Saturday, April 18, 2015

MAT PERIUK CAFÉ, IPOH


Assalamualaikum.


Ini cerita 2 April 2015 tapi baru nak cerita hari ni, hihi..Masa ni, nadia pergi Ipoh untuk interview kerja.  Disebabkan nadia pergi 1 hari je, nadia naik bas dan suruh Faizul hantarkan. Faizul half day masa hari tu.

After interview, kitorang tengok Fast & Furious 7..Kebetulan pergi on Thursday, buy 1 free 1 ticket kalau guna Maybank Debit card untuk standard seat.. Sukalah nadia! Apa lagi..hehe..And Furious 7 is awesome! Best, kelakar, sedih semua ada.. Kereta-kereta dia pulak , perghhhh meleleh air liur! Hihi..


After habis tengok movie, nadia ajak faizul pergi Bercham, nak pergi Mat Periuk Café ni lah..Ini dekorasi café.

Kat bawah ni pulak menu yang kitorang order,
Nadia order Spaghetti Meatball 

Faizul order Pineapple Fried Rice

Small but Dangerous Pavlova for desert

Air nadia (kanan), Lemonade with Yellow Jelly (something like that la bunyinya)
Air faizul (kiri) (nadia langsung tak boleh recall nama dia)

So far, okay lah food dia, ada banyak lagi menu dia, so if korang datang tak ada lah asyik order menu yang sama je..Western ada, Melayu pun ada. Masa nadia pilih desert, chiller diorang macam kosong je tau, so nadia ambil lah pavlova je,but then bila kitorang nak bayar, nahhhh dia keluarkan deserts yang hurmmm..tempting gila!


Haiihhhh tak ada rezeki betul, nak beli rasa macam dah tak larat sangat dah nak makan. Lain kali jelah kan..So, ini alamat

MAT PERIUK CAFÉ

 Lot 22241, No.40, Hala Tasek Timur 10, 
Kampung Tersusun Tasek, 31400 Ipoh, Perak,
 Malaysia.

Atau guna waze je, type Mat Periuk Café.

Tu jelah.
Okbai!

Monday, April 13, 2015

RESEPI : KEBAB STICKS

Asslamualaikum.


Kali ni nadia nak share satu resepi mudah dan sedap, sesuai untuk dijadikan salah satu menu untuk barbeku atau pelbagai majlis. Mula-mula nadia tengok resepi ni dalam satu rancangan masakan, French Food at Home, then nampak Shea Rasol post dekat instagram and share resepi kat blog. Tapi baru sekarang nadia  tergerak hati nak buat.Hihi.


 Nadia refer resepi Shea tapi since sos black pepper nadia dan expired, terpaksalah nadia buat resepi sendiri untuk marinate ayam nadia. So, jom tengok resepi nadia, kalau nak follow resepi Shea, korang pergi dekat blog myamethyst-shea.com.

BAHAN UTAMA

2 bahagian dada ayam


1 biji lada benggala (merah)
1 biji lada benggala (hijau)
Tomato ceri
Bawang besar
Lidi sate


*nadia guna baby tomato sebab masa beli bahan2 ni, tomato ceri tak ada jual..huhu..Then, kalau korang jumpa lada benggala warna kuning lagi bagus, boleh pelbagaikan warna kebab sticks kita ni..

BAHAN UNTUK SOS PERAPAN

3 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
1 sudu besar lada hitam kisar
Beberapa cubit garam


CARA-CARA
1.       Potong dadu dada ayam dan ketepikan.
2.       Kupas dan tumbuk bawang putih.
3.       Campurkan semua bahan sos perapan bersama bawang putih tadi.

4.       Gaulkan dada ayam bersama bahan-bahan tadi dan perap selama beberapa jam.


5.       Bila ayam dah ready, potong lada benggala, baby tomato dan bawang – saiz lebih kurang saiz ayam tadi.
*kalau guna tomato ceri, korang tak payah potong tau, biar je sebiji-sebiji macam tu.


6.       Cucuk bahan tadi berselang seli dengan ayam.
7.       Kalau korang ada grill pan, bakarlah atas tu, kalau tak ada, gunalah non stick pan macam nadia ni..hehe


Dah siap, TADAAAAA!!!



Tu jelah, kalau terliur, dipersilakan cuba!
Okbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...