Tuesday, January 6, 2015

JAPAN TRIP : DAY THREE

Assalamualaikum..

Nadia nak sambung Japan Trip Day 3 pulak..So, hari ke-3 destinasi kami ialah :

1.       EdoTokyo Museum, Ryogoku, Sumida
2.       Tokyo Camii Mosque, Oyomacho, Shibuya
3.       Harajuku


Dari hostel kami di Nihombashi Bakurocho, jalan kaki ke station Asakusabashi dan naik train ke Ryogoku, Sumida. 


Sampai je Ryogoku Station, kena jalan kaki sikit untuk ke Edo Tokyo Museum. Entrance fee masa kitorang pergi tu ¥380 dalam RM11.50 lebih kurang.


Then, ada staff yang guide kitorang dan bagi explaination tentang sejarah zaman Edo tu. Menarik dalam muzium ni, ada banyak miniature yang menceritakan suasana pada zaman tersebut , so sangat menarik dan senang nak faham. Jom tengok gambar!


Yang ini scale 1:1 , saiz sebenar. Model ni menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh penduduk Jepun masa zaman ni, tengah mengasah parang kot..hihi


Yang ini bukan miniature tau, ini set pentas scale 1:1 jugak..kitorang berkesempatan untuk masuk dalam ni..sebenarnya ni macam pentas teater atau untuk persembahan hiburan zaman tu la..Belakang pentas ni, ada alat-alat yang digunakan untuk membuat persembahan. Ada alatan untuk menghasilkan bunyi muzik, sound effect macam bunyi katak dan sebagainya. Kitorang sempat cuba alatan tu, best!



Korang nampak tak miniature jambatan kayu dalam gambar kat atas ni? Dekat Edo Tokyo Museum ni, diorang buat ada jugak real scale jambatan tu, tak percaya? Tengok gambar bawah ni..So, korang boleh feeling-feeling hidup zaman Edo (1603 to 1868) sambil melintasi jambatan tu..hihi..


 Haa, nil ah uncle yang guide kitorang tu, “Arigato Gozaimasu, Sensei!”


Perjalanan kami diteruskan ke Tokyo Camii Mosque atau dalam bahasa melayu, Masjid Jamek Tokyo. Dari Ryogoku, kami naik train ke Yoyogiuehara Station. Then, jalan kaki ke masjid tersebut.


Ini pintu masuk masjid, banyak dipengaruhi elemen senibina Ottoman, Turkey. Masjid ini ialah masjid terbesar di Tokyo.


Ini pulak sekitar masjid. Sebelah kiri tu lounge area kot, hehe tak tahulah..tapi cantik kan..masa kitorang sampai ni, macam ada satu event, so barulah kami nampak ramai Muslim kat Bandar Tokyo ni rupanya..



Sebelum ke Harajuku, kami singgah di convenient shop untuk beli makanan. Then, teruskan perjalanan lagi.


Untuk ke Harajuku, kami perlu turun di Meijijingumae Station.

Masa kami sampai tu, ramai gila orang. Sebab, its Sunday!



Kitorang sempat posing sebelum nak cross the road..


Then, ada a few trailor yang buat promosi konsert akan datang dekat Tokyo tu. Pengalaman yang baru bagi nadia sebab tak pernah tengok lagi..Happening gila! Kawan nadia cakap ni boyband dari Korea..hehe..


Dan kawan nadia bagitahu, kitorang pergi hari Ahad, sebab boleh dapat tengok orang pakai costume cosplay dan sebagainya..nadia ada jumpa ramai jugak..diorang ni berani walaupun full of colours, pelik tapi diorang berani..Well, itulah kelebihan Japanese kan?


Ni entrance one of the building kat sana, cantik gila kan? Kitorang tak masuk pun, ambil gambar je..hehe..


Harajuku Street.

Tengah jalan-jalan, nampak pulak Butik Nadia, Flores En El Corazon. Dekat Malaysia tak ada, only in Japan..hehe..kelasss!!


Then, nadia macam penat..rehat jap singgah Family Mart (convenient shop) beli hot pack untuk letak dalam glove bagi panas then beli air dengan sushi..Nasib baik, cuaca sejuk..So, tak rasa lapar sangat..Makan alas perut dah okay!


Sebab terlalu banyak kedai, nahh nadia grid kan..Harajuku ni  lebih untuk teenagers la..sebab butik-butik dia semua sangat trendy, fashionable..sangat sesuai untuk youngsters! Gittew~


Ni kawan nadia try crepe kat situ, crepe diorang pun banyak flavour yang menarik. Kedai pun comel-comel je..


Dah penat jalan-jalan, then kitorang pun balik hostel.




Hasil tangkapan nadia hari itu, tote bag beli kat Butik Nadia..walaupun agak mahal tapi nadia beli jugak sebagai kenangan beli kat butik jenama sendiri..hihi..Lagi satu, nadia beli knitted sweater dekat kedai Gal Fit, murah je sebab ada diskaun, dalam ¥490 lebih kurang RM15 sama macam beli kat bundle kat Malaysia la..hehe..

Sekian sahaja pelengkap itinerary hari ke-3 kami.
Nanti nadia cerita hari ke-4 pulak ye..

JAPAN TRIP : DAY ONE
JAPAN TRIP : DAY TWO

Till to the next post!
Okbai. 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...