Tuesday, 31 May 2011

mango corner uollss!!!

hai...
just nak review kedai makan i pergi semalam...sebenarnya dulu-dulu kitorang (my family) selalu juga makan kat sini...masa i sekolah dulu...masa berlalu zaman pun berubah...makanya kami pun sudah jarang ke sini...dengan adanya sedikit rezeki yang Allah bagi kat i ni..i pun call my mum,
"ibu,malam ni kita pergi makan...along belanja!"
eh,susah tau i nak belanja...ye lah masa study mana ada duit...huhuhu...
mango corner yang berdekatan dengan High School Muar ni ada karaoke...so,bagi yang gila karaoke kat public,this is the place...hehehe...kenapa mango corner???may be sebab ada pokok mangga kat tengah-tengah kedai tu...tapi sekarang tinggal batang pokok je..sebab??tak dapat dikenal pasti...environment ok lah...owner kedai ni i boleh describe yang dia seorang peminat barang antik...sebab banyak barang antik kat kedai dia...tapi sayang,decoration tak teratur menyebabkan barang antik tu macam terbiar je...
di bawah ini ada beberapa barang-barang koleksi tuan empunya mango corner ni...




ada jugak gong,mesin jahit dan macam-macam lagi lah...kalau dia renovate,decorate elok-elok mesti lagi cool...(naluri designer telah meresap dalam diri...hihihi)
menu pula,sama saja dengan kedai makan lain...dan ada western food...
so,i order beaf steak...

my mum and my adik makan chicken chop...

tengok budak ni...memang kuat makan!

ayah pula makan nasi goreng daging merah...

me & my ibu...

makanan dia not bad lah...sama macam dulu...masa kitorang datang tu,ada dua orang mak cik ni tengah sakan bergelek nyanyi lagu dangdut...mula-mula ingatkan sekejap lah...sekali lama gila...dahsyat mak cik ni...dapat microphone terus tak mahu lepas...dah macam konsert dia dah...lepas tu ada pak cik pula ambil alih...pun sama...lepas satu, satu lagu dia nyanyi...tapi semua lagu dondang sayang...stok mendayu-dayu...alahai pak cik...sayu hati saya mendengarnya...tapi tak apa lah,janji pak cik dan mak cik happy...huhuhu...tengok ayah dan adik...bukan main tekun tengok pak cik tu menyanyi...

ok lah,tu je nak cerita...ok bye!

Saturday, 28 May 2011

tips : komunikasi berkesan dalam perhubungan

1. kalau pasangan korang memberi cadangan atau menyarankan sesuatu, seharusnya kita harus mendengar dan memberi respons yang baik walaupun korang tak setuju...bukan hipokrit tapi untuk mengelakkan pentengkaran...

do : "ok, i'll try..."
don't : "entah lah" or "tengok lah nanti..."



itu menunjukkan yang korang langsung tak nak terima pendapat diorang...lepas itu,dah kecil hati ataupun bertengkar...kan susah...

2. sifat perempuan selalu ingin difahami manakala lelaki pula hanya mahukan keadaan kembali reda.so, bila berlaku situasi seperti ini apa kata korang cuba cara ini...

do : "i rasa you perlu cuba faham i,and i akan cuba faham you..."
don't : "you mesti faham i,kalau tidak....bubye!"


janganlah ambil langkah mudah macam itu...ia hanya mengeruhkan keadaan.

3. berhati-hati dengan nada dan intonasi suara.bila dia beria-ia menyatakan sesuatu, pastikan korang dengar dan tumpukan perhatian dan jangan sekali-kali tukar topik...kalau tidak sia-sia saja kamu kene marah...tak pun,dia merajuk...kan susah nak pujuk...

do : boy : "eh,i dah dapat kerja baru tau,gaji best!"
girl: "oh,yeke???best lah you,i pun tumpang gembira"
don't : boy : "eh,i dah dapat kerja baru tau,gaji best!"
girl: "oh,ok...semalam i pergi shopping tau....blablabla...."


support lah apa pasangan kita buat walaupun kecil...siapa lagi nak support dia kalau bukan korang...tak gitu???

