Saturday, June 30, 2012

cerita setengah abad!

Assalamualaikum...

hari ini nadia nak qada' cerita yang dah berabad...huhu...tak adalah berabad pun, bulan februari je....nadia buat cupcake untuk adik nadia yang last, Faiz...dia risau je tak ada orang nak celebrate birthday dia...nadia pun buatlah chocolate cupcake untuk dia...oh ya, birthday dia yang ke-9 tahun pada 22 februari....decoration??? nadia main hentam je...buat sesama adik beradik, seronok walaupun tak adalah cantik mana....

jom enjoy the pitcures!


ni lah cupcake tu...topping dia nadia guna butter cream je...masa nak celebrate tu, aunty nadia bawak kek lain untuk Faiz, nadia ingat mesti cupcake nadia tak ada orang makan nanti...tapi, sangkaan meleset... budak-budak kawan adik nadia tu berebut nak pilih huruf apa....hehehe...suka nadia!


adik nadia, Faiz....akay, sekarang dah rindu kat budak gemuk ni....huhu...tak apa, lagi seminggu je nak balik muO! hihi....


sesi tiup-tiup lilin.....


tu jelah nak cerita kat korang...walaupun tak seberapa, yang penting meriah, semua orang happy...dan nadia, lagi happy sebab dapat buat adik nadia happy! hehehe...

sehingga berjumpa lagi di entry yang lain....
okbai!

Wednesday, June 27, 2012

jemari.

assalamualaikum...

hari ni giliran jemari sebagai tajuk entry nadia...actually, jemari ni ialah nama restoran yang terletak di alamat 18A, Jalan Plumbum Q7/Q, seksyen 7 Shah Alam...restoran ni terletak di shoplot area Jakel Shah Alam, sederet dengan bazaar@seven, Radiusite, Sugarscarf dan banyaklah butik-butik kat situ...

nadia pergi berempat dengan housemate nadia, Tiera, Muna dan Syira...hari tu masa pergi Restoran Hj.Sharin Low, kitorang lalu kat Jemari ni, jatuh hati dengan interior restoran tu, terus pasang niat nak pergi sini...

jom, kita intai-intai restoran ni...

the exterior



the interior

see, how calm this place...tak tahulah korang...tapi nadia suka ambiance macam ni...menu dia macam biasa, Malay + Thai sikit...adalah menu special diorang...harga??? sesuai untuk mereka yang berkeluarga je kot...boleh tahan mahalnya...kalau untuk student di hujung sem macam nadia ni lah...


nasi goreng cendawan, RM8.90


nasi goreng padprik ayam, RM8.90

teh ais & milo ais, RM3.90
barli ais & nescafe panas, RM4.90

how come barli ais boleh lagi mahal daripada milo ais, yang tu nadia hairan bin ajaib...hehehe...makanan dia bolehlah, still ada yang kurang but i think i pay for the ambiance and environment...baru rasa tak menyesal bayar mahal-mahal...huhu...AND, may be menu lain ada yang sedap kot...kitorang je tak order sebab tu menu paling murah...hihi...

Syira & Nadia
(muka nadia pelik + tembam)

Muna & Tiera

tu jelah nadia nak share dengan korang...
oh ye, 08/07/2012 ni Cala Qisya buat opening ceremony first butik diorang dekat area Jemari ni...punyalah nadia tertunggu-tunggu nak pergi, sekali jatuh pada hari yang sama family nadia datang sini ambil nadia sebab dah cuti semester...sedih gilo okay! tak ada rezeki gamaknya...

mood : sedih :'(
okbai!

Tuesday, June 