Tuesday, January 29, 2013

resepi kuih tradisional : putu ayu

Assalamualaikum...

Di pagi sabtu yang indah ini, moleklah kiranya nadia kongsikan satu resepi untuk korang-korang semua...sebenarnya nadia pernah buat dulu dan ada kat blog ni... :: puteri ayu ke seri ayu atau putu ayu??::

Tapi masa tu nadia tak ada acuan lagi, so kuih tu macam cacat sikit...so, sekarang nadia dah beli acuan, tibalah masanya nak tunjuk skill lagi sekali...hehehe...cakap banayak pun tak guna, jom tengok bahan-bahannya....


2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudu kecil ovallete
1 susu kecil perisa 
pewarna hijau

sedikit kelapa parut, tepung gandum dan garam


cara-cara membuatnya : 


1. oles acuan dengan sedikit minyak...(supaya tak melekat dan senang nak keluarkan)
2. campurkan kelapa parut, tepung gandum dan garam...masukkan dalam acuan dan tekan sedikit supaya mampat...

3. pukul gula dan telur selama 5-7 minit...masukkan ovalette dan pukul lagi...
4. masukkan tepung dan santan sedikit demi sedikit...
5. masukkan pula perisa pandan dan pewarna hijau...
(nadia tak guna perisa pandan, nadia perah santan bersama air daun pandan...tradisional sikit kan...rasa pandan asli...hehehe)
6. tuang ke dalam acuan dan kukus lebih kurang 7-10 minit

dan hasilnya....








still cacat sikit sebab kelapa parut tu ada hitam-hitam..nadia lupa nak pesan supaya parut yang putih je...huhu...nadia ada try buat guna kekdah lain iaitu blend semua bahan dengan blender tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....................kuih tak jadi! konon nak senang lah, mix je semua bahan, sekali kuih tak gebu! tak cuba tak tahu kan...so better korang ikut step kat atas tu supaya kuih korang gebu's! yang kat atas ni, ikut step, so okay lah...

tu jelah, 
selamat mencuba kuih favourite nadia..
okbai!

Tuesday, January 22, 2013

resepi : kek batik

Assalamualaikum...

Kalau cakap pasal kek batik, mesti semua orang tahu kan...resepi mudah dan sedap tak hingat! tapi resepi kek batik ni ada banyak version, ada pakai gula ada pakai susu, ada pakai cooking choc ada pakai milo, ada guna telur ada yang tak... so, jom lah tengok version nadia pulak...


bahan-bahan

300 gm biskut marie (nadia guna munchy's - 1 paket)
200 gm mentega (nadia guna 1 buttercup - 250gm)
1/4 cawan serbuk koko (15gm)
1 cawan susu pekat ( 1/2 tin)
1 cawan  milo (100gm)
1/4 cawan air panas
1 biji telur

cara-cara

1. patah-patahkan biskut marie, nadia patah 2 je...
2. cairkan mentega, nak senang, potong mentega kecil-kecil, cepat sikit cair...
3. masukkan milo, serbuk koko, susu pekat dan air panas...
4. bila semua bahan dah blend each other, masukkan telur dan kacau lagi...
5. tutup api, kemudian masukkan biskut marie, ratakan...
6. masukkan dalam bekas...mampatkan...
nadia alas plastik supaya senang nak angkat nanti...
7. sejukkan dan simpan dalam peti sejuk 2-3 jam sebelum dihidangkan...


sebelum masuk peti ais


yang ini pulak, bila keluarkan dari bekas, dengan adanya plastik pengalas tu, kerja-kerja mengeluarkan kek batik menjadi mudah!
(pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh hotfm)


nadia guna paper cup supaya dia tak melekat each other


ready for delivery!
(oh lupa, kek batik ni aunty nadia yang tempah)


kasi close up sikit

* nadia guna 250gm butter instead of 200gm, so rasa butter tu lebih sikit la, tapi tak adalah masin sangat pun...kalau korang tak suka, boleh guna 200gm je macam resepi asal...nadia beli butter cup yang 250gm tu, so 50gm tu macam tak tahu nak buat apa, dah la sikit...tu yang nadia masukkan je semua...

buat kek batik ni memang senang! semudah 1,2,3,4,5,6,7! hehehe~
kalau buat memang confirm jadi...
tu jelah nak share dengan korang...
okbai!

Thursday, January 17, 2013

resepi kuih tradisional : nagasari pisang

Assalamualaikum...

Nak bagitahu ni, nadia dah start cuti semester...hehehe~ so, bolehlah buat aktiviti tertangguh contohnya macam blogging, masak-masak dan macam-macam lagilah!

okay, hari ni nadia nak share satu resepi kuih tradisional...macam tajuk entry tu lar...kuih nagasari....bila nadia search, kuih ni famous jugak di Indonesia selain di Malaysia...selain nagasari pisang, ada jugak orang buat nagasari jagung, cendol dan nangka...rasa dia lemak-lemak manis...sedap, nadia suka! hehe~

Jom laa tengok bahan-bahan dia ye...









 


dan cara-cara membuatnya ye tuan-tuan dan puan-puan...

1. potong daun pisang macam dalam gambar kat atas tu, kemudian layurkan di atas api...

2. campurkan semua bahan di atas kecuali 2 bahan terakhir tu...


3. masak di atas api sehingga pekat...sampai jadi macam kat bawah ni...


4. cara-cara membungkus pula, korang boleh tengok step kat bawah ni...


letak sedikit adunan atas daun pisang


letak pisang yang dah dipotong di atas adunan tadi...


letak adunan lagi sekali...


bungkus macam ni ye...

5. kukus selama 15-20 minit...siap!

hasilnya, 



sorry lah gambar dah siap pulak yang tak berkualiti...hehe...tak sabar nak makan punya pasal..ambil gambar terus makan, tak tengok okay ke tak...kat bawah ni yang nadia google...



nadia ada beberapa tips untuk buat kuih ni...

* selain pisang raja, boleh jugak guna pisang nipah dan pisang tanduk. Nadia guna pisang berangan, so rasa dia manis je, tak ada rasa masam-masam sikit...

* kuih ni lagi sedap dan cantik kalau simpan dalam peti ais, bentuk dia tu elok sikit laa...

* korang boleh adjust garam tu ikut selera korang...

tu jelah...
okbai!~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...