Wednesday, October 31, 2012

kegilaan bidara.

Assalamualaikum...

Hari ni tak nak tulis panjang-panjang...
berbekalkan bakat photography yang tak berapa nak ada ni...
serta DSLR pinjam...
dan kegilaan terhadap alam semulajadi...
dengan dress dan mentari terik atas kepala...
ku redah persisir pantai demi pemandangan yang ku kira indah...
lokasi : Tanjung Bidara, Melaka...
so, lets picture speaks! 






















tu jelah...
okbai!


Tuesday, October 30, 2012

recipe : blueberry cupcakes!

Assalamualaikum...

Hai korang! hari ini nadia nak share resepi blueberry cupcake...


nadia ambil resepi ni dari blog Dapur tanpa Sempadan...Sebenarnya, ini order daripada aunty nadia untuk anak dia...aunty nadia ni suka sangat kek blueberry, so nadia buatlah blueberry cupcake untuk dia...jom intai-intai bahan-bahannya...

175 gm mentega

115 gm gula kastor

1 sudu kecil ovallete

2 biji telur gred A

135 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder

30 g susu pekat manis

blueberry filling

1 sudu teh esen vanilla

topping/buttercream

125 gm mentega
125 gm creamwell
100 gm susu pekat manis
40 gm gula icing
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna

cara-cara membuatnya :

1.satukan mentega dan ovallete, pukul rata...
2. masukkan gula kastor, putar lagi...
3. masukkan telur satu persatu...kemudian susu pekat...
4. satukan tepung dan baking powder, tapiskan...masukkan sedikit demi sedikit...
5. masukkan esen vanilla...

6. masukkan adunan ke dalam papercup...2/3 cup...

7. pipingkan blueberry filling...

8. bakar selama 20-25 minit bergantung kepda oven masing-masing...sejukkan...
9. putar semua bahan-bahan buttercream kecuali pewarna...bahagikan mengikut jumlah warna...
10. hiaslah cupcake korang tu sesuka hati! =)





nadia buat 4 adunan untuk dapatkan lebih kurang 45 biji cupcake size ni...dan nadia belajar benda baru juga...belajar buat rumput! hehe...

*kebanyakan gambar bahan-bahan yang nadia tunjuk tu adalah untuk 2 adunan...

tu jelah nak share dengan korang...
okbai! =)


Monday, October 29, 2012

UIA

Assalamualaikum...
Hai! bersua kita kembali setelah lama saya menghilangkan diri...hehe...nadia ade banyak story nak share, nak kepoh2 dengan korang tapi kesibukan yang tak berapa nak sibuk menyebabkan blog ni dipinggirkan untuk sementara waktu...so, sekarang ni cuti mid-term, bolehlah nadia update setakat yang mampu...

kalau entry sebelum ni, nadia cerita pasal proposed site nadia untuk final project, kali ni nak share pengalaman kami pergi site syira a.k.a cik syerai! hehe...site dia kat UIAM..so boleh dikatakan setiap minggu kami pergi ke Gombak atas urusan projek cik syerai ni...

first time pergi, kami jakun gila! sebab architecture and environment di UIA tu tersangatlah cantik...ala-ala kat Morocco gitu...jomlah tengok gambar kami...


ni ialah Azman Hashim Complex...kenal tak siapa Azman Hashim? ala, bapak kepada Mizz Nina, whatya2 waiting for???... haha~ dan kat bawah ni gambar-gambar sekitar bangunan tu...oh ye, bangunan ni lah site untuk final project cik syerai kita...





kali ke-2 kitorang pergi sebab nak mintak drawing kat KAED (Kuliyyah of Architecture, Environment & Design) kalau tak silaplah....kebetulan masa tu ada Chocolate Fair...sangat teruja sebab semua booth jual coklat! best gila! dan KAED ni sama macam fakulti nadia...cuma kat UiTM nama dia FSPU (Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur)...interior dia sangat cantik...lagi seklai kitorang jakun...hehe~




kat bawah ni pulak gambar booth yang ade kat situ...




nadia beli ni...korang tekalah sendiri untuk siapa ye...hehe~

kali ke-3 pergi semua site housemate nadia kecuali site nadia...sebab site nadia je bukan dekat area selangor/KL...tapi masa ni tak ambil banyak sangat gambar kat UIA,busy ukur bangunan katanya... kitorang snap masa pergi tempat lain, next time nadia cerita ok....


and for the last time (setakat ni...) kami pergi lagi ke KAED untuk dapatkan drawing cik syerai...kali ni banyak snap kat exterior pulak...masa ni kitorang macam dah expert dah jalan kat UIA ni...mcm universiti kitorang dah...hehe...




kesimpulannya, nadia seronok dapat join cik syerai jalan-jalan kat UIA...sangat berbeza ye dengan UiTM...kat sini ramai berjubah tak kira lelaki ke perempuan...bertudung labuh, berpurdah, berkopiah...pengalaman barulah untuk nadia...

tu jelah nak share dengan korang....
okbai! =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...