita kat korang...
okbai! =)

Wednesday, 18 January 2012

paragon.

assalamualaikum...
hai korang...sesi mengQada' cerita...(apakah?) nadia nak cerita pasal trip kitorang pergi melawat kilang karpet...PARAGON CARPET...kilang ni kat area Balakong, Selangor...trip ni untuk subjek yang sama nadia pergi melawat kilang seramik dulu tu...dekat ENTRY INI...

kali ini kitorang pergi satu bas je sebab ramai yang tak join, busy final project katanya...walaupun tak ramai, kitorang tetap enjoy...yelah, first time tengok macam mana proses menghasilkan karpet...tak ramai yang tahu kan...kira nadia ni antara yang bertuahlah...hehehe...

sampai-sampai je kilang tersebut, kami disajikan dengan breakfast...lepas tu briefing tentang syarikat tu dan sesi jelajah kilang pun bermula...

jomlah layan gambar...sebelum tu, nadia nak bagitahu awal-awal, gambar-gambar ni tak ikut step secara terperinci pun tau, just randomly snap je...

okay, gambar bawah ni, proses diorang set kan warna-warna benang yang diorang nak guna...lepas tu diorang gulung benang tu ikut saiz yang diorang nak...guna mesinlah...


yang ni antara proses dia lah...how they set up the thread...


yang ini pulak proses lain diorang set up benang tu, ada banyak cara, tapi nadia tak ingat...hihi...


gambar atas ni adalah bahagian belakang, gambar bawah ni bahagian depan, macam mana hasil benang-benang itu tadi...


kakak ni pulak, dia akan check defect yang ada selepas carpet tu siap, ada bahagian-bahagian yang mesin tertinggal, dia akan jahit balik...laju je kakak ni jahit...cara dia check defect tu pun pantas je...kagum-kagum...


yang ini antara mesin yang ada kat kilang tu lah...nadia pun dah tak ingat...banyak sangat mesin...


menurut pegawai yang bagi penerangan kat kitorang tu, diorang boleh design apa saja dengan adanya teknologi dan mesin yang diorang ada...cuma sediakan jelah duit...kalau dah namanya custom made, comfirm mahal kan...


selepas jalan-jalan kat kilang, kitorang dibawa ke studio dimana tempat diorang menghasilkan design-design carpet, kat studio jugaklah sesi perbincangan tentang design, concept dan tema sesuatu project dengan interior designer macam kitorang ni...ececeh...kitoran bakal je, belum jadi lagi...insyallah...

gambar bawah ni salah satu wall decoration kat luar meeting room...kalau dah namanya kilang karpet, mesti banyak karpet kan, boleh buat peta Malaysia lagi...


ini antara design proposal diorang...


kitorang semua tertumpu kepada benda alah comel tak hingat ni...macam make up pun ada...geram gila! officer kat situ dah warning awal-awal, yang itu tak boleh ambil...hehe...kitorang dapat jugak sample-sample karpet tapi bukan yang inilah...tapi cantik-cantik jugak...suka.suka.suka!


kilang ini juga menghasilkan karpet kereta untuk proton, produa dan lain-lain...so, kitorang sempatlah intai-intai dari tingkat atas proses membuat kartpet kereta ni...


sebelum balik, mestilah bergambar dulu...ni kat lobby office...design lobby dia cantik! (nadia dan syahira a.k.a syerai...hihihi...)


tu jelah nak cerita~
okbai! =)

Tuesday, 17 January 2012

people change.

assalamualaikum...

hari ini topik kita "people change" ye adik-adik...hehehe...okay, berangan.
tapi nadia betul-betul nak cakap pasal "people change"...dua perkataan ni selalu menjadi favourite nadia sejak dulu lagi...dan atas kepercayaan "people change" inilah nadia semakin mendalami dan memahami hati manusia...nadia ubah prinsip hidup nadia...

contohnya, kita selalu dengar orang selalu marah mat rempit macam ni,
"apa punya banganglah mat rempit ni bawak motor macam pelesit, mak bapak kau tak ajar ke?"


kita tahu ke mak bapak diorang ajar ke tak, entah-entah jenuh mak bapak dia ajar, mak dia hari-hari menangis, bapak dia dah habis ikhtiar nasihatkan anak dia, dah dia nak jadi macam tu kan, kita pun tak tahu mungkin Allah sedang menguji dia dengan cara macam tu...tak pun, mak bapak dia busy, dah bercerai, dah meninggal, mana kita tahu...sebab tu kurang didikan, kurang kasih sayang dan jadi macam tu...

dan jika Allah S.W.T mengkehendaki dia berubah, sekelip mata dia berubah jadi macam gambar bawah ni...kita yang mengata dia ni? tetap dapat dosa, tetap macam ni, tak ada perubahan, tak ada hijrah...


apa yang perlu kita buat ialah cuba fahami hati dia, kalau boleh bantu dia berubah, paling tidak pun berdoa semoga satu hari nanti dia sedar, insaf...ikut kesesuaian keadaanlah...

cerita mat rempit itu contoh, banyak lagi situasi di sekeliling kita...orang jahat tetap jahat, kita ni konon baik sangat... orang tu pakai seksi, nerakalah tempat dia...sesuka hati kita nak hukum orang kan...mana tahu, esok dia taubat, Allah ampunkan semua dosa dia, lepas tu dia meninggal, terlepas azab neraka...kita yang kena tanggung dosa sebab mengata dia...

