Friday, February 13, 2015

Cafe Lapis, Wangsa Maju

Assalamualaikum.

Last weekend nadia pergi wedding kawan nadia Aisyah dekat Dewan Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor, Seksyen 9, Shah Alam. Bila dah berkerjaya ni, wedding kawan-kawan juga dikenali sebagai REUNION kecil-kecilan. Hehehe.. So, nadia dah plan dengan geng sinnetroners nadia, Muna & Syira..Kali ni kitorang stay rumah aunty Muna dekat Puncak Setiawangsa.

Siang tu lepas wedding, kami jalan-jalan dekat Shah Alam, pergi StarHype Fiesta then pergi Pesta Buku dekat SACC..Malam pulak, kitorang lepak dekat CAFÉ LAPIS, WANGSA MAJU. Kitorang memang dah plan dah nak pergi cari café hipster nak lepak..Search dekat foursquare nampak café ni..Tengok macam cantik je, feedback pun okay, tak banyak complain daripada customer, so kami pun pergi sini..


Masuk-masuk je café ni, one word! CANTIK! Selain mencari makanan yang sedap, interior memang jadi keutamaan nadia..hehe..Then, kitorang pun order..Nadia memang teringin makan cake or benda-benda manis ni..Cake selection diorang banyak jugak walaupun dah malam. Benda wajib bila pergi café of course lah snap, snap,snap! Hehe..


Cake,

Salted Caramel Brownies with Vanilla Ice Cream : RM7.50
Pecan Caramel Cheese Cake : RM9.90
vanilla Butterscotch : RM10.90


Beverages,

Apple Juice ; RM5.00
Guava Juice : RM5.00
Ice Lemon Tea : RM6.50
( tapi Ice Lemon Tea tak masuk pulak dalam gambar ni..hehe)

Gambar ni bukan nak tunjuk Muna, tapi nak tunjuk chalkboard belakang tu..hihihi..Nadia suka tengok fonts dia..Then, siap tulis Instagram and hashtag..senang nak upload dekat Instagram kan?

Nadia dengan Syira. Ini antara gambar yang helok lah, yang lain terpaksa simpan sendiri je sebab buruk! Hahaha..

Nadia suka gila feature wall bar dia ni, sangatlah cantik! Ada palet-palet kayu tu, memang kegemaran nadia lah..

Ini counter dia. Masa ni barista dengan waitress lepak dekat kitchen, so dapatlah snap curi-curi..Bila diorang ada, segan! Kalau korang nampak ada kaligrafi and kufi, maybe owner dia Islam. So, rasa yakin sikit + staff dia semua melayu.

Nadia nak try coffee dia, tapi tak order..Hurmm, maybe next time! Sebenarnya Muna ada order Egg Mayo Sandwich (RM14.00) tapi tak sempat snap dulu dia dah ngapp! Hihi..

So far, nadia suka dengan café ni atas beberapa faktor,
1. Cake sedap
2.  Interior yang cantik
3.  Tak ada taxes and service charge
4.  Staff semua melayu, no foreigner atau bangla!
5.  Barista yang handsome #eh

Siapa yang datang nak lepak chill, minum coffee and makan cake sambil borak-borak, nadia recommend pergi sini. Best!

Ini address

CAFÉ LAPIS

No.3, Jalan Wangsa Delima 1A
Seksyen 5 Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Ataupun nak usha menu lain dan gambar, pergi je dekat instagram diorang, @cafelapiskl atau search hashtag #cafelapiskl.

Before that, nahh gambar wedding studiomate kitorang Aisyah Awalludin.


CONGRATS AISYAH!

Tu jelah nak share.
Okbai!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...