Saturday, December 27, 2014

JAPAN TRIP : DAY TWO

Assalamualaikum
Tiba-tiba nadia rasa macam nak sambung entry Japan Trip walaupun dah setahun lebih tergantung..hehe..kiranya ni macam cerita Upin Ipin Setahun Kemudian la.. ^_^

So, nadia sambung Japan Trip : Day 2 pulak ye..in shaa Allah, memori Japan masih segar dalam ingatan lagi..gittew! Tempat yang kitorang pergi :-

                       1. SAKURA CITY, CHIBA
                       2. AKIHABARA

Sakura City ni sikit dari Tokyo..dalam 1 jam lebih kalau naik train..Trip nadia ni mostly dekat Tokyo..Ohh ye, trip ni under UiTM, tapi UiTM sponsor certain amount jelah..Okay, kami pergi ke Sakura Town by train. Perjalanan dia macam kat bawah ni..


Sebelum tu, beli tiket dulu..


Since masa nadia pergi tu early spring, so weather still ada aura-aura winter lagi, masa tu 4-10°C..Sebagai seorang Malaysian yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke negara empat musim, memang terkejut beruk la..eh tak beruk sangat la, beku sat ja..hihi..Sampai je Keiseisakura station, kami pun apa lagi, bergambar la walaupun sejuk ya amat..kalau tengok gambar memang pose-pose yang tahan sejuk macam gambar bawah ni.. ^_^


Then, kami start walk tour kami, lalu area residential, kedai-kedai, bukit dan denai untuk pergi Sakura Castle Park..Sakura City ni terkenal dengan park tu la selain Dutch windmill tapi nadia tak nampak pulak windmill tu, kalau pergi lambat sikit, maybe boleh tengok Tulip Festival masa spring..Jom layan gambar pulak..

Residential area

First time nampak pokok sakura..excited gila! Tapi ntah ye ke tidak pokok sakura tu..hehe

Teruskan perjalanan lagi..

Tak Jepunlah kalau tak banyak vending machine kan? Tepi jalan raya pun ada..


Nice kan architecture tu?


First time nampak tanaman lobak putih ni..



Along the way nak pergi Sakura Castle Park


Yang ni laluan nak ke Sakura Castle Park tu, kena memanjat sikit..hehe..




Misi mencari muzium..



Sekali tutup daa..bergambar sekitar muzium je la..

Lepas tu kitorang jalan kaki lagi..singgah 7 Eleven sekejap beli apa yang patut sambil lepak..Haa kat Malaysia tak lepak depan 7 Eleven, kat Japan je lepak..hehe

Then, kitorang masing-masing macam tak larat dah nak jalan, naik bas pulak..Merasa laa naik bas kat Japan..Sampai train station, ada yang nak makan dulu..so singgah kedai makan..Jakun sikit la, sebab order guna vending machine..tapi tak ada gambar pulak, cuma gambar masa makan je..Kawan nadia makan udon mee, ada yang version panas dan sejuk..yang sejuk tu memang tak kenalah dengan tekak orang Malaysia nadia ni..huhu


Dah kenyang, kitorang naik train ke Akihabara..





Akihabara ni tempat pencinta anime/manga dan juga peminat gadjet dan barang elektronik, bukan kedai-kedai kecik je, 1 mall jual gadjet..tu yang belakang kitorang tu, dalam tu semua jenis barang elektronik ada dalam tu..


Kedai Duty Free pun banyak dekat sini..


Masa kitorang pergi ni, waktu siang singkat..Pukul 5.00 petang dah macam maghrib dah..Masa kitorang lepak tepi bangunan Yodobashi-Akiba tu, nadia nampak ada locals beli basikal dalam mall tu, bawak keluar, terus naik..terus nadia rasa nak bergambar dengan basikal jugak..hihi


Then, kitorang pergi dinner. Tak ingatlah A&W ke Mc’D masa tu, tapi kitorang just makan fries jela..hehe..Lepas dinner, gerak balik hostel pukul 8.30 malam..haa nampak kan kat train station ni..sebab tu nadia ingat..hihi..Akihabara selang 1 station je dengan Asakusabashi..






Muka puas berjalan untuk hari ke-2 di Japan..Hari ni, kitorang more kepada mengenali kawasan perumahan diorang, jenis-jenis rumah, bangunan yang ada dekat sana..Then, pergi 1 lagi tourist attraction iaitu Akihabara..

JAPAN TRIP : DAY ONE
JAPAN TRIP : DAY THREE

Nanti nadia sambung hari ke-3 pulak ye..
Till to the next post.
Okbai.



6 comments:

  1. sungguh pun serba canggih bandarnya tapi mereka tetap menggunakan basikal untuk bergerak kemana2 kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. diorang tak malu pun..tua ke muda ke, semua pun bawak basikal.. ^_^

      Delete
  2. Salam Singgah... baru musim bunga dah pakai tebal gitu... cemana lah nanti kalau musim salji kan... dulu masa saya kat Sydney pun gitu gak... musim bunga tapi habis berbungkus

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa, sejuk gila! tak ada experience lagi pergi time winter..hihi

      Delete
    2. hai nadia :)
      nak tanya waktu nadia pergi ni early april ke? around 1st to 10th april?
      sbb saya pun nk pergi around date tu. cuaca still sejuk eh?

      Delete
    3. Hi jaja, nadia pergi early march. 01 - 07 march..
      april rasanya dah masuk spring tapi awak boleh check kat website tourism japan for more info.. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...