Thursday, January 29, 2015

Resepi Pancake!

Assalamualaikum.

Hari ini nadia nak share resepi pancake yang mudah dan sedap! Hehehe..
Tak payah intro panjang-panjang, jom tengok bahan-bahannya.. 

2 cawan tepung gandum

4 sudu besar gula pasir
(nadia tak letak penuh-penuh)

4 sudu teh serbuk penaik

2 sudu teh garam

4 sudu besar minyak sayuran
(nadia guna sunflower seed oil)

2 cawan susu
(nadia guna susu HL sebab nadia suka susu tu je..hehe)

2 biji telur
(perlu dipukul macam buat telur dadar tu dulu tau..nadia terlupa nak pukul..hehe)

CARA-CARA MEMBUATNYA :-

1. Campurkan semua bahan-bahan kering (kecuali minyak sayuran, susu dan telur), gaul rata.

2. Buat lubang tengah-tengah dan masukkan 3 bahan tadi tu..


3. Gaul rata.


4. Masak menggunakan non stick pan. Kalau guna kuali ni, tak payah guna butter pun tak apa. Kalau korang guna kuali biasa, letak la sikit supaya tak melekat.
* anggaran : 1/4 cawan setiap satu tapi suka hatilah nak nak buat besar mana pun..hehe

5. Tunggu sehingga ada buih-buih, baru terbalikkan..macam kat bawah ni..


6. Siap! Adunan ni boleh dapat dalam 9 keping kalau ikut anggaran yang nadia cakap tadi..


Serve dengan madu dan mentega or apa-apa je yang korang suka, gula ising ke pisang ke epal ke, berries ke..hehe


Dulu nadia pernah buat guna resepi lain, ada kat entry ni
tapi resepi yang terbaru ni lagi sedap! hihi..

Tu je lah nak share. 
Selamat mencuba! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...