Tuesday, July 31, 2012

kad raya dari rakan blogger!

Assalamualaikum...

selepas kenyang berbuka tadi, nadia nak tunjuk kad raya dari rakan blogger iaitu Pn.Sheila ...Alhamdulillah, tiap-tiap tahun dapat kad raya daripada blogger...tahun lepas dapat kad raya daripada Zuneta...

ini dia kad raya yang baru sampai semalam...


nice kan...ilustrasi rumah kampung! nadia memang suka rumah kampung ni.... =D




siap ada pesanan dan kata-kata nasihat lagi...first time baca kad raya dengan penuh isi dan makna mendalam...
terima kasih Pn. Sheila...

p/s : ibu nadia kata, tulisan Pn.Sheila ni cantik! =)


Monday, July 30, 2012

hasilnya...

Assalamualaikum...

nadia nak tunjuk kay korang ni, hasil daripada mencuba resepi aiskrim goreng yang orang duk share kat facebook tu...nadia pun tak nak ketinggalan...nak cuba jugak! lagipun nadia memang suka aiskrim goreng, cuma susah nak cari lar...

okay lar, meh tengok meh...

bahan-bahan


roti


aiskrim coklat

cara-cara nak buat...


1. letak ais krim atas roti lepas tu tekan dengan gelas macam kat atas tu...


jadi lah macam ni...pastu goreng!



tadaa!!! tapi nadia punya aiskrim goreng tak berapa nak jadi sangat...dia pecah...mungkin gelas kecil atau aiskrim terlebih...huhu...yang hitam-hitam tu pulak sebab aiskrim tu da melimpah dalam kuali...

tak pe lah...next time nadia cuba lagi... =)
okbai!

Friday, July 27, 2012

koleksi raya awesome!

Assalamualaikum...

hari ni nak share dengan korang design-design baju raya yang cantik dan comel dan awesome dan semua lah...lets check it out!




















jovian mandagie

rambang mata kan...tapi nadia bukan nak beli pun...sebab dah tempah kat taylor awal-awal lagi...family nadia memang biasa tempah baju raya...jarang sangat beli ready made...so, bila tengok baju-baju kat atas ni rasa geram je... jenuh tahan nafsu shopping...hehe...mungkin next year nak beli ready made macam ni...

tapi most of them dah sold out...laris macam pisang goreng panas! harga pulak ada yang affordable ada yang mahal dan ada jugak memang mahal...contohnya, button my buttons, koleksi dia ada sampai RM950.00 sepasang tapi sold out jugak...kaya-kaya orang Malaysia ni kan...

kalau berkenan, silalah ke link yang kat atas tu...nadia bukan promoter berbayar tau, saja ajak korang cuci mata...hehehe...

tu jelah untuk kali ni...ada link baju raya comel-comel? share lar dengan nadia...
okbai!

Thursday, July 26, 2012

rezeki Ramadhan...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, rezeki tak putus-putus bulan Ramadhan ni...selepas menang contest Ida & Iena Mansor tu, kali ni nadia menang giveaway pulak...giveaway dari Blog Nana...ala, yang kat entry ni, Blog Nana Giveaway : Free Manicure & Padicure Treatment...

tahu tak betapa sukanya nadia sekarang ni...hihihi...lepas ni bolehlah memanjakan kuku-kuku nadia yang tak pernah dimanja ni...hehehe...



terima kasih kat nana yang sudi pilih nadia sebagai winner okay! semoga murah rezeki awak~


tu jelah nak share...nadia nak berangan kejap...hihihi...
okbai!

Wednesday, July 25, 2012

akustika ramadhan...

Assalamualaikum...

Nadia nak bagitahu ni, nadia macam dah terpikat kat satu program kat tv3 iaitu..............macam kat tajuk entry lar...akustika ramadhan...


program ni setiap hari selasa, 11.00 malam sepanjang bulan Ramadhan...ada beberapa segmen selain temubual dengan personaliti jemputan...antara segmen-segmennya ialah tazkirah Ramadhan, usik-usik Ramadhan dan macam mana?...

oh ye, pengacara dia ialah Ustaz Zhafran Zainuldin...ustaz ni sempoi je...


untuk segmen 'tazkirah Ramadhan' dan 'macam mana' episod 1 ni, Ustaz Kazim Elias sebagai penceramah jemputan...ustaz favourite nadia ni...hehehe...


lepas tu adalah sesi temubual dengan artis....episod 1 ni ada Diana Amir, Tomok dan Rabbani...



segmen usik-usik Ramadhan pulak, Dato' Aziz Satar sebagai artis jemputan...seronok dengar pengalaman dia dulu-dulu...


ada jugak selingan persembahan akustik daripada Tomok dan Rabbani...lepas tu, Diana Amir ada buat turorial tudung ala-ala repunzel....


tu yang habis je program ni, nadia terus cuba style ni...tu yang jadi entry wordless wednesday tu...hehehe...
kenapa nadia suka sangat program ni? sebab semua ada, tazkirah, hiburan, pengajaran, soal jawab, tutorial pun ada...best kan!

so, siapa yang tengok program ni semalam? put your hands up! =)

tu jelah nak share dengan korang hari ni...
okbai! =)

wordless wednesday #7


pengaruh diana amir! hihihi...

Tuesday, July 24, 2012

header baru by Ida Mansor!

Assalamualaikum...

hari ni hari entry marathon....hehehe...sebab tak sabar nak share dengan korang header baru nadia... ingat tak contest saya nak juga! by Ida & Iena Mansor...kan nadia dapat no.2, selain daripada voucher Dressuana yang nadia dapat bag tu, nadia dapat header free!

