Friday, November 4, 2016

PREPARATION KAHWIN

Assalamualaikum.

Walaupun dah lebih setahun kahwin, nadia nak cerita jugak tentang preparation kahwin. Sebabnya, blog ni dah jadi macam diari dah, bila-bila nadia teringat kisah-kisah lama, nadia baca blog balik. Hehe. Okay, nak ikutkan banyak preparation kahwin ni, nadia try to simplified la.

Kalau ikut list dalam organizer nadia, ada 9 main topic;

1.       Documentation
-          Kursus kahwin
Nadia dah pergi awal2 lagi, tak silap seminggu lepas tunang. Lepas tu tak payah fikir2 lagi. Hehe.

-          Urusan daftar nikah

Since nadia orang Johor, so kena daftar online dulu, buat HIV test, dapatkan sign ketua kampung, saksi borang, dokumen pihak lelaki, dah submit, ready for interview!


2.       Catering
-          Menu (rewang, nikah, sanding & berkat (bekalan untuk tetamu)
Yang ni, nadia ajak ibu & ayah pergi discuss dengan caterer, diorang lebih arif. Caterer ni pun bagus tau, dia banyak advise situasi2 tak dijangka, pilihan menu dan lain2.

-          Canopy
Canopy ni include dalam pakej catering, senang kerja kan! Nadia pilih warna hijau & coklat. Pelik sikit la tapi okay la. Hehe.


3.       Make up dan persalinan
-          Make up nikah & sanding
Nadia guna khidmat Kak Salina, mua masa tunang. Nadia suka dia make up!

-          Baju nikah & sanding (termasuk shawl + accesories + kasut)
Baju nikah nadia guna dress tunang, jimat! Hehe. Baju sanding pulak banyak kisahnya. Kawan ayah nadia kata dia nak carikan songket dan nak buatkan baju idaman nadia tu. Macam gambar bawah ni.


Tunggu punya tunggu, dah nak dekat majlis sekali dia ingat nadia nak songket warna turquoise macam dalam gambar tu, nadia cakap nak design macam tu tapi songket nak warna emerald green. Sudahnya, nadia naik bas pergi KL, cari songket. Nadia beli diamond kecik2 tu untuk tambah pada baju lepas tu hantar tailor. Masa tu lagi 2-3 minggu sebelum majlis. Nervous tahu!

Since design baju kahwin nadia ni  design macam baju kebaya je, so senang la nak cari tailor yang boleh buat tapi still tak macam baju idaman atas tu, sebab tailor cakap songket nadia tu berkaki dan tak cukup panjang nak buat labuh tu. Sobs sobs. Sadis tau! 


Satu lagi, kalau korang decide nak buat baju sendiri, please ingat jugak accessories lain macam setanjak, tali pinggang lelaki, veil dan sebagainya. Macam nadia kan, dah settle hantar baju  tailor, jenuh la cari pembuat tanjak pulak. Accessories nadia pinjam kat mak andam.


-          Baju bridesmaid
Baju bridesmaid antara perkara terawal nadia prepare, sebab nadia bagi kain pasang je, so kena bagi awal2 untuk diorang hantar tailor. Yang jauh, nadia pos  siap dengan notes lagi tau! Hehe.


4.       Pelamin dan main table
-          Base pelamin & lelangit
Dua benda ni nampak remeh dan nadia tak terfikir langsung pasal ni tau. Orang canopy cakap bridal house punya part, bridal house tolak kat orang canopy pulak. Last sekali, orang canopy buat with charge. And lelangit kena suruh orang lain yang buat, and of course with charge. Oh ye, ini kes kalau korang buat pelamin kat luar tau!

inilah lelangit just in case korang tak tahu. Hihi. Dipasang di bawah bumbung khemah. Nadia pasang bawah khemah pelamin dan main table.

kalau korang area Muar, boleh contact abang ni.

