Saturday, February 14, 2015

JAPAN TRIP : DAY FOUR

Assalamualaikum.

Kali ini nadia nak sambung Japan Trip hari ke-4 pulak. Rasa macam lama gila nak habiskan Japan series ni..kena tunggu mood dulu, tengok masa free nak recall balik..hehe..Okay lah, untuk DAY FOUR ni, destinasi kitorang ialah

1.       ASAKUSA
  2.  TOKYO MIDTOWN
3.       ROPPONGI
4.       SHIBUYA

Sebelum memulakan perjalan kami, ambil gambar dulu depan hostel.. hehe

Dari hostel kami di Nihombashi Bakurocho, jalan kaki ke stesen Asakusabashi then naik train ke Asakusa, lebih kurang 15 minit.

Haa, ini dia pintu gerbang untuk keluar dari stesen Asakusa.

Asakusa ialah tempat dimana korang boleh naik RICKSHAW yang dibawa dengan kaedah berlari, bukan mengayuh. Perempuan pun ada tau!

Gate pertama untuk ke Senso-ji Temple, nama dia Kaminarimon (Kaminari Gate)

Masuk je gate tu, korang akan jumpa Asakusa-Nakamise Shopping Street, tempat paling best kalau nak shopping souvenir. Banyak sangat pilihan, so kita boleh buat pilihan nak beli souvenir yang macam mana, mahal ke murah dan diorang siap wrap cantik-cantik. Itu part paling nadia suka tu..hehe

Ini gate kedua, real gate kalau nak masuk Senso-ji  Temple, tapi nadia tak masuk pun, tak terfikir pun nak masuk sebab sibuk shopping souvenir. Hihi

Lepas sakan shopping tu, kami teruskan perjalanan untuk ke Imperial Palace. Untuk ke sana, kena turun di Otemachi Station.

Ini dia entrance Imperial Palace dan tahu apa? Palace ini tutup setiap hari Isnin. What??

So, posing depan palace jela..

Ini swan dekat depan palace, cantik!

 Lepas dah ambil gambar tu, kami ke Tokyo Middletown, turun dekat Roppongi Station.

Then, kitorang melawat galeri Fujifilem, try diorang punya camera, gadjets etc.

Then, lepak kat situ, ada yang pergi Hard Rock Roppongi tapi masa tu, nadia tak terfikir pun nak beli apa-apa..nanti nadia cerita alkisah Hard Rock ni..

Tokyo Midtown adalah pembanguna gaya baru yang dilengkapi kedai-kedai, restoran, pejabat, hotel dan muzium, dikelilingi oleh landscape yang menarik. Kita juga boleh lihat banyak sculpture yang menarik menjadi daya tarikan pengunjung.

Next destination : Roppongi Hills
Kitorang jalan kaki je.

Tiba-tiba nampak budak-budak ni nak pergi mana tak tau! Nampak macam dah besar je..Mungkin selamat kat sini, so parents diorang pun tak kisah kalau diorang jalan tanpa pengawasan orang dewasa dekat bandar besar ni..

Budak-budak pakai uniform sekolah dengan beg dan topi comel macam dalam cerita Jepun pun nadia nampak. Comel okay! 



Tengah jalan-jalan eh stop sekejap lah ambil gambar!

Haa, mana satu nak pergi ni?

Cantik kan signage ni! Okay, kitorang nak pergi Tokyo City View, nak menikmati pemandangan seluruh Bandar Tokyo. Harga tiket, nadia tak ingat..boleh check dekat website dia.



Nahh, nadia belanja pemandangan Tokyo!

Gambar ke-2 tu nampak tak sekolah, ada budak tengah main bola. Dah macam model bangunan dah nadia tengok, padahal memang real! Hihi..

Since nadia pergi tu dah petang nak ke maghrib, dapatlah tengok view siang dan malam.


Tokyo Tower di waktu malam. Nadia tengok sambil feeling-feeling Eiffel Tower. Hehe..

Ada few kawan nadia pergi naik skydeck, sama je dengan view dia cuma outdoor, open air so boleh feel lebih lagi lah!

Nadia tak naik, sebab kena additional fee, so tak nak membazir, kitorang masuk Mori Art Museum. Menikmati lukisan-lukisan pelukis Jepun. Ada yang cantik, faham dan ada juga yang tak faham dan ada juga yang lucah! Dah la masa tu, lecturer kitorang pun masuk jugak, nasib baik tak jalan dengan kitorang! Hahaha..

Dah habis menikmati lukisan, kami ke Shibuya.

Shibuya ialah shopping district, macam Bukit Bintang lah lebih kurang!

Pernah tengok zebra crossing paling besar dan paling sibuk di dunia? Ianya di Shibuya! (ayat skema..hehe) So, nadia experienced cross the road, then sempat ambil gambar walaupun orang tengah sibuk melintas! 

Jalan punya jalan, singgah Forever21, shopping sikit then kitorang singgah McD sambil menikmati kawasan sekitar Shibuya.


Masa nadia pergi ni, nadia tak tahu kisah Hachiko, the loyal dog yang menjadi kisah sejarah di Jepun, so nadia tak pergi cari pun Hachiko Statue tu, dah balik Malaysia baru tengok filem tu, sedih gila kot cerita tu..

Sebelum bergerak pulang, ambil gambar dulu. Adalah sangat penting ye untuk freeze the moment buat stok kalau rindu Jepun. Hehe..

Tu jelah untuk hari ke-4,
Nanti nadia sambung hari ke-5 pulak!

Okbai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...