So, inilah header tu, tak silap nadia, Ida yang design...nadia always get confused Ida dan Iena sebab diorang ni kan twin... =)



nadia dah pun guna header baru ni...sekarang tunggu another hadiah which is chiffon maxi skirt....best kan dapat hadiah! hehehe....

thank you to this gorgeous twin, Ida/Iena Mansor!
tu jelah...
okbai!

Harrods Tote bag Giveaway by Liza Razak

Assalamualaikum...

sekarang nadia tengah dalam mood gigih nak join giveaway...hihi~ kali ni giveaway by Liza Razak...Kak Liza ni agak famous dalam kalangan fashion blogger...nadia selalu skodeng blog Kak Liza tengok outfit dia & entry-entry dia pun ada banyak gambar-gambar awesome!                          


Harrods Tote bag Giveaway by Liza Razak

ini antara outfit yang nadia suka... ni part of the giveaway tau, bukan saja-saja letak gambar nadia... =)




korang nak join jugak giveaway ni, klik link kat bawah banner giveaway kat atas tadi okay!

tarikh tutup
10 Ogos 2012
10.00pm

tu jelah...
okbai!




sampul duit raya!

Assalamualaikum....


SAMPUL DUIT RAYA 2014 sila klik link di bawah

hari ni nadia nak share dengan korang tentang design sampul duit raya yang nadia buat...sebenarnya mak cik nadia yang suruh nadia buat...nak letak gambar dia katanya...alang-alang dah buat untuk mak cik, nadia buat untuk ibu nadia sekali...

jemputlah tengok....


yang kat bawah ni pulak...design untuk mak cik nadia...dia nak warna merah dan hijau...nadia design lebih, suruh dia pilih, sekali dia nak semua...nadia print jela.... =)





yang kat bawah ni pulak yang dah siap print, potong, lipat dan gam....agak jenuh ye nak memotong satu-satu tu....almaklum lah mak cik nadia nak 120 keping...walaupun gambar sama macam kat atas tapi saja gedik nak tempek lagi....






lagi sekali nak menggedik letak gambar semua sampul duit raya ni....



nadia dah siapkan semua sampul duit raya mak cik nadia dan dah poskan pagi tadi...tinggal ibu nadia punya je belum potong...penat tau...berhari-hari mengadap benda alah ni....lepas tu kawan-kawan adik nadia order keychain felt lagi....but at least nadia ada lah benda nak buat cuti semester ni kan daripada tidur je...hehehe~

tu jelah nak share dengan korang....
okbai!

Monday, July 23, 2012

Blog Nana Giveaway: FREE Manicure & Pedicure Treatment!

Assalamualaikum....

kali ni nadia tengah dalam mood nak join giveaway pulak...giveaway blog nana ni, hadiah dia lain dari yang lain iaitu manicure & padicure treatment...cam best je kan....


ada dua option untuk treatment which are : 

1. manicure & padicure (nail polish, treatment etc.)
2. no nail polish, treatment & hand and foot mask...

syarat-syaratnya ialah

2. Like page Khazanah Khaisya di facebook
3. follow twitter nana
4. Buat entry bertajuk : Bog Nana Giveaway : FREE Manicure & Pedicure Treatment!
5. bagi link dekat entry giveaway nana...

tarikh tutup : 
25 Julai 2012 - 5.00pm


tu je...mudah kan! apa lagi, moh ler kite...hehehe
okbai! 

Dressuana!

Assalamualaikum...

hari ni nadia nak share dengan korang satu online shop yang best ni iaitu Dressuana.com... nadia tahu pasal dressuana ni melalui contest Ida/Iena Mansor sebab dressuana ni one of the sponsor contest twin ni...

lupa nak bagitahu, nadia menang tempat ke-2 contest tu, salah satu hadiahnya ialah voucher dari dressuana bernilai rm30...


mula-mula tu nadia fikir mesti range harga dia dalam rm40++ macam kebanyakan online shop tapi tekaan silap sama sekali....baju-baju kat dressuana ni murah okay! oh ye, dressuana ni jual baju-baju dari korea yang selalu pre-order tu... tapi nadia rasa kat sini antara yang termurah berbanding online shop lain....

sekarang ni, Dressuana.com ada buat free shipping bila kita shopping banyak-banyak...


nadia dah pilih item untuk tebus voucher nadia tu...nadia pilih handbag ni...

sebenarnya, nadia pening nak pilih yang warna hitam ni atau warna wine red kat bawah ni...warna hitam sebab senang mix & match, warna merah ni sebab cantik!


akhirnya nadia pilih warna hitam atas dasar keperluan...sebab senang nak matchkan dengan baju pergi kelas nanti...lagipun nadia dah ada handbag warna merah...

nadia perasan satu perkara! nadia dah boleh fikir secara rasional bila bershopping! tak ikut nafsu lagi...yeay! kalau dulu, nadia shopping, shopping dan shopping! masalah besar tu....hehehe...

kak puteri, owner dressuana ni pun baik gila...bag ni harga dia RM35 je...murah kan...postage dia RM10... so, total ialah RM45...tolak voucher RM30, balance RM15....then, kak puteri kata, RM10 untuk postage hadiah daripada dressuana...RM5 tu duit raya untuk nadia...so, nadia tak payah bayar apa-apa! baik kan....seronok tau dapat handbag raya for free!

tu jelah nak share dengan korang...
okbai!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...