Saturday, December 27, 2014

JAPAN TRIP : DAY TWO

Assalamualaikum
Tiba-tiba nadia rasa macam nak sambung entry Japan Trip walaupun dah setahun lebih tergantung..hehe..kiranya ni macam cerita Upin Ipin Setahun Kemudian la.. ^_^

So, nadia sambung Japan Trip : Day 2 pulak ye..in shaa Allah, memori Japan masih segar dalam ingatan lagi..gittew! Tempat yang kitorang pergi :-

                       1. SAKURA CITY, CHIBA
                       2. AKIHABARA

Sakura City ni sikit dari Tokyo..dalam 1 jam lebih kalau naik train..Trip nadia ni mostly dekat Tokyo..Ohh ye, trip ni under UiTM, tapi UiTM sponsor certain amount jelah..Okay, kami pergi ke Sakura Town by train. Perjalanan dia macam kat bawah ni..


Sebelum tu, beli tiket dulu..


Since masa nadia pergi tu early spring, so weather still ada aura-aura winter lagi, masa tu 4-10°C..Sebagai seorang Malaysian yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke negara empat musim, memang terkejut beruk la..eh tak beruk sangat la, beku sat ja..hihi..Sampai je Keiseisakura station, kami pun apa lagi, bergambar la walaupun sejuk ya amat..kalau tengok gambar memang pose-pose yang tahan sejuk macam gambar bawah ni.. ^_^


Then, kami start walk tour kami, lalu area residential, kedai-kedai, bukit dan denai untuk pergi Sakura Castle Park..Sakura City ni terkenal dengan park tu la selain Dutch windmill tapi nadia tak nampak pulak windmill tu, kalau pergi lambat sikit, maybe boleh tengok Tulip Festival masa spring..Jom layan gambar pulak..

Residential area

First time nampak pokok sakura..excited gila! Tapi ntah ye ke tidak pokok sakura tu..hehe

Teruskan perjalanan lagi..

Tak Jepunlah kalau tak banyak vending machine kan? Tepi jalan raya pun ada..


Nice kan architecture tu?


First time nampak tanaman lobak putih ni..



Along the way nak pergi Sakura Castle Park


Yang ni laluan nak ke Sakura Castle Park tu, kena memanjat sikit..hehe..




Misi mencari muzium..



Sekali tutup daa..bergambar sekitar muzium je la..

Lepas tu kitorang jalan kaki lagi..singgah 7 Eleven sekejap beli apa yang patut sambil lepak..Haa kat Malaysia tak lepak depan 7 Eleven, kat Japan je lepak..hehe

Then, kitorang masing-masing macam tak larat dah nak jalan, naik bas pulak..Merasa laa naik bas kat Japan..Sampai train station, ada yang nak makan dulu..so singgah kedai makan..Jakun sikit la, sebab order guna vending machine..tapi tak ada gambar pulak, cuma gambar masa makan je..Kawan nadia makan udon mee, ada yang version panas dan sejuk..yang sejuk tu memang tak kenalah dengan tekak orang Malaysia nadia ni..huhu


Dah kenyang, kitorang naik train ke Akihabara..





Akihabara ni tempat pencinta anime/manga dan juga peminat gadjet dan barang elektronik, bukan kedai-kedai kecik je, 1 mall jual gadjet..tu yang belakang kitorang tu, dalam tu semua jenis barang elektronik ada dalam tu..


Kedai Duty Free pun banyak dekat sini..


Masa kitorang pergi ni, waktu siang singkat..Pukul 5.00 petang dah macam maghrib dah..Masa kitorang lepak tepi bangunan Yodobashi-Akiba tu, nadia nampak ada locals beli basikal dalam mall tu, bawak keluar, terus naik..terus nadia rasa nak bergambar dengan basikal jugak..hihi


Then, kitorang pergi dinner. Tak ingatlah A&W ke Mc’D masa tu, tapi kitorang just makan fries jela..hehe..Lepas dinner, gerak balik hostel pukul 8.30 malam..haa nampak kan kat train station ni..sebab tu nadia ingat..hihi..Akihabara selang 1 station je dengan Asakusabashi..






