Sunday, September 30, 2012

seminar perumahan 2012

Assalamualikum...

Hari ini nak share sedikit pengalaman nadia menghadiri Seminar Perumahan 2012 oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan di Dewan Sri Budiman di UiTM Shah Alam pada 26 September 2012... Seminar ini dihadiri oleh pelajar tahun akhir Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur UiTM Shah Alam... Seminar ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Azni Zain Ahmed, Timbalan Naib Canselor (Akedemik Perantarabangsaan) UiTM. skema tak ayat nadia?hihihi~




Ada 4 pembentangan sepanjang seminar tersebut,

Garis Panduan untuk Bakal Pembeli Rumah
Skop & Bidang Kuasa Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)
Penerangan mengenai Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)
Memahami Surat Perjanjian Jual & Beli (S&P)

Walaupun seminar ni nampak macam bosan je, tapi banyak informasi yang boleh kita dapat especially untuk pelajar tahun akhir macam nadia ni...yelah, lepas belajar mesti kerja, beli kereta dan rumah kan...so untuk mengelakkan daripada terjadinya masalah yang tak diingini lebih-lebih lagi melibatkan kerugian kepada kita, seminar macam nilah kita patut pergi...betul tak?

Antara informasi yang nadia dapat ialah kalau timbul masalah dalam proses jual beli kat mana kita boleh adukan maslah tersebut, kategori permasalahan dan pihak yang kita boleh rujuk...Penerangan tentang apa yang ditawarkan oleh developer, adakah ianya sah atau dibenarkan oleh undang-undang atau tidak dan banyak lagi lah...

Selain daripada seminar ini, apa yang best lagi ialah kitorang dapat goodie bag dan makanan untuk sarapan, minum pagi dan makanan tengah hari! yeay!!! sedap pulak tu...hehehe~

muka happy lepas makan... =D

pentas

tu jelah nak share dengan korang...
okbai! =)


Saturday, September 22, 2012

lovely weekend~

Assalamualaikum...

Hari minggu yang lepas masa cuti Hari Malaysia tu, nadia pergi Perak...rumah incik bopren...katanya pergi beraya walaupun dah tinggal 1-2 hari je sebelum Syawal mengundur diri..hehe~

So, nadia pergi sana dengan kakak incik bopren iaitu kak intan...dia kerja kat Kelana Jaya, so nadia ajaklah dia balik kampung sekali... nadia saja nak buat surprise kat incik bopren, cakap tak jadi datang hari jumaat, esoknya baru datang...dia pun marah-marah nadia cakap nadia tipu dia...hehe...malam pukul 1 lebih baru sampai Kampung Gajah...

Hari sabtu pulak, nadia dengan incik bopren pergi Jusco kat Station 18, Ipoh...Jusco tu tak adalah baru sangat bukak tapi nadia tak pernah pergi, kononnya nak buat lawatan sulung ke sana...tengah sibuk ber'window shopping' terserempak pulak dengan pak cik incik bopren...kantoi...huhu~ Lepas tu pergi Ulu Chepor sebab kitorang macam malas nak jalan-jalan, so pergi berehat sebentar sambil menikmati alam semulajadi...chewahhh~

Malam tu pulak, kitorang pergi makan dekat Dataran Ipoh dan kebetulan ada Konsert Ambang Hari Malaysia...disebabkan ada Amy Search yang memang favourite nadia dan incik bopren, kami pun gigihlah menunggu...pukul 11.00 malam barulah muncul Amy, Ella dan AC Mizal...punyalah lama...tapi puas hatilah dapat tengok Amy Search secara live...yeayy!!!

masa tengah tunggu amy search... =D
(gambar nadia je, incik bopren tak payah!)

