Friday, February 27, 2015

Dubu Dubu Urban Korean Food.

Assalamualaikum

Kali ini nadia nak cerita mengenai satu restaurant Korea iaitu Dubu Dubu Urban Korean Food. Nadia pergi yang dekat Nu Sentral Mall. Nadia pergi dengan ex-studiomates nadia dekat UiTM Perak dulu. Oleh kerana tak tahu nak order apa, kitorang decide untuk ambil meal set. Kitorang berempat, so ambil lah yang meal set for 3 or 4 person.

Kitorang pilih seperti di bawah ni.

Soondubu Jigae (Seafood)
Honey Garlic Bulgogi (Beef)
Spicy Toppokki
Korean Spicy Wings
Dubu-dubu Rice
4 Roasted Barli Tea (Iced)
4 Desserts : Citron Dubu
Banchan (side dishes)

Sementara tunggu semua order sampai, apa lagi kan? Bergambar lah dulu..

Hafiz & Muna

Syira & Nadia

Taraa, ni dia makanan kitorang. Gigih tunggu semua makanan sampai baru makan walaupun perut dah kebulur.



Meh nadia tunjuk satu persatu menu.

Soondubu Jigae (Seafood)
Rasa macam tomyam tapi tak masam. Macam sup pedas lah kot! hehe

Honey Garlic Bulgogi (Beef)
Yang ini paling favourite! Perapan dia tu sedap..yummy!

Spicy Toppokki
Toppokki tu rice cake, yang panjang-panjang tu..okay jugak rasa dia, cuma liat sikit.

Korean Spicy Wings
Ini pun okay, walaupun nama dia spicy tapi langsung tak pedas pun..Cili diorang memang tak pedas kot!

Okay, menu lain semua dalam gambar bawah ni siap ada nadia sekali. Hehe


Dubu-dubu Rice
Okay dan mengenyangkan.

4 Roasted Barli Tea (Iced)
air dia langsung tak ada rasa barli, rasa nescafe O tanpa gula. 

Banchan (side dishes)
- kacang buncis
- kimchi 
- macaroni

tak faham kan side dishes ni..try makan kimchi, kimchi ni macam sambal belacan diorang la ye tak?tapi yang ni tak sedap! kawan nadia cakap, ada tempat yang sedap. 

Dessert : kitorang tak ada ambil gambar sebab dia sampai lambat, so sampai je  kitorang terus ngappp!

Citron Dubu
gambar dari website.

Rasa dia not bad, most of makanan tu lebih kurang je macam masakan melayu cuma kurang kick sikit. Tapi kalau diberi pilihan, nadia okay je kalau datang sini lagi. Good to try la!
Price tu after tax bagai dalam RM98 berapa sen ntah. RM100 lah senang cerita.

More info and menu, boleh tengok dekat website

Okay, tu je nak cerita.
Till to the next post.
Okbai!

2 comments:

  1. Wah. Best tak makanan kat sini? Btw, salam perkenalan. Jemput lah singgah ke blog saya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...