Muka puas berjalan untuk hari ke-2 di Japan..Hari ni, kitorang more kepada mengenali kawasan perumahan diorang, jenis-jenis rumah, bangunan yang ada dekat sana..Then, pergi 1 lagi tourist attraction iaitu Akihabara..

JAPAN TRIP : DAY ONE
JAPAN TRIP : DAY THREE

Nanti nadia sambung hari ke-3 pulak ye..
Till to the next post.
Okbai.



Monday, December 22, 2014

Review Filem : Manisnya Cinta di Cappadocia

Assalamualaikum


Disebabkan nadia still tengah demam Manisnya Cinta ni, nadia nak share dengan korang mengenai filem ni..


Nadia sebenarnya memang suka cerita-cerita dari Red Films since Gol & Gincu,  Kami The Series, Kami The Movie, Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang etc.. Nadia memang suka tengok cerita yang tak berat sangat macam komedi, girlie, gedik-gedik sikit..hehe..


Untuk Manisnya Cinta di Cappadocia ni, since sebelum start keluar kat panggung lagi nadia dah meronta-ronta nak pergi tengok. Nak ajak faizul, dia jauh..So, terpaksalah pendamkan hasrat nadia ni..huhu

Nak dijadikan cerita, sabtu lepas nadia keluar lunch dengan kawan nadia, lepas tu singgah kedai buku, ternampak pulak novel Manisnya Cinta..Dah hati meronta-ronta lagi nak pergi tengok..Nadia whatsapp bff nadia, kebetulan dia balik kampung. Dia cakap jom pergi malam ni…Orang mengantuk disorongkan bantal..Big YEAYYY!!!


Kitorang beli tiket pukul 10.10pm, so sebelum tu pergi dinner dulu dekat Johnny’s Dataran Pahlawan.


Okay, nak cerita filem pulak..

First sekali, nadia tertarik dengan visual dia..Nadia tak tau la orang filem panggil apa, sinematografi ke, grafik ke..Maksud nadia, scene dia banyak close up and very clean. Eh faham tak? Hehe..macam gambar ni  la..simple, clean, just nice! Selalu ada yang macam gambar biasa je, kalau drama or filem Kabhir Baktiar lain, filem-filem Metrowealth pun lain, kalau korang perasan la..



Second, plot cerita..Nadia tak baca pun novel dia tapi jalan cerita yang simple, tak berat sangat, dengan diselang selikan dengan komedi yang unexpected. Ifti Liyana ni suka berangan yang dia buat sesuatu yang dia tak boleh nak buat in reality. Contohnya scene parents dia marah sebab break off tak kahwin dengan Fredo, then dia cakap “susah-susah sangat, mak dengan abah jela yang kahwin dengan Fredo” sambil membayangkan mak dengan abah dia bersanding, Fredo duduk tengah-tengah.. ridiculous kan?? Hehe..


Third, set penggambaran..yang ni nadia paling suka nak mati! Almost semua set nadia suka, rumah parents Ifti, bilik tidur dia, majlis perkahwinan Fredo(guy yang parents diorang nak satukan dengan Ifti), office Ifti, semua tempat dekat Turkey, hotel diorang stay kat sana, eh semualah! Lepas tengok filem ni, dah meronta-ronta nak pergi Turkey pulak..hehe..


Turkey tu seems susah sikit la nak jadikan realiti kan, tapi Nadia boleh pergi Sekeping Sin Chew Kee, dekat Pudu je uollss! Mula-mula tengok scene kat office tu nadia memang amaze gila, siap berangan kenapalah office aku tak macam ni pun.. dah la nadia memang suka interior yang ada combination bricks, wood and steel..Pastu bila lama-lama, “eh ni macam Sekeping je” (monolog dalam hati) Masa tu jugak nadia google, lantak la orang nak marah ke apa..Curiousity will kill me if I can’t identify that thing.hihi.. Kalau kat office, memang selalu stalk website Sekeping, cari inspiration nak buat design, and dah lama pasang angan-angan nak stay dekat mana-mana Sekeping yang ada..hehe..




sebab nadia suka, nahh gambar banyak sikit..hehe..baru check rate dia.. 1 rumah ni, Rm800/night..boleh masuk 8 orang..hehe (gambar from website Sekeping)