contoh lain : diana amir...dulu nadia memang tak minat dia sebab dia biasa-biasa je, seksi pulak kan...tiba-tiba Allah bagi dia hidayah, sekelip mata dia berubah kepada yang lebih baik...itu kuasa Allah S.W.T. nadia yang malu dengan diri sendiri...dia dah berubah, tapi nadia tetap macam ni....


nadia tengok filem songlap dengan aku tak bodoh, jalan cerita sangat memberi pengajaran dan buat nadia berfikir...yang kelakuan seseorang tu bukan 100% kehendak diorang semata-mata...mungkin fakor sekeliling...kita patut bersyukur sebab diberi didikan yang betul, diberi kasih sayang yang cukup, dikurniakan rezeki, tidak diuji seperti orang lain...


nadia duk taip panjang-panjang ni hanya nak bawak satu mesej, "people change". so, siapa kita nak menghukum dan menilai seseorang tu...orang yang baik takkan selamanya baik, orang jahat takkan selamanya jahat...so, adalah lebih elok kalau kita mendoakan sesama kita supaya kita sama-sama berhijrah kearah kebaikan...

itu jelah,
okbai~

Monday, 16 January 2012

ku ke udara lagi...

assalamualaikum...
hai korang!!!
wahhh, rindu gila blog ni...first of all, tajuk entry tu nadia main petik je...tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia...sorry lah, nadia busy kemain prepare final project...lepas tu ada paper dan assignment yang perlu disiapkan...normal lah tu kan untuk seorang student...so, sekarang nadia dah start cuti, bolehlah mengaktifkan diri balik untuk blog ni...

sebenarnya banyak cerita nak share dengan korang tapi sebab tak ada masa kan...terpaksalah nadia simpan je cerita tu...huhuhu...
so, sebagai permulaan entry untuk 2012 ni, biarlah nadia recap balik cerita 2011 walaupun dah separuh bulan dah tinggalkan 2011...ah, lantak lah, nak cerita jugak!

januari 2011

nadia pergi pangkor dengan mr.bf, atun dan ajib, fiza dan lan...diorang ni kawan-kawan kitorang jugaklah...mr.bf kata masa pergi pangkor ni the best moment for him...dia katalah... =)


february 2011

bulan ni nadia pergi kuala kangsar pulak dengan atun lagi, fiza lagi dan yana...gigirl only...hehe...cik atun kita ni ajak jumpa kawan lama dia kat sana, nama dia azilah@cik yong...kuala kangsar best...thanks cik yong bawak kami jalan-jalan dan makan laksa kuala!


mac 2011

bulan kelahiran nadia...bulan ni jugak ada dinner ID Department yang bertemakan spectrum of colours...kitorang enjoy lar, mungkin sebab last semester kitorang kat UiTM tu kan...dan menang table terbaik juga...suka!


april 2011

bulan penting untuk nadia sepanjang perjalanan hidup nadia bergelar pelajar diploma Interior Architecture di UiTM Perak...nadia berjaya jugak present final project nadia semampunya...alhamdulillah...



mei 2011

for the first time, nadia ada di rumah pada hari ibu, so kami adik beradik decide untuk buat surprise untuk ibu...ibu happy, nadia 1000 kali happy...cerita pasal mother's day ada DI SINI...


june 2011

bulan untuk menggembirakan hati ayah pulak...kitorang buat suprise celebration untuk ayah pulak sempena hari bapa....baca cerita selanjutnya DI SINI...


julai 2011

bulan ni nadia gelarkan sebagai 'july with love' sebab mr.bf datang muar jumpa nadia...bila nadia kat muar, mana dapat jumpa kan...so, nadia happy lah...(full story) =)


ogos 2011

hari yang paling ditunggu setiap tahun iaitu hari rayalah! nadia suka sangat sebab dapat makan ketupat dengan rendang...favourite tuhhh...nak tengok gambar raya, klik sini...


september 2011

new chapter sebagai seorang pelajar degree pulak, nadia sambung degree di shah alam... so, awal-awal tu kitorang buat sesi menjelajah lah...(full story)


oktober 2011

bulan ni, nadia for the first time join event yang membabitkan blogger-blogger famous...nadia pergi fashion show dan jumpa gadis-gadis cantik, gila tak suka! ceritanya ada DI SINI...oh ya, bulan ni pun nadia konvo...akhirnya tercapai juga impian nak pakai jubah dan mortar board tu... =)


november 2011

bulan untuk mr.bf...birthday dia dan anniversary kami yang ke-2...alhamdulillah...gaduh-baik, ketawa-menangis, susah-senang, dah 2 tahun...harap-harap kekal hingga ke akhir hayat...amin...(full story) =)


disember 2011

bulan busy untuk nadia...tapi 31/12/2011 nadia sempat jadi pihak pengantin perempuan, wedding kakak tiera, roomate dan studiomate nadia tu...wedding tu kat klang...best jugak sesekali hantar pengantin ni...hehehe...nanti nadia cerita okay...


kalau nak cerita whole 2011 memang tak habislah...ni kira highlight jelah...so far, nadia boleh cakap 2011 adalah tahun yang happy untuk nadia...sebab banyak perkara happy berlaku tahun ni...nadia tak nak lah kira yang sedih-sedih tu...yang penting setiap tahun ada suka-duka dan bagi kita pengalaman supaya kita jadikan pengajaran dan mematangkan kita...tak gitu! hehehe...

okaylah, tu je nak cerita...
bye! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...