Tuesday, February 12, 2013

Fresh Fruit Cake.

Assalamualaikum...

Entry kali ni nadia nak share resepi ubah suai jadi kek hari jadi...hehe...nadia panggil kek ni, 'fruit cake bob marley' kenapa? nanti nadia cerita okay!


Bahan-bahan

*kek
500gm tepung optima
200gm mentega
5 biji telur
1 sudu besar ovallete
pewarna
perisa (optional)

*butter cream
125gm mentega
125gm creamwell
100gm susu pekat manis
40gm gula aising
1 sudu kecil esen vanilla

*hiasan
biskut lady fingers
buah-buahan
ribbon

Cara-cara

1. pukul butter sampai kembang
2. masukkan telur satu-persatu.
3. masukkan ovallete dan tepung optima.
4. bahagikan mengikut pewarna dan perisa yang kita nak buat.
nadia tak letak perisa, dan buat 3 warna je...
5. bakar satu-persatu selama 20 minit atau ikut oven koranglah.
6. untuk buttercream pula, campur semua bahan dan pukul sampai kembang dan sebati.
7. bila kek dah siap masak, susun kek tu macam dalam gambar bawah ni...
*letak kek, sapu buttercream, letak kek lagi, buttercream lagi dan seterusnya...
kemudian sapu buttercream keliling kek tadi...
*nadia potong keliling kek tu sikit bagi nampak seia dan sekata... ^_^


this is the reason why nadia called it as 'fruit cake bob marley'...because of the colours! ^_~

8. susun biskut lady fingers di sekeliling kek...


9. susun buah-buahan di atas kek tadi...nadia guna buah-buahan seperti di bawah...saje letak gambar sebab suka tengok warna dia! ^_^




hasilnya...


10. lastly, korang letaklah ribbon sebagai penyeri kek tu...hehe~




siap! hehe...sangat seronok bila tengok hasil titik peluh kita sendiri...sebenarnya kek ni ada orang tempah, so bila dapat feedback yang bagus, bertambah-tambah seronoklah nadia...so, lepas ni mungkin nak buat lagi untuk birthday adik nadia pulak since kebanyakan bahan-bahan ada lagi...dapatlah kitorang merasa pulak...hihi~

oh ye, resepi kek ni nadia olah dari resepi yang nadia pernah buat sebelum ni...

resepi kek dari resepi rainbow cake.

resepi buttercream

till meet then.
okbai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...