Forth, Fazura.. Nadia memang suka Fazura berlakon since Gol & Gincu lagi.. karakter dan lakonan dia selalu menarik dan rasa dekat je dengan nadia..Plus watak ifti Liyana ni seorang Interior Designer sama macam nadia..hehe..tapi from my view, Ifti lebih kepada Interior Decorator..Fashion Fazura dan pelakon dalam tu pun best! Hair style, apparel, makeup..semua cantik! And ternyata dia tak menghampakan nadia untuk lakonan dia kali ini..Love you lah Kak Faz! ^_^


Fifth, skrip.. Santai dan bersahaja, kelakar, ada terselit quotes in between scene.. Then, ada scene bila Via (lakonan Rafidah Abdullah) cakap, “Pemandu bas Malaysia dapat job dekat Turkey, memang tak memeranjatkan pun” something like that la, nadia tak boleh nak recall pulak..huhu..So sinikal but kelakar..Rafidah  ni scriptwriter filem ni, and dia punya skrip pun selalunya best! Ingat lagi, scene dalam cerita Pisau Cukur, “nanti saya tunggang penyu pergi beli bunga cengkih untuk cik ye” yang itu nadia ingat sampai sekarang..hehe


So as a conclusion, nadia puas hati and suka gila filem ni..Kalau nadia nak komen pun, maybe diorang boleh tambah beberapa scene. Contohnya , after Ifti dapat tahu Ize (Lisa Surihani)  yang plan untuk kenalkan dia dengan Nazmi(Shaheizy Sam) which is kawan tunang Ize, Syahril ,kalau ada scene Ifti say thanks kat Ize, should be nice kan..And scene dia share happiness dengan Via, bestfriend dia like Via bagitahu Ifti, boyfriend dia proposed dia earlier..Sebab ending cerita, just scene Ifti Liyana and Nazmi je..


Tu jelah nak cerita..hehe..

And Red Communication, Bernard Chauly, Rafidah, please buat cerita best-best lagi ye..hehe..
Okbai!

note : sumber gambar, google + youtube


Wednesday, December 17, 2014

#mfna : engagement preparation (apparel & makeup)

Assalamualaikum.

Another entry untuk engagement preparation, nadia nak cerita tentang baju and make up pulak.
Baju tunang, nadia beli sendiri je..pada nadia kan..sewa RM200, beli pun RM200..baik beli walaupun lepas tu tak pakai..huhu.. boleh simpan sebagai warisan untuk anak tunang pulak nanti..eh? hahaha..

nadia puas hati sebab dapat baju yang nadia nak walaupun over budjet sikit. semua ciri-ciri yang nadia nak ada pada baju tu.

1. beading kat pinggang bukan kat dada
2. A-shape bukan mermaid macam trend sekarang ni (nadia tak suka)
3. loose, simple yet nice!

gambar baju tak ada yang full..tengok details beading jela.. hihi


Shawl pulak, mula-mula nak pakai satin shawl..dah beli dah kat Calaqisya. Nadia memang dari dulu tak ada confident nak pakai satin shawl tapi teringin la nak pakai kan untuk engagement. Tapi bila cuba, tengok muka nampak gelap, terus rasa down.Then, nadia cari shawl lain..pinjam cousin, kawan nadia, pastu cari shawl nadia sendiri yang boleh match kan..On the e-day baru nadia decide pakai colour coral and I think I made a right decision..hehe..



Flower crown, nadia beli yang artificial je..order dekat Instagram, @lesuegar_misc_store.. Puas hati jugak, simple and senang nak deal. Harga RM12, then nadia cakap, tambahlah apa-apa, nadia bayar RM15 sebab nadia nak pakai untuk engagement,tapi tak mahu bunga tebal-tebal, tak suka! Huhu.. Then dia suggest tambah bunga, bagi tak ada space sangat antara bunga tu..nadia pun setuju.. ^_^


yang ni yang RM12 tu..

Make up pulak, nadia hire kak Salina daripada Salina Bridal. Sebab utamanya, nadia nak MUA perempuan. Then, make up kak Salina ni tak tebal/over sangat. Dan lagi sekali nadia buat keputusan yang betul sebab nadia puas hati dengan hasilnya.

Kak Salina tanya, nak eye shadow natural ke macam mana, colour lipstic, nak tak guna jenis matte finish. So nadia boleh pilih ikut yang nadia nak. 