Hari ahad, mak incik bopren siapkan breakfast pastu buat nasi ayam untuk dibawa ke Cameron Highland! hari sabtu tu mak cik (mak incik bopren) tanya nadia, "syeera (nama lain nadia) nak pergi Cameron ye?" dengan penuh yakinnya nadia jawab, "Nak!" nadia memang dah lama plan nak pergi Cameron kalau pergi Perak.so, inilah masanya kan...lepas tu, mak cik cakap abang adam (boyfriend kak intan) pun nak join...adik lelaki incik bopren pun ajak girlfriend dia...wahhh, terharu ramai yang join...jalan ramai-ramai baru seronok kan! jadinya the whole family incik bopren ikut kecuali ayah dia...adik-adik perempuan dia je tak bawak kawan...hehe~

kitorang gerak agak lambat so sampai pun lambat...selepas meredah jam yang panjang...kami pun parking tepi jalan, ada kawasan berumput tepi bukit, apa lagi bentang dan tikar kami berpiknik di situ...dah lah udara sejuk je, memang terbaiklah!


bila dah kenyang, kami teruskan perjalanan ke Cameron Valley, memang target nadia nak pergi situ...bukan apa, kat situ ada ladang teh yang sangat cantik...dulu nadia pernah pergi, sekarang nak pergi lagi! tengok gambar kat atas tu, betul tak nadia cakap??? kat bawah ni pulak gambar kitorang...(sebenarnya banyak gambar nadia je...hehe)





kemudian, kami pergi ke pasar malam dekat Brinchang tak silap nadia...sangat sejuk okay! menggigil nadia dibuatnya...nadia beli fridge magnet nak bagi ibu dan mak cik nadia, strawberi coklat, strawberi yang dah dikeringkan tu, jambu epal, keledek madu  ke apa entah tapi sedap...


kat bawah ni pulak gambar-gambar selepas penat shopping dan sebelum berangkat pulang...


sementara tunggu mak cik dengan nyna, kami posing dulu... =)
(adah, nana, kak intan dan nadia)


shahrul (adik incik bopren) & adah (adik atun, ex-roomate nadia)


girls only! =)
(belakang : nadia, kak intan, makcik, nyna, depan : nana dan adah)


adik-beradik perempuan incik bopren
(nana, nyna dan kak intan)

esoknya tu, kami berehat je kat rumah dan malam tu boyfriend kak intan hantar kami balik ke shah alam dan kelana jaya...incik bopren pun ikut sekali...wee~ kesimpulannya, pemergian nadia ke Perak kali ni sangatlah best! terima kasih kat diorang sebab layan nadia dengan baik...nadia sangat gumbira! =D

maaflah entry terlebih panjang...ada masa ni nadia dapatlah update, lepas ni tak tahulah bila dapat update lagi...bila masuk semester baru, nadia kena terima hakikat yang masa sangat mencemburui nadia...lebih-lebih lagi bila dah masuk final year ni...

tu jelah, okbai!

Thursday, September 6, 2012

alahai adik!

Assalamualaikum...

Entry ni just tunjuk kat korang hasil kerja adik bongsu nadia, faiz. faiz ni memang minat sangat melukis daripada kecil lagi...daripada dulu lukisan yang dia seorang je yang faham...sekarang ni orang lain dah boleh faham sikitlah lukisan dia...hehe...

tapi yang nadia nak tunjuk ni, dia buat guna paint. kadang-kadang dia ada jugak guna software sketch up nadia...untunglah kan 9 tahun dah guna sketch up, nadia dulu paint pun tak tahu...


tu jelah nak share dengan korang...nadia tengah menghabiskan sisa-sisa cuti semester dengan menghabiskan kerja part time  dan freelance project nadia...nanti balik shah alam, tak payah fikir lagi dah... =)

okbai!

Wednesday, September 5, 2012

ketupat goreng!

