Monday, December 22, 2014

Review Filem : Manisnya Cinta di Cappadocia

Assalamualaikum


Disebabkan nadia still tengah demam Manisnya Cinta ni, nadia nak share dengan korang mengenai filem ni..


Nadia sebenarnya memang suka cerita-cerita dari Red Films since Gol & Gincu,  Kami The Series, Kami The Movie, Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang etc.. Nadia memang suka tengok cerita yang tak berat sangat macam komedi, girlie, gedik-gedik sikit..hehe..


Untuk Manisnya Cinta di Cappadocia ni, since sebelum start keluar kat panggung lagi nadia dah meronta-ronta nak pergi tengok. Nak ajak faizul, dia jauh..So, terpaksalah pendamkan hasrat nadia ni..huhu

Nak dijadikan cerita, sabtu lepas nadia keluar lunch dengan kawan nadia, lepas tu singgah kedai buku, ternampak pulak novel Manisnya Cinta..Dah hati meronta-ronta lagi nak pergi tengok..Nadia whatsapp bff nadia, kebetulan dia balik kampung. Dia cakap jom pergi malam ni…Orang mengantuk disorongkan bantal..Big YEAYYY!!!


Kitorang beli tiket pukul 10.10pm, so sebelum tu pergi dinner dulu dekat Johnny’s Dataran Pahlawan.


Okay, nak cerita filem pulak..

First sekali, nadia tertarik dengan visual dia..Nadia tak tau la orang filem panggil apa, sinematografi ke, grafik ke..Maksud nadia, scene dia banyak close up and very clean. Eh faham tak? Hehe..macam gambar ni  la..simple, clean, just nice! Selalu ada yang macam gambar biasa je, kalau drama or filem Kabhir Baktiar lain, filem-filem Metrowealth pun lain, kalau korang perasan la..



Second, plot cerita..Nadia tak baca pun novel dia tapi jalan cerita yang simple, tak berat sangat, dengan diselang selikan dengan komedi yang unexpected. Ifti Liyana ni suka berangan yang dia buat sesuatu yang dia tak boleh nak buat in reality. Contohnya scene parents dia marah sebab break off tak kahwin dengan Fredo, then dia cakap “susah-susah sangat, mak dengan abah jela yang kahwin dengan Fredo” sambil membayangkan mak dengan abah dia bersanding, Fredo duduk tengah-tengah.. ridiculous kan?? Hehe..


Third, set penggambaran..yang ni nadia paling suka nak mati! Almost semua set nadia suka, rumah parents Ifti, bilik tidur dia, majlis perkahwinan Fredo(guy yang parents diorang nak satukan dengan Ifti), office Ifti, semua tempat dekat Turkey, hotel diorang stay kat sana, eh semualah! Lepas tengok filem ni, dah meronta-ronta nak pergi Turkey pulak..hehe..


Turkey tu seems susah sikit la nak jadikan realiti kan, tapi Nadia boleh pergi Sekeping Sin Chew Kee, dekat Pudu je uollss! Mula-mula tengok scene kat office tu nadia memang amaze gila, siap berangan kenapalah office aku tak macam ni pun.. dah la nadia memang suka interior yang ada combination bricks, wood and steel..Pastu bila lama-lama, “eh ni macam Sekeping je” (monolog dalam hati) Masa tu jugak nadia google, lantak la orang nak marah ke apa..Curiousity will kill me if I can’t identify that thing.hihi.. Kalau kat office, memang selalu stalk website Sekeping, cari inspiration nak buat design, and dah lama pasang angan-angan nak stay dekat mana-mana Sekeping yang ada..hehe..




sebab nadia suka, nahh gambar banyak sikit..hehe..baru check rate dia.. 1 rumah ni, Rm800/night..boleh masuk 8 orang..hehe (gambar from website Sekeping)

Forth, Fazura.. Nadia memang suka Fazura berlakon since Gol & Gincu lagi.. karakter dan lakonan dia selalu menarik dan rasa dekat je dengan nadia..Plus watak ifti Liyana ni seorang Interior Designer sama macam nadia..hehe..tapi from my view, Ifti lebih kepada Interior Decorator..Fashion Fazura dan pelakon dalam tu pun best! Hair style, apparel, makeup..semua cantik! And ternyata dia tak menghampakan nadia untuk lakonan dia kali ini..Love you lah Kak Faz! ^_^


Fifth, skrip.. Santai dan bersahaja, kelakar, ada terselit quotes in between scene.. Then, ada scene bila Via (lakonan Rafidah Abdullah) cakap, “Pemandu bas Malaysia dapat job dekat Turkey, memang tak memeranjatkan pun” something like that la, nadia tak boleh nak recall pulak..huhu..So sinikal but kelakar..Rafidah  ni scriptwriter filem ni, and dia punya skrip pun selalunya best! Ingat lagi, scene dalam cerita Pisau Cukur, “nanti saya tunggang penyu pergi beli bunga cengkih untuk cik ye” yang itu nadia ingat sampai sekarang..hehe


So as a conclusion, nadia puas hati and suka gila filem ni..Kalau nadia nak komen pun, maybe diorang boleh tambah beberapa scene. Contohnya , after Ifti dapat tahu Ize (Lisa Surihani)  yang plan untuk kenalkan dia dengan Nazmi(Shaheizy Sam) which is kawan tunang Ize, Syahril ,kalau ada scene Ifti say thanks kat Ize, should be nice kan..And scene dia share happiness dengan Via, bestfriend dia like Via bagitahu Ifti, boyfriend dia proposed dia earlier..Sebab ending cerita, just scene Ifti Liyana and Nazmi je..


Tu jelah nak cerita..hehe..

And Red Communication, Bernard Chauly, Rafidah, please buat cerita best-best lagi ye..hehe..
Okbai!

note : sumber gambar, google + youtube


1 comment:

  1. terbaek la review nie.. Fazura bagi 5 bintanglah camnie.. hehe.. semalam tengok cite nie.. not bad.. best.. sedih. hahan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...