4. jaga hati dan perasaan masing-masing...korang bukan hanya perlu jaga hati dan perasaan pasangan kamu saja tapi diri korang juga...cinta is not just responsibility but to be feel together...jangan takut kehilangan sehingga mengabaikan diri sendiri...contohnya, bila pasangan korang marah...

do : "boleh tak kalau u tegur dengan cara lebih elok dan hormat i sebagai
pasangan u..."
don't : "ok, i salah,semua salah i...i'm sorry"


kalau korang tak salah,kenapa perlu mengaku hanya untuk meredakan keadaan...ini hanya menyebabkan diorang naik kepala dan fikir kamu boleh ditindas...penting tau!

5. cuba fahami sifat dan sikap pasangan...perhatikan minat pasangan korang dan apa yang si dia selalu lakukan...jangan sesekali mengkritik minat diorang...kalau nak tegur pun,cuba cara ini...

do : "i suka tengok u happy tapi janganlah sampai abaikan i..."
don't : "u jangan keluar lagi, kalau tak kita clash!!!"


jangan kongkong ok...tak seronok lah...korang pun mesti tak suka dikongkong kan....

ok,that's my own opinion...hopefully, dapat bantu korang and diri i juga...chill ok!

Thursday, 26 May 2011

alhamdulillah... =)

assalamualaikum...
entry ni nak share dengan korang betapa gembiranya i dengan result yang dikeluarkan oleh UiTM semalam...bukanlah 4flat mahupun deanlist tapi mencapai target dan misi saya...korang tak tahu betapa nervous i tunggu result ni sebab dah final kan...risaulah kalau ade yang sangkut...huhuhu...result i lebih baik dari jangkaan dan segala usaha selama ini berbaloi...my personal mission pun tercapai...syukur...

sepanjang berada di semester akhir dalam program Interior Architecture ni,macam benda i lalui...benda yang tak terjangkau dek akal,banyak betul dugaan tapi semua tu da pun berakhir dan i pun dah dapat ganjarannya...

tiba-tiba teringat semua tu balik...macam mana life i masa tu???haa,macam kat video ni...exactly!

lawak gila lah matlutfi ni...i tak tahu dia ambil program apa tapi lifestyle dia lebih kurang je...studio life...macam kitorang kat UiTM ni,awal-awal semester buat kerja kat studio sampai pukul 11.00 malam...lepas itu up sikit, pukul 12.00 malam...lama-lama balik pukul 2.00-3.00 pagi...last sekali,tak balik langsung...hehehe...fyi, UiTM Perak tak sama macam Uitm Shah Alam,boleh stay kat studio anytime...Kitorang ada pak guard yang sangat lah berdedikasi menghalau kitorang...huhuhu...lecturer kitorang pula sanggup teman kitorang and back up kitorang every night kalau pak guard datang...sangat baik kan...masa hari kitorang nak present tu, masa i nak pin up i punya banner, lecturer i tanya macam ini :-

lecturer : eh,you all balik pukul berapa malam tadi?
me : tak balik lagi...
lecturer : hah,tak mandi lagi lah ni? dari pagi semalam?
me : a'ah lar...
lecturer : hah,pin up cepat-cepat...lepas tu balik mandi,nanti assessor pengsan pula tengok awak...
me : hehehe...

tapi berbaloi lah...alang-alang berhempas pulas satu semester,apalah sangat tak balik mandi untuk kali terakhir...hehehe....


inilah workstation i...seharian duduk disini...sekarang i dah mula rindu nak duduk situ...huhuhu....


masa ni sudah pukul 12.30 tengah malam dan lecturer i masih lagi crit student punya works! salute kat lecturer Perak...


ada yang serius berbincang...


ada yang concentrate siapkan projek diorang...


dan ada yang sudah terbayang-bayang tilam dan bantal kat hostel...huhuhu...


kadang-kadang pergi breakfast di Teluk Batik...


lecturer kitorang sangat lah baik,"hari ini kita tak payah buat kelas,kita pergi minum petang ramai-ramai dekat clearwater,batu gajah....oh,indahnya dunia...


dapat lepaskan tension macam ini....




macam ni lah kalau kitorang terlepas dari studio tu...hahaha...


beli makanan dekat pasar malam lumut dan dinner di jeti...


kadang-kadang dinner dekat area Seri Iskandar je...

tapi semua tu kitorang buat bersama-sama...that's the beautiful of artemasia...susah senang bersama,menangis bersama,ambil berat each other...oh,lupa nama studio batch kitorang ini artemasia...

and i pun dah berjaya present my final project semampunya...


tak lah gempak mana pun...tapi i puas hati sebab i dah berusaha... =)

*i miss artemasia damn much!!!
*sorry gambar tak sharp...i bukan pakai dslr ok...