Assalamualaikum...

hari ini nadia nak share dengan korang resepi yang menjadi menu tetap untuk breakfast pada hari raya ke-2 setiap tahun bagi family nadia lah...nadia tak tahulah korang biasa makan ke tak tapi kalau kami sekeluarga, memang sukalah! ketupat goreng ni sama je dengan nasi goreng biasa tu, cuma nasi digantikan dengan ketupat atau nasi impit...so, kat bawah ni resepi nadia...kalau korang nak ubah atau tambah apa-apa bahan yang sesuai tu, dipersilakan...jangan malu-malu... ^_^

bahan-bahan

ketupat/nasi impit
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
2 biji telur
garam secukup rasa
ikan bilis
minyak
bawang goreng (optional)

cara-cara

1. potong ketupat/nasi impit kecil-kecil dan ketepikan.
2. tumbuk/blend bawang besar, bawang putih, cili hijau sampai lumat.
3. nak tumbuk sekali ikan bilis pun boleh, kalau tak, masukkan semasa menumis.
4. panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tadi. jangan lupa letak garam...
5. pecahkan telur dan hancurkan.
6. masukkan ketupat/nasi impit. gaulkan supaya tumisan tadi mesra bersama ketupat.
7. siap! taburkan bawang goreng sebagai hiasan...


ketupat/nasi impit


rencah tumisan


hasilnya!

TIPS! (daripada ibu nadia)

1. untuk masakan yang sedap, tumis dengan api yang kecil dan tempoh yang agak lama...tapi jangan lama sangat pulak, nanti hangus...hehe~

2. rajin-rajinkan diri menumbuk bahan tumisan, bukan guna blender.

-secara Islamik dan logik akalnya, apa-apa perkara yang kita buat kalau kita bersabar, hasilnya pasti lebih baik. dan kalau kita bersusah-susah dahulu, kita akan bersenang-senang kemudian...simple je kan konsepnya! bukan dalam kehidupan je boleh aplikasikan, dalam masakan pun boleh!

Tuesday, September 4, 2012

challenge.

Assalamualaikum...

Waa, hampir seminggu nadia tak update blog rupanya...tu pun setakat update entry wordless wednesday je...lately nadia busy sikit...nak kena settle kan my first freelance project sebelum balik shah alam weekend ni...nadia dapat satu project interior design untuk satu kedai ni...tak adalah besar pun, kecil je tapi disebabkan projek ni nadia handle seorang diri, maka banyaklah nadia nak kena catch up...

kedai ni dalam mall, so design approval adalah daripada 3 pihak...owner kedai, office management and HQ dia...mula-mula tu macam tak yakin je boleh buat..almaklumlah sebagai seorang student Interior Architecture, nadia bukanlah hebat seperti studiomates nadia yang lain...tapi nadia ambil jugak projek ini sebab nak cabar diri sendiri...hehe...

kalau dulu masa buat practical, apa-apa drawing yang nadia buat mesti ada senior designer atau bos yang check before tunjuk kat client tapi kali ni nadia yang kena decide, kalau silap, habislah nadia...kalau apa-apa jadi memang boleh kena saman...hohoho~


bayangkan, nadia kena buat mechanical & electrical layout, plumbing layout yang sebelum ni nadia jarang sangat buat...jadinya, terkial-kial lah mencari kat buku, internet semua...tanya kawan...but at least i gain new knowledge! tambah experience buat design practice in real project...

so, sekarang dalam proses amendment and cari kontraktor untuk buat hording board...then, client suruh buat promotion flyers jugak...yang lain dia yang settlekan rasanya...lega, nasib baik tak kena prepare budget dan cari kontraktor sekali...kalau tak lagi pening! huhu~

kat bawah ni ialah design yang nadia buat...ada yang sebelum dan selepas diubah...malu nak tunjuk sebenarnya sebab nadia guna software sketch up je...orang lain guna 3d max...tu pun ada error jugak tapi tak sempat nak edit balik, client nak cepat sangat! design pun kena limit, baru buat cantik sikit, client dah call suruh ubah, nak cut cost...hehe~




kat bawah ni pulak design flyers...dia suruh buat simple-simple je...senanglah kerja nadia kan...hehe~


tu jelah nak share dengan korang...tak lama lagi nadia dah balik shah alam, wahhhh beratnya nak tinggalkan kampung halaman.....huhuhu~

p/s Fadhila, ni lah project kite... berminat?

okbai!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...