-          Pelamin
Nadia guna khidmat Salina Bridal. Nadia terangkan konsep semua kat dia, dan dia yang hasilkan. Bukan seperti yang nadia bayangkan, tapi nadia suka sangat pelamin nadia. Lain dari yang lain. (perasan) Hihihi.


-          Pelamin nikah
Untuk pelamin nikah, tak ada dalam plan pun. Tetiba last minit ter’ada’ pelamin nikah. DIY je, tapi pinjam barang2 dekat mak andam kat kampung nadia. Maka terhasillah pelamin ni,


-          Photobooth
Photobooth is 100% adik nadia punya idea sebab nadia memang tak sempat nak tolong. Barang recycle pelamin tunang dan barang2 yang ada kat rumah je. Tapi hasil dia nadia suka! Kreatif jugak adik nadia ni. Hehe.


-          Accessories (paying, hand bouquet, bantal nikah, kipas etc.)
Haa yang ni kena remind bridal house, takut  dia terlupa, kita pun terlupa. Banyak benda-benda remeh nak kena ingat bila bab2 majlis kahwin ni.

5.       Media
-          Photographer & videographer
Photographer nadia guna khidmat One Click Photography,
Videographer nadia guna SIO Photography.
Best in town so far! Senang deal dan hasil dia pun bagus!

-          PA system & DJ
Yang ni, ayah nadia yang cari. Kawan dia, so kitorang pun pergi discuss. Nadia plan nak semua lagu tradisional dan lagu raya since nadia kahwin 30 Syawal masa tu. Dan nadia tak nak ada karaoke session mula-mula tapi pakcik tu terangkan based on experience dia, tetamu mesti akan request karaoke punya tapi dia akan arrange lepas prime time, which is bersanding la. So akhirnya, nadia terpaksa akur.

-          Kad jemputan
Kad nadia design sendiri, print, potong & deco sendiri.


-          Banner & signage
Yang ni pun sama, design sendiri. Semua DIY je.


6.       Hantaran & decoration
-          Bahan-bahan decoration
Nadia guna fresh flower & recycle wooden box masa tunang.
-          Barang hantaran
Since nadia ni cerewet, kitorang decide pergi shopping sama-sama dan pilih apa yang kitorang suka termasuklah cincin nikah.
-          Bunga telur
Yang ni, ibu nadia yang uruskan. Tema warna gold! Tapi gambar ada masa kat pelamin je.



7. Goodies
-          Tetamu VIP
Ibu nadia punya idea! Letak dalam kotak warna gold tapi nadia tak ada gambar pulak.
-          Tetamu biasa
Since jumlah tetamu ramai, dah tak bolehlah nak DIY sangat macam masa tunang tapi ada banyak jenis. Tapi bagi random la.
a.       Nuts in jar (nadia tempah kat IG @decodecobyalin)
b.      Honey in jar (nadia tempah kat IG @nera2nera)+ kuih bahulu (aunty nadia sponsor)
c.       Air kotak besar (beli sendiri & ada cousin nadia sponsor)



8.       Persembahan
-          Kompang (guna pasukan kompang kampung nadia)
-          Tarian zapin (tak johor lah kalau tak ada zapinkan!)
-          Silat ( kawan-kawan adik nadia, zapin masa pengantin sampai pun kawan adik nadia)
-          Pembaca doa (abang sedara nadia)

9.       Lain-lain
-          Homestay untuk pihak lelaki
-          Duit tol (kena inform siap2 kat pihak lelaki)
-          Aturcara majlis (dah buat, jangan lupa inform ahli keluarga)
-          Senarai jemputan
-          Emergency kit (hasil bacaan dari blog2 dan pinterest) nadia prepare siap2, korang boleh google apa yang perlu letak dalam tu. Contohnya, panadol, minyak angin, safety pin, jarum peniti, energy bar macam sneekers sebab nanti kelam kabut or tak lalu makan, boleh makan tu.


Okay, tu jelah yang nadia boleh share kan. Next entry nadia cerita tentang Majlis Pernikahan pulak ye. Jumpa lagi! Terima kasih sudi baca.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...