Thursday, December 11, 2014

#mfna : engagement preparation (mini pelamin)

Assalamualaikum.

Kali ni nadia nak cerita mengenai pelamin  D.I.Y untuk pertunangan nadia hari tu...
Pelamin ni pun sama macam hantaran jugak, beberapa bulan sebelum majlis, nadia dah come out dengan 3D drawing untuk di propose kepada Big boss and Lady Boss, ayah dan ibu nadia la..hehe..Nadia propose 2 option tapi dua-dua menggunakan wooden pallete. Sebab nadia suka sangat dengan konsep rustic. Yang tu sebelum decide nak bertunang lagi nadia dah berangan dah. Hihi.


Okay kat bawah ni 2 design yang nadia siapkan.



Then, kitorang decide nak guna design no.1 tu sebab no.2 2 tu nanti nak kena beli artificial grass banyak, lari bajet nanti..hehe.. Then nadia tanya ayah nadia, dia tahu tak mana nak beli kayu palet tu.. Ayah cakap kilang kawan dia ada, haa senang kerja! Pinjam van jiran nadia, pergi ambil palet..Dapat 10 palet, 4 baru lagi dan yang penting FREE! Yeayyy!!!


Untuk accessories pelamin tu pulak, nadia guna apa yang ada kat rumah je.Contohnya, sangkar burung ni! Nadia spray putih lepas tu, siap! Hehe.


Majlis pertunangan tu hari Ahad, so hari khamis tu nadia and family dah start alih-alih kerusi, meja, perabot semua and pasang pelamin..Yang ni adik nadia tengah tolong pasang backdrop. Kitorang dah salah step masa ni..sepatutnya pasang tirai tu dulu..Dah susah.


Dan inilah hasilnya! Oh ye, light bulbs tu pakcik nadia yang buatkan...Barulah ada seri kan bila ada lampu..hehe..





Detail untuk pelamin ni macam nadia cakap, semua guna apa je yang ada kat rumah, telefon, tv lama, canvas print final projek adik nadia, bunga artificial lebih buat hantaran tu, letak je..hehe..janji Nampak cantik..
Overall, nadia puas hati dengan pelamin. Walaupun ada beberapa yang agak konservatif, diorang cakap “eh tak ada kain-kain ke”
 “letak la bunga merah-merah sikit”
tapi tak kisah laa, my engagement, my way! gittew~

Okay lah, tu je untuk entry kali ni.
Lagi entry pertunangan.


Till to the next post.
Okbai.


9 comments:

  1. superb!!xyh nk sarat2..N pun suke idea guna pallet ni..nasib la turn sndr dh lama habis..hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, nadia pun tak suka sarat-sarat.. tunggu turn anak pulak nanti..hihi

      Delete
  2. okey dah ni. lagi pun bertunang tak perlu membazir kan.:) duit untuk selepas nikah lagi penting..btw, good job.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, yang penting nadia enjoy buat semua ni..hehe

      Delete
  3. Salam.. Macam mana Nadia bagi pasang backdrop tu? Kan palet tu berat, sure x sandar kat dinding camtu je kan. Nak DIY gak cume pening part backdrop tu je. Harap boleh bantu. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Each pallet tu nadia ikat dengan dawai. Then pada dinding rumah nadia, belakang tu ada lubang angin, so nadia ikat pada lubang angin tu. Bahagian bawah pulak nadia sendal dengan base. :)

      Delete
  4. Concept yg diimpikan , cool , jimat n steady up to date

    ReplyDelete
  5. salam awak boleh tanya awak beli kayu pallet tu kat Muar kat area mana ? Sy tengah carik kayu pallet untuk area Muar ni tapi tak tau kat mana . Boleh share tak ?

    ReplyDelete
  6. Cantik.... mane nadia dapat kayu pallet tu...saya duk muar... tgh mencari

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...