Sunday, August 26, 2012

cinta di hari raya!

Assalamualaikum...

nak share dengan korang lagu raya daripada yuna ni, raya oh yeah!


sebenarnya macam ni lah perasaan nadia masa incik bopren datang muar hari tu...happy sangat...yelah, tahun ni kitorang memang jarang gila jumpa..ada lah 3,4 kali kot...tiba-tiba dia menyatakan persetujuan nak datang beraya kat sini...terus berbunga-bungalah hati nadia ni...chewahhh~

Khamis (23/08)

incik bopren sampai pukul 12 lebih malam...
nadia dengan adik nadia pergi ambil dia kat bustand, pergi makan sekejap then hantar dia pergi hotel...oh ye, nadia ada bekalkan dia mi rebus jugak...sebab adik-beradik ibu datang rumah malam tu...ada lebih, bagilah dia sikit... =)

Jumaat (24/08)

disebabkan perut nadia meragam lagi, muntah & cirit-birit lagi, plan macam dah lari sikit, nadia suruh dia extend lagi satu hari...sepatutnya dia balik hari tu jugak...

petang tu, nadia dah okay sikit, nadia bawa balik ke rumah menghadap ayahanda dan bonda nadia...kelakar bila tengok dia yang kononnya cool tapi obviously dia cuak okay! lebih-lebih lagi dengan ayah nadia...sebab before this dia datang ibu nadia je yang tahu dia boyfriend nadia...

then, ajak dia pergi open house rumah kawan nadia...first time pergi beraya dengan incik bopren kat muar ni...hehe~

malam tu nadia bawak dia makan sup paling sedap kat muar...kat darul masyhur! sebenarnya nadia yang teringin nak makan sup ekor kat situ...hihi~

Sabtu (25/08)

pagi-pagi lagi nadia dah ajak dia pergi rumah nenek nadia...sebab dia tak nak balik perak lambat-lambat sangat...walaupun dah pernah jumpa nenek nadia, dia boleh salam nenek pastu panggil nenek nadia mak cik! nadia punyalah gelak besar...entah apa-apalah dia tu...

then, pergi breakfast...nak bagi dia breakfast ala-ala orang muar, orang muar kata sarap...hihihi...makan sate & lontong! yelah, kat perak mana dapat makan sate pagi-pagi kan...lepas makan, pergi beli ole-ole untuk mak dia, perencah mi bandung muar dengan kopi 434 yang famous tak hingat kat muar ni... =)

lepas tu, balik rumah nadia kejap, tukar baju then hantar dia dekat melaka sentral...sebab kat situ je ada bas direct ke teluk intan...tapi tak ada tiket pun...dia kena turun kat KL dulu...hehe~

gambar kat bawah ni masa on the way nak ke melaka...dah nak balik baru sempat nak ambil gambar...hehe~







conclusion nya, nadia tersangatlah seronok beraya bersama si dia...hehehe...nanti tunggu kedatangan nadia ke perak pulak okay!

tu jelah nak share dengan korang...
okbai!

Saturday, August 25, 2012

eid 2012

Assalamualaikum...

first of all, nak wish korang Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin...walaupun dah seminggu beraya...hehe...biasalah raya-raya ni mestilah sibuk sikit kan...ditambah pulak, 2 hari sebelum raya sampai lah raya ke-3 nadia kena muntah2 dan cirit-birit...

masa malam 1 hari raya tu nadia pergi hospital, doktor bagi injection supaya tak muntah dan doktor cakap kalau boleh, elakkan makan cili dan daging...sedih tau tak dapat makan ketupat dengan rendang ibu... petang tu nadia makan, tapi muntah balik...macam tu lah hari-hari berikutnya...makan, muntah walaupun dah pergi hospital...