Ini link blog Kak Salina SALINA BRIDAL
Siapa-siapa nak cari MUA area Muar tu, nak ambil pakej kahwin ke, nikah ke, tunang ke, semua dia ada..tengok kat blog dia ye.. ^_^




Mata nadia memang tak boleh buat apalah sebab kecik.. bila make up terus tak Nampak mata putih..haha..redha jela..

Untuk THE DAYANGS, nadia cuma sponsor tudung je. Nadia belikan bawal ruffle dekat
BENANG HIJAU


Beli banyak-banyak dapat diskaun..postage pun ada diskaun. Then, diorang ada stok banyak, so senang kerja nadia!

Baju pulak, nadia cuma cakap, kalau ada baju plain warna turquoise pakai la..kalau tak ada, tak apa, tiada paksaan sebab nadia dah la tak sponsor, takkan nak paksa orang beli pulak kan..huhu

Bila tengok dayang-dayang ni sorang-sorang masuk bilik nadia hari tu, terus nadia rasa macam
"alahai cantiknya korang!"

Thank you sangat-sangat sebab berusaha cari baju turquoise walaupun nadia tak sponsor..hihi


Tu jela setakat ni..

Lagi entry mengenai pertunangan:


Till to the next post.
Okbai.

Saturday, December 13, 2014

#mfna : engagement preparation (goodie bag)

Assalamualaikum.

Entry kali ni nak cerita mengenai goodie bag. Boleh dikatakan goodie ni benda wajib la zaman sekarang ni..Pada nadia, tak ada pun tak apa, tapi ibu nadia ni nak sangat bagi, so ikut jela..huhu

Initial planning, nadia nak bagi 1 benda dan dibalut cantik-cantik macam hadiah, macam kat bawah ni..


Then ibu nadia propose nak buat paper bag untuk pihak lelaki..So, nadia agree..Sampai masa nak beli tu kan, tiba-tiba ibu nadia cakap,
“eh, beli jela semua, ibu sponsor” 
Haa Nampak tak permainan psikologi dia..

Daripada 1 item, terus jadi 4 item..Tapi mostly orang sponsor la..hehe..Ini item yang ada dalam paperbag :-
 Cakar ayam (Ibu sponsor half)
Air Mineral (Adik sponsor)
Kopi (Ibu sponsor half)
Cupcake (Cousin sponsor)

Kopi memang nadia nak bagi..Idea asal pun nak letak kopi and wrap macam gambar atas tu..

So nadia teruskan jugak, so yang ni nadia DIY detail sikit la..




Nadia memang saje je buat banyak-banyak design. Masa ni la nak eksperimen..hehe..
Lagipun bukan buat untuk orang lain, untuk majlis sendiri kan..
Sekali lagi konsep “my engagement, my way” diaplikasikan. ^_^


Mineral water pulak, nadia saja buat konsep black and white sebab label tu nadia nak fotostat je..jimat kan!


Gambar bawah ni masa final preparation..Sebab masa ni baru cupcake and cakar ayam di packing. Tapi 2 item tu tak sempat nak ambil gambar..Nadia busy masa tu..huhu


Yang ini paperbag yang nadia bagi untuk tetamu. Temanya CORAL & TEAL atau lagi senang PEACH & TURQUOISE.




Ini design sticker/label yang nadia buat.

1. For Coffee


2. For Mineral Water


3. For Paper Bag



Sedikit tips untuk buat goodie bag ni:-

1.       NICELY WRAP
secara psikologinya, orang akan suka dengan hadiah atau benda yang cantik, rasa dihargai..Siapa tak suka dapat hadiah kan?

2.       BLACK & WHITE
Ini untuk sticker/label supaya korang boleh fotostat je. Dengan syarat, design memang khas untuk print black and white. Tak semua design sticker sesuai nak fotostat tau!
3.       NO USE
Barang hiasan yang orang tak guna macam tuala kecil, cawan, mini cutlery/sporf etc. Kalau boleh barang tu bermanfaat, bukan cantik semata.


4.       SEARCH
Rajin-rajin google or cari idea di internet. Favourite nadia, PINTEREST & ETSY. Macam-macam idea & D.I.Y tutorial kat situ.

Itu sajalah untuk setakat ini..

Lagi entry mengenai engagement



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...