Wednesday, December 17, 2014

#mfna : engagement preparation (apparel & makeup)

Assalamualaikum.

Another entry untuk engagement preparation, nadia nak cerita tentang baju and make up pulak.
Baju tunang, nadia beli sendiri je..pada nadia kan..sewa RM200, beli pun RM200..baik beli walaupun lepas tu tak pakai..huhu.. boleh simpan sebagai warisan untuk anak tunang pulak nanti..eh? hahaha..

nadia puas hati sebab dapat baju yang nadia nak walaupun over budjet sikit. semua ciri-ciri yang nadia nak ada pada baju tu.

1. beading kat pinggang bukan kat dada
2. A-shape bukan mermaid macam trend sekarang ni (nadia tak suka)
3. loose, simple yet nice!

gambar baju tak ada yang full..tengok details beading jela.. hihi


Shawl pulak, mula-mula nak pakai satin shawl..dah beli dah kat Calaqisya. Nadia memang dari dulu tak ada confident nak pakai satin shawl tapi teringin la nak pakai kan untuk engagement. Tapi bila cuba, tengok muka nampak gelap, terus rasa down.Then, nadia cari shawl lain..pinjam cousin, kawan nadia, pastu cari shawl nadia sendiri yang boleh match kan..On the e-day baru nadia decide pakai colour coral and I think I made a right decision..hehe..



Flower crown, nadia beli yang artificial je..order dekat Instagram, @lesuegar_misc_store.. Puas hati jugak, simple and senang nak deal. Harga RM12, then nadia cakap, tambahlah apa-apa, nadia bayar RM15 sebab nadia nak pakai untuk engagement,tapi tak mahu bunga tebal-tebal, tak suka! Huhu.. Then dia suggest tambah bunga, bagi tak ada space sangat antara bunga tu..nadia pun setuju.. ^_^


yang ni yang RM12 tu..

Make up pulak, nadia hire kak Salina daripada Salina Bridal. Sebab utamanya, nadia nak MUA perempuan. Then, make up kak Salina ni tak tebal/over sangat. Dan lagi sekali nadia buat keputusan yang betul sebab nadia puas hati dengan hasilnya.

Kak Salina tanya, nak eye shadow natural ke macam mana, colour lipstic, nak tak guna jenis matte finish. So nadia boleh pilih ikut yang nadia nak. 

Ini link blog Kak Salina SALINA BRIDAL
Siapa-siapa nak cari MUA area Muar tu, nak ambil pakej kahwin ke, nikah ke, tunang ke, semua dia ada..tengok kat blog dia ye.. ^_^




Mata nadia memang tak boleh buat apalah sebab kecik.. bila make up terus tak Nampak mata putih..haha..redha jela..

Untuk THE DAYANGS, nadia cuma sponsor tudung je. Nadia belikan bawal ruffle dekat
BENANG HIJAU


Beli banyak-banyak dapat diskaun..postage pun ada diskaun. Then, diorang ada stok banyak, so senang kerja nadia!

Baju pulak, nadia cuma cakap, kalau ada baju plain warna turquoise pakai la..kalau tak ada, tak apa, tiada paksaan sebab nadia dah la tak sponsor, takkan nak paksa orang beli pulak kan..huhu

Bila tengok dayang-dayang ni sorang-sorang masuk bilik nadia hari tu, terus nadia rasa macam
"alahai cantiknya korang!"

Thank you sangat-sangat sebab berusaha cari baju turquoise walaupun nadia tak sponsor..hihi


Tu jela setakat ni..

Lagi entry mengenai pertunangan:


Till to the next post.
Okbai.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...