Wednesday, 21 December 2011

Wednesday, 7 December 2011

3licious!

assalamualaikum...
hai korang!!! entry ini mahu cerita tentang booth nadia dan kawan-kawan seperti yang digembar-gemburkan di entry yang lepas...(power tak ayat nadia...hehehe) first time bukak booth, nervous tahu! partner nadia ialah atirah dan syahirah...booth kitorang kat FSPU, UiTM Shah Alam...

first of all, nak say thanks kat studiomate nadia, adiza sebab sudi bagi kami pinjam dapur rumah dia untuk buat kek batik dan thanks to adik adiza sebab sediakan lunch untuk kitorang juga...oh ya, tidak lupa juga kepada amirah, studiomate kitorang jugak yang bawak kitorang pergi pasar, bakery, kedai runcit walaupun petang tu dia nak balik kampung kat terengganu...(ini ucapan raya ke apa?)

okay, kitorang start the business around 10.00am sampai lar 12.00am...sumpah penat okay! letih yang amat...baru sehari tu...huhuhu...almaklumlah, first time meniaga...

nama booth : 3licious! sebab apa? kitorang pun tak tahu setelah jenuh berjam-jam fikir nama booth...huhuhu...bunyi macam best je, kira proceed lar...


kat bawah ini booth kitorang...




selain dari pakaian dan shawl, kitorang juga jual rojak buah dan kek batik!



bila tak ada customer tu, sempatlah posing dulu...


yang ini antara customer kitorang...they are twins! susah nak cam diorang ni...muka sama gila!


alhamdulillah, ramai orang datang kat booth kitorang, barulah tahu betapa seronoknya berniaga kalau ramai customer datang...huhu...semua okay just makanan tu ada rugi sedikit tapi tak apa, its okay rugi untuk first time meniaga kan...

so, the conclusion is nadia puas hati, seronok, mencuba perkara baru dan hopefully dapat buat something macam ni lagi... )

tu jelah nak cerita kat korang~
sorry lar nadia jarang dah update sebab busy, bila ada masa nadia keluar merayap, lepas tu dah penat...huhuhu...
okayl lar, bye!

Tuesday, 22 November 2011

tempat dating lagi kan dikenang~

assalamualaikum~
hai korang!
entry kali ni just nak share dengan korang tempat favourite nadia kat Ipoh. Dulu masa study kat Seri Iskandar, kat sini lar tempat favourite nadia dan mr.bf selalu dating. mr.bf yang kenalkan nadia tempat ni...itulah sebab terjadinya tajuk entry sedemikian rupa...hehehe...

pada nadia, tempat ni just a simple place with amazing view...kat dalam tasik tu, banyak ikan besar-besar yang korang boleh bagi makan, ada kura-kura...boleh naik bot juga untuk pergi ke seberang, ada tempat rekreasi...tak mahal pun, rm3 je kalau tak silap...sesuai sangat lar dengan nadia yang suka nature ni...tenang, indah dan mendamaikan...chewahhhh....

tempat itu ialah Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh...nak tahu cantik ke tak? tengok ni...gambar ni gambar lama, nadia captured masa dating dulu...hihi...






so, hari tu after convocation, nadia stay kat Ipoh dengan family...nadia tak lepaskan peluang ajak family nadia pergi tempat ni dan nadia ada snap some pictures sebagai kenangan...moh ler layan~~~









apa lagi yang boleh buat hati nadia tenang selain dapat pergi mendekatkan diri dengan alam...tengok ciptaan Allah ni...subhanallah, cantik sangat...sekarang dah tak belajar kat Perak lagi, dah tak boleh pergi sana lagi...tunggu jela, ada rezeki dapat pergi lagi...

tu jelah nak share~
bye! =)

Sunday, 20 November 2011

Booth 22 : ID day 'DETIK'

assalamualaikum...
hai korang!!! agak lama nadia tak update blog ye sebab sibuk katenye + pc nadia rosak, tak boleh connect internet...so, after format dah okay dah! yeay!!!

sebagai merasmikan window baru nadia (chewwahhh), nadia nak ajak korang semua join event ni, ID Day 'DETIK' dekat FSPU, UiTM Shah Alam pada 26 November 2011, hari sabtu...


kenapa korang kena datang??? sebab nadia and friends akan bukak booth masa ID day tu nanti...kitorang akan menjual preloved items, ada buah-buahan dan kek...item yang lain still dalam perbincangan...will be update later on or korang tengok lar nanti on that day...oh ye, for preloved items, harga semua bawah rm 10 ye...yes bawah rm10 je!! so, korang yang berada di area Shah Alam tu, jom lar datang...okay, kat bawah ni flyer kitorang.... =)



tu jelah, hope korang boleh datang support nadia and friends!
bye! =)