Wednesday, 25 May 2011

hulurkan tangan ringankan beban...

assalamualaikum and hi korang!

semalam i tengok tv3 rancangan Fuhh Istimewa : Akustika Amal Al-Taqwa...Program ini adalah program amal untuk rakyat Malaysia menyumbang kepada pembangunan semula Rumah Anak Yatim & Anak Hidayah di Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat.

Antara pesembahan istimewa artis yang menjayakan program tu seperti berikut :-

faizal tahir (i adore him ok!)


Lan (Azlan & The Typewriter) >>>thank you sebab botak...macam tahu je i suka orang botak...hahaha...bapak perasan kan...)


Noh Hujan( i suka you tapi you suka orang lain...fine!)


Aizat


Black

and last but not least...

Jaclyn Victor...

most of diorang punya persembahan ok lah may be sebab ikhlas nak tolong orang kan...so,lepas tengok program tu i macam terpanggil nak ajak korang-korang ni join juga tolong mereka yang ditimpa bencana ni...so,bagi siapa-siapa yang nak menghulurkan bantuan bolehlah bank in kan sumbangan korang tu ke :-

Tabung Bencana NSTP Media Prima
Akaun Maybank : 514105-320757

Tabung TV3 Bersamamu
Akaun maybank : 564324-129973

atau

layari www.tv3.com.my/al-taqwa

tak kisah lah banyak ke sikit sekurang-kurangnya kita bantu meringankan beban mereka + tak rugi bantu anak yatim...besar pahala =)

*the thing yang i sangat puji rakyat Malaysia ni kalau berlaku bencana kat mana-mana negara sekalipun,sangat lah cepat buat donation and tolong mereka...i just thinking,semoga dengan sifat pemurah dan sifat kemanusiaan rakyat Malaysia ini,kita sentiasa di bawah perlindungNya dan Allah S.W.T. akan mengampuni dosa-dosa kita...amin...

Tuesday, 24 May 2011

sunshine smile contest!

baru baca entry ni di blog alyn...macam senang je nak join contest ni...so,i nak try lah juga...saja suka-suka sambil mengisi masa yang terlebih lapang ni...nak join juga???jom baca instruction kat bawah ni :-

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah. Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)

so, i pilih gambar ini untuk contest ini...



dan i nak ajak korang-korang ni join juga...
antoo ungu
wanie
diyana rodzi

oh,i lupe, HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.



style kan hadiah dia,apa lagi jom lah join!!!

nora elena

hai korang!
just nak review sikit drama nora elena dalam slot akasia di tv3...drama ni on air from 0700 pm - 0800 pm...i tiba-tiba je macam excited follow drama ni since 1st episode...sebab??? maybe sebab i baru dapat peluang tengok tv sejak balik dari UiTM seri iskandar hari tu...kat sane mana dapat nak tengok-tengok tv ni...dan kebetulan drama ni baru start, so senang sikit nak tahu plot dari awal...cerita ni adaptasi dari novel 'kasih yang suci' karya Meen Zulaikha...



pelakon-pelakon dia semua hot ok...ada siti saleha,aaron aziz,zul ariffin,ery putera,wan sharmila dan ramai lagi...




ok, ini dia sinopsis cerita nora elena...

Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi.

Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth.

Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hati Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?

tak sabar nak tahu kesudahan cerita ini...jom layan...if korang da terlepas episod-episod terdahulu,tengok je kat tonton...macam i selalu buat...huhuhu...

Sunday, 22 May 2011

iluvblog : blogwalking community

hai korang! i baru bace entry dari wootmedia.my mengenai group ni...so macam best je kalau join kan...senang sikit nak blogwalking...hehehe...so, i nak join blogger bawah tanah...cara dia mudah saja...tengok kat bawah ni ye...

1. Pergi ke www.bw.iluvblog.com
2. Di Home page,anda akan dapati terdapat 7 group seperti Blogger Tercinta Official,Sahabat Blogger,Blogger Pantai Timur dan sebagainya
3. Click salah satu group
4. Anda akan dapati terdapat 500 link blog di setiap group tersebut
5. LEFT CLICK pada link blog tersebut ( right click akan menyebabkan open in new tab )
6. Satu pop-up window akan keluar dan blog tersebut akan loading di pop-up window tersebut.
7. Sekurangnya-kurangnya 3 second diperlukan untuk loading blog di pop-up window tersebut bergantung pada internet anda dan juga blog tersebut.
haa,senang je kan...

If korang interested nak join, korang boleh baca instruction kat sini :
jom ramai-ramai join! =)

siapa Charice Pempengco???

siapa dia ni???famous ke???stok group max 24:7 dan gula-gula tu ke???oh no no no....tidak sama sekali...Charice ni seorang penyanyi dan pelakon dari Filipina yang berumur 19 tahun yang lahir pada 10 Mei 1992. sangat famous di youtube macam Rebecca Black tu juga...tapi yang membezakan mereka ni kehebatan dan kualiti suara.nak tengok macam mana rupa dia???ni haa...




cantik kan...

Oprah Winfrey menyifatkan dia sebagai "Most Talented Girl in The World"...korang mampu tak???hehehe...Dalam sebuah wawancara ABC News, David Foster berkata,
dia memiliki kemampuan untuk meniru suara orang lain dan merupakan ciri-ciri penyanyi yang baik. Dalam wawancara berasingan, Josh Groban menyatakan bahawa suara Charice adalah salah satu suara yang paling indah dia telah mendengar dalam masa yang lama. The New York Post pernah menyifatkan Charice memiliki vokal ajaib kerana dapat menyanyikan 'lagu besar' untuk usia sepertinya.

first international album dia realease pada tahun 2010...Then masuk Billboard 200 di tempat ke -8 dan secara tak langsung menjadikan dia artis pertama Asia dan Filipina yang berjaya jadi Top10 kat Billboard 200 tu...lagi sekali,korang mampu tak??? Antara single dia "Pyramid" featuring dengan rapperz Iyaz...ala yang famous dengan lagu "Solo" tu,yang datang masa Shout Awards 2010 tu...ni lagu pyramid tu,



Next, dia akan release single "Before it Explodes"...Bruno Mars yang tulis lirik babe...style kan...korang search lah kat youtube ea...huhuhu...dan ada banyak lagi cover version yang dia nyanyi...

bab berlakon pula,dia ada join casting siri TV Glee sebagai Sunshine Corazon...




I bukanlah nak agung-agungkan artis luar tapi mengagumi kehebatan vokal dia...artis yang macam inilah kita patut cari dan ketengahkan...barulah boleh harumkan nama negara...tak gitu...contohnya macam anuar zain,shila oiam,faizal tahir, siti nurhaliza dan adalah beberapa nama lagi...duduk sorang-sorang atas pentas pun boleh buat orang "wow" kat mereka kan...so, program-program realiti TV or syarikat-syarikat rakaman,tolonglah cari artis-artis yang seperti ini supaya boleh upgrade sikit kualiti artis kita...

this is just my opinion,tak ada kena mengena dengan siapa-siapa pun ok... =)

Thursday, 19 May 2011

tips untuk disukai ramai

tips ini bukan untuk korang je...tapi untuk diri sendiri juga...bukan apa,kan best kalau ramai orang senang dengan kita...kita tak boleh buat semua orang suka kita sebab hati manusia kan lain-lain...apa yang kita boleh buat adalah cuba sedaya upaya untuk membuatkan kita disenangi ramai...macam i sendiri,kalau orang tak kenal mesti cakap i sombong tapi bila dah kenal macam terlebih cakap pula...hehehe...muka sombong tu memang semulajadi,tak boleh buat apa-apa lah...i rasa yang ini ikut ayah i...muka berlagak je, tapi hati baik...hehehe...(perasan)
ok lah,kat bawah ini antara tips yang i boleh share dengan korang...jom baca!

1. senyum

senyum,tak perlu kata apa-apa...haa,da betul lah tu apa yang najwa dan malique nyanyi tu...lagu tu sangat berguna kalau kita praktikkan...walaupun i tahu ramai yang tak suka tapi cuba hayati lirik lagu tu...senyum je,tak rugi pun...orang tengok kita senyum,orang pun happy...korang pernah tak hadapi situasi macam ini,korang jalan-jalan lepas tu terserempak dengan siapa2,then korang buat andaian sendiri,kutuk or puji tapi mesti ada kan...tiba-tiba orang tu senyum kat korang,terus korang tukar pendapat,"baik dia ni,muka cantik,baik pula tu..." tak pun,"ingatkan sombong,rupanya baik..."ada tak???kalau korang tak pernah pun,i pernah...hu3...so,nak orang suka kita kenalah senyum selalu,kan manis...if tak tahu lagu senyum tu??? tengok video ni...



2. jadi diri sendiri

tak payah hipokrit,tipu sana sini untuk dapat perhatian...siapa anda,dari keluarga mana,setinggi mana pelajaran anda,sebanyak mana harta korang ada,just be yourself...kalau orang tu ikhlas,dia tidak akan pertikaikan pun...di situ kita boleh nilai hati budi seseorang tu...lagipun, kalau korang tipu nanti kantoi dah susah...






3. jangan berlagak tahu semua benda

yang ini pun penting...walaupun korang memang expert tapi bila berbual dengan orang lain, kenalah ada sifat rendah diri...banyakkan mendengar daripada bercakap...bila orang tu tengah excited bercerita,janganlah potong...dengar dan bagi pendapat korang pula...barulah berlaku two way communication yang bagus.



4. topik yang sesuai

kalau berbual dengan rakan sebaya,korang boleh cerita pasal trend,fashion,future,study...tapi kalau dengan orang yang lebih dewasa,kenalah sesuai dengan usia orang tu...barulah dia rasa seronok dan selesa...sama juga kalau kita berbual dengan orang berkerjaya professional, petani kampung, lepasan sekolah dan banyak lagi lah...topik mesti sesuai dengan latar belakang orang tu...contohnye jangan cerita mengenai ipad, iphone dan segala gadget dengan pakcik pemandu lori...mestilah dia kurang tahu, secara tidak langsung dia akan avoid untuk berbual dengan korang...



5. rajin/ringan tulang

selalu offer diri untuk memberi bantuan kepada orang lain,tapi janganlah terlalu harap balasan...tolong biar ikhlas sebab kalau kita ikhlas orang akan kenang dan kalau bukan orang yang kita tolong tu yang tolong kita balik...mesti orang lain akan tolong kita juga...percayalah...jangan tolong orang sebab nak dapat pujian atau nak kan balasan dan upah...



inilah sedikit tips yang boleh dikongsikan...harap boleh membantu korang dan juga diri i sendiri...semoga kita semua disukai ramai! hehehe....
p.e.a.c.e.

Monday, 16 May 2011

paisley pattern...

Hi and Assalamualikum...
Ni nak cerita tentang kegilaan saya terhadap corak paisley...eventhough,corak ni dah lama gila establish tapi i baru nak suka,sebab apa??? i pun tak tahu...huhuhu...mungkin sebab baru menyedari keunikan dan kesenian corak itu sendiri...selama ini,tengok macam tak ada perasaan je...sekarang baru nak guna sense of art yang ada dalam diri...cehh,ada ke???

sedikit info tentang corak paisley ni...

Corak paisley ni merupakan motif sayur berbentuk titisan yang berasal dari India dan Parsi. Ada orang panggil dia "Persian Pickles" ataupun jeruk Parsi bagi tradisionalis Amerika terutamanya pembuat selimut ataupun "Welsh Pears" dalam industri tekstil di Wales sekitar 1888...Lame gila kan...since corak ni da lama gila wujud di dunia yang fana ini, ada beberapa pendapat tentang corak yang unik ini... Ada yang cakap,corak ini seperti titisan air mata, ada pula yang cakap macam bentuk ginjal, buah mangga lah apa lah...pada i, bentuk dia tu yang mempengaruhi pendapat orang... nama Paisley ni diambil dari nama sebuah bandar di Scotland iaitu bandar Paisley... Ia juga dikaitkan dengan kepercayaan agama Hindu...
(sources from wikipedia)

Tidak kira apa pun pendapat orang, yang penting corak ini sangat cantik dan unik...
kat bawah ini antara contoh corak paisley...


cantik kan...


corak ni sarat dan padat tapi tetap cantik...


corak ni pula more simple and modern...


ini pula bagi yang kreatif...beading with paisley motif...

sekarang ini pun banyak shawl, baju, skirt, kain, seluar pun ada yang bercorak paisley...asalkan korang pandai mix and match, tak nampak sarat pun...so, selamat bereksperimentasi dengan corak paisley ini... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...