Monday, April 13, 2015

RESEPI : KEBAB STICKS

Asslamualaikum.


Kali ni nadia nak share satu resepi mudah dan sedap, sesuai untuk dijadikan salah satu menu untuk barbeku atau pelbagai majlis. Mula-mula nadia tengok resepi ni dalam satu rancangan masakan, French Food at Home, then nampak Shea Rasol post dekat instagram and share resepi kat blog. Tapi baru sekarang nadia  tergerak hati nak buat.Hihi.


 Nadia refer resepi Shea tapi since sos black pepper nadia dan expired, terpaksalah nadia buat resepi sendiri untuk marinate ayam nadia. So, jom tengok resepi nadia, kalau nak follow resepi Shea, korang pergi dekat blog myamethyst-shea.com.

BAHAN UTAMA

2 bahagian dada ayam


1 biji lada benggala (merah)
1 biji lada benggala (hijau)
Tomato ceri
Bawang besar
Lidi sate


*nadia guna baby tomato sebab masa beli bahan2 ni, tomato ceri tak ada jual..huhu..Then, kalau korang jumpa lada benggala warna kuning lagi bagus, boleh pelbagaikan warna kebab sticks kita ni..

BAHAN UNTUK SOS PERAPAN

3 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
1 sudu besar lada hitam kisar
Beberapa cubit garam


CARA-CARA
1.       Potong dadu dada ayam dan ketepikan.
2.       Kupas dan tumbuk bawang putih.
3.       Campurkan semua bahan sos perapan bersama bawang putih tadi.

4.       Gaulkan dada ayam bersama bahan-bahan tadi dan perap selama beberapa jam.


5.       Bila ayam dah ready, potong lada benggala, baby tomato dan bawang – saiz lebih kurang saiz ayam tadi.
*kalau guna tomato ceri, korang tak payah potong tau, biar je sebiji-sebiji macam tu.


6.       Cucuk bahan tadi berselang seli dengan ayam.
7.       Kalau korang ada grill pan, bakarlah atas tu, kalau tak ada, gunalah non stick pan macam nadia ni..hehe


Dah siap, TADAAAAA!!!



Tu jelah, kalau terliur, dipersilakan cuba!
Okbai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...