Wednesday, 2 November 2011

Monday, 31 October 2011

a gift for ibu & ayah...

assalamualaikum...
hai korang...
entry ni tak nak cerita banyak...just nak bagi penghargaan untuk ibu & ayah nadia sebab sentiasa ada di sisi nadia sepanjang nadia belajar untuk mendapatkan diploma ni...so, ini untuk mereka...tunggu the next one lagi 2 tahun ye...insyallah...hehehe...

kat bawah ni gambar-gambar sekitar Istiadat Konvokesyen ke-75 UiTM Seri Iskandar Perak...

inilah dia Encik Sha'ari dan Puan Khairiah, tulang belakang nadia...


kami sekeluarga... =)






ratu kebaya!







konklusinya, nadia tersangatlah gembira...akhirnya dapat jugak pakai jubah dan topi tu...bila dah grad barulah feeling2 nyanyi lagu UiTM di hatiku...hehehe...oh ye, disebabkan budak2 ID ni sehati sejiwa katanya, kami sepakat memakai merah hitam di hari bahagia kami dan ternyata sepakat membawa berkat...*tetiba...nampaklah kami menyerlah dalam ramai-ramai graduan tu...dan tidak lupa juga pada yang bagi bunga, coklat, teddy bear, kad dan yang wish...terima kasih sangat-sangat...(macam bagi ucapan pulak)

tu jelah...
bye!

Tuesday, 25 October 2011

pengalaman dengan jamban!

assalamualaikum...
hai korang!
first of all, sorry lah tajuk entry tak boleh blah kan...tak tahu nak letak apa sebenarnya...lately, nadia asyik sibuk dan tahap kemalasan melampau...hari ni baru rajin sikit nak edit gambar dan menaip...

minggu lepas, hari rabu, 19/10/2011, batch nadia ada trip ke Melaka, melawat kilang seramik untuk subjek "Material and Finishes"...kitorang pergi dua bas...

inilah kilang yang kami pergi tu...sebelum sampai sini agak jenuh juga bersesat-sesatan ye...


sampai je kitorang dapat breakfast walaupun dah pukul 11 rasanya...lepas tu, puan syarifah suzana, manager kat Potex tu bagi briefing tentang produk dia iaitu water closet(WC) lar atau dalam bahasa melayunya mangkuk tandas...dia brief macam mana dia berfungsi, jenis-jenis WC, teknik memilih WC...kenapa pulak siap ada trip semata-mata nak tengok kilang mangkuk tandas??? sebab kitorang kan bakal Interior Designer...kenalah tahu semua tu supaya tak buat kesilapan...kat bawah ni lah puan suzana tu...dia sangat baik dan friendly okay...


then, we have lunch kat kafe kilang tu...free okay! yes, nadia memang suka makan free! siapa tak suka kan...pegawai kilang ni sangat baik melayan tetamu, sesetengah kilang tu kerek je...huhu...dah kenyang, kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan ada pegawai dari kilang tu yang bawak kami pusing-pusing kilang tu dan brief tentang proses dan segala mesin yang diorang gunakan...jom layan gambar...kat bawah ni proses moulding...belum keluar dari acuan lagi...


yang ni yang dah dikeluarkan dari acuan...


kakak ni pulak tengah cuci seramik tu...salah satu daripada proses tu lah, nadia tak ikut step sebab banyak kot...


yang ni proses mewarna pulak...warna putih ke, hitam ke, pink, biru, depends lah...kitorang ada juga melawat makmal warna dan mesin yang blend warna-warna tu...


yang ini antara proses terakhir di mana diorang akan check sama ada WC tu boleh berfungsi dengan baik ke tak...diorang gunakan bola golf, tuala kecil dan plastik ais krim yang diisi air dan diikat beberapa bahagian (nadia panggil dia "tahi suci") hehehe...


sebelum balik pihak kilang tu siap sediakan souvenir untuk kitorang lagi iaitu jamban comel tak hingat ni...suka!!!


lecturer kitorang, cik mi pun sporting, kitorang request pergi bandar melaka then dia pun on je...hehehe...walaupun dah selalu pergi melaka tapi feeling pergi dengan kawan-kawan lain tau...kitorang pergi area Dataran Pahlawan...


harus letak gambar sendiri!


kesimpulannya, nadia suka diberi peluang pergi ke kilang-kilang macam ni, ingat senang-senang ke boleh masuk...dan belajar perkara baru juga...pegawai2 yang baik dan makan free...semua orang happy!

tu je nak cerita...
okbai! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...