2 hari lepas dah okay tapi pagi tadi (24.08.212) sakit balik...alahai nasib badan...ubat pun dah habis...facebook, twitter, blog semua dah lama tak bukak...dah lah, tak nak membebel panjang2, korang layan lar gambar pagi raya ye...


kami sekeluarga


ayah & ibu


kami adik-beradik


sesi bermaaf-maafan 



menjadi tradisi keluarga nadia, sebelum pergi rumah atuk nadia, kami akan ke rumah mak ngah nadia merangkap jiran sebelah rumah kami...hehehe~




nadia, ibu & mak ngah

tu jelah nak share dengan korang untuk kali ini...ada masa, nadia update lagi okay...
okbai! ^_~

p/s : doakan nadia cepat sembuh, tak larat dah keluar masuk bilik air...huhu~




Monday, August 13, 2012

iftar

Assalamualaikum...

hari ni nadia nak share aktiviti iftar pulak...hari sabtu hari tu, 11 ogos 2012 ialah birthday ayah nadia...so, ibu nadia pun plan nak berbuka puasa kat luar...nak celebrate lah kiranya...so, kitorang pergi satu restoran kat muar ni...ramai duk kata sedap tapi nadia tak pernah rasa...tapi bila dah rasa, memang sedap! memang patut jadi bualan orang..hehe~


 happy birthday ayah!!! yang ke-48 tahun...muda lagi tu...hehehe....dah puji ni, duit raya kasi tambah sikit... 

antara menu kitorang hari tu....


:: siakap tiga rasa ::


:: siakap steam ::


:: sup ekor kegemaran ayah ::


:: chocolate coppucino cake ::

nadia tak sempat nak buat kek untuk ayah sebab hari tu nadia kerja...so, beli jela jawabnya...hehehe~ apa yang penting ayah happy, semua orang happy...esoknya pulak, kitorang pergi melaka, shopping baju raya adik-adik...mula-mula, ibu cakap ayah dah tak bagi nadia duit untuk shopping lagi sebab nadia kan dah kerja (part time)...so, memang tak mengharaplah...tiba-tiba semalam ayah nadia hulur duit...nadia punyalah suka, tak terkata! hehehe...lepas penat-penat pilihkan baju untuk adik-adik nadia, kitorang pun get ready untuk berbuka puasa...kitorang pergi Johhny's Restaurant...


:: mereka (syafiq-adik nadia no.3, faiz-adik nadia no.4 & ibu nadia) ::



:: kami (aliff-adik nadia no.2, myself & ayah nadia)


kitorang order set ni...dengan nasi putih...cukuplah untuk mengenyangkan kami sekeluarga...


:: steamboat in the making ::


:: pineapple rice ( ayah nadia punya)


:: strawberry & vanilla float ::

nadia suka tomyam dia, sedap! tapi kena tambah RM10.00, kalau sup biasa dia tak charge pun...so, total dalam RM115.00 tak silap nadia...okay lah kot...sekali sekala kan...


sebelum hantar adik nadia balik uitm melaka, kita pose dulu ye ibu...hehehe~

sebenarnya hari rabu hari tu, nadia berbuka kat Johnny's jugak...tapi dengan kawan nadia...masa tu dia ajak teman dia pergi shopping baju raya, lepas tu dia belanja kat sini...siap belanja tengok step up revolution lagi...hehehe...orang dah kerja, time ni lah nak belanja kawan, tak gitu...dia ni kira bff nadia dari sekolah dulu...dulu masa sekolah, dia selalu pow nadia, sekarang nadia pulak pow dia...hehe~


:: fitri ::

kitorang order set ni, tapi fitri mintak nasi putih, 2 pulak tu...biasalah, lelaki kan...lagipun nasi dia sikit je...


periuk kitorang pun tak adalah penuh macam masa berbuka dengan family tu...huhu~


 kesian sayur dipinggirkan...huhuhu...


last but not least...of course lah nadia kan...hehehe~

tu jelah nak cerita dengan korang...sorry lah entry panjang kemain, bukan ape, takut esok lusa dah busy takut tak sempat nak update...hehehe...
okbai!


Saturday, August 11, 2012

yang ditunggu telah tiba...

Assalamualaikum...

Hari ni nadia nak kongsikan kegembiraan nadia...tentang apa? tentang projek raya nadia, custom made money packet... pihak printing tu dah pun poskan kepada nadia dan dah sampai 2 hari lepas...sangat teruja okay! yelah nak tengok hasil titik peluh kita sendiri kan...cehhh, berpeluh ke pun...hehehe...

jom tengok!


masa parcel ni sampai, nadia tak ada kat rumah...akibat ketidak sabaran, maka ayah nadia pun buka dulu...dia yang excited! hehehe...


yang ni, ibu nadia punya...awal-awal lagi nadia dah serahkan kepada tuannya...



dua design ni order daripada cousin nadia...juga dah diserahkan...lega rasanya bila tengok diorang suka, ...


yang ni pulak, aunty nadia kat sabah punya...nadia dah pos dah semalam...harap-harap sempat sampai dengan selamat sebelum raya...


ni pun aunty nadia punya...dia pun excited, siap cakap "tak sabarnya nak tunggu esok..." tak sabar tunggu nadia bagi kat dia...dan dia suka! alhamdulillah...


kad raya adik nadia...dapat je, dia terus tulis alamat dan bersedia untuk diposkan...tapi rasanya kuantiti kad raya ni terlebih...tak tahulah terlebih print agaknya...

List of Project!

1. projek raya I (money packet & kad raya) : done!

2. projek raya II (kuih raya & kek) : petang ni beli bahan-bahan...ada orang tempah...

3. projek raya III (cat rumah) : hari ahad baru start kot, nanti pergi pilih warna cat dengan ayah nadia...cat dapur dan bilik air...

4. projek ramadhan : dalam proses mengumpulkan baju-baju tu dan cari packaging yang sesuai...hari selasa nak serahkan kepada pertubuhan yang nadia pilih tu...

wahhh, macam projek juta-juta je kan...hehehe....at least, banyaklah aktiviti cuti semester nadia kali ni selain kerja part time kat kedai aunty nadia....

tu jelah nak share dengan korang...
okbai! =)





Thursday, August 9, 2012

bloggers day out!

Assalamualaikum...

hari ni nadia nak share dengan korang aktiviti yang membabitkan bloggers yang nadia join...ni kali kedua lah selepas attend event Fatin Suhana iaitu Islamic fashion show ...

kali ni nadia keluar dengan pembaca blog Ida & Iena Mansor...aktiviti yang kitorang lakukan ialah tengok wayang, kitorang tengok The Dark Knight Rises...best filem ni, antara filem korang wajib tengok sekarang ni...sebelum tu teman twins ni shopping kasut, nadia shopping sehelai baju je...hehe...

lepas habis je tengok filem tu kitorang terus ke Kenny Rogers untuk berbuka...nasib baik dah book awal-awal kalau tak, memang tak adalah table kosong...tu pun Ieqah & Eyesha tak ada kerusi sebab datang lambat...tapi Ieqah join jugak berbuka puasa, Eyesha tak join...nadia pun boleh tak jumpa dia hari tu....rugi-rugi...tak ada rezeki, nak buat macam mana...

okaylah, jom layan gambar...


sesi makan-makan...mulut nadia macam penuh je tu...hehehe...


nadia order quarter balinese chicken, sedap!


saja tayang lagi our meals...hihihi...


muffin yang terpaksa di bawa balik akibat perut dah full...huhu...


pavlova ni twins yang belanja...pavlova ni memang favourite diorang! sedap tapi nadia tak larat dah nak makan banyak2...perut nadia ni kena masuk ikut peringkat...hehehe....


nadia dengan Ida Mansor


yang ni Haz & Fadhila...kawan baru nadia... =)


ini Iena Mansor & Ieqah...nasib diorang ni kecik comel je, bolehlah share kerusi...hehehe....


yang kaler pink comel-comel tu goodies yang Ida & Iena bagi kat kitorang yang join...baik kan diorang! =)

lepas dah kenyang dan sebelum berangkat pulang, aktiviti wajib ialah bergambar! kalau nadia, memang wajib lar...memang bukan nadia lah kalau tak bergambar ni...hehehe...


all of us!


akhirnya nadia dapat jugak jumpa twins yang cantik ni...diorang bukan saja cantik tapi sangat friendly juga!


nadia & fadhila...fad ni student KUIS, sama dengan yuyu zulaikha... =)


nadia & haz...haz pulak rupenye student UiTM shah alam jugak...dah lama, baru nadia tahu...hehe~


kami bergambar dan terus bergambar tanpa menghiraukan orang sekeliling...hahaha...


the conclusion is nadia tersangatlah happy dapat jumpa bloggers ni...diorang semuanya friendly dan yang best nya nadia dapat kawan baru jugak selain Ida & Iena....harap dapat jumpa korang lagi next time! 

tu jelah nak share dengan korang...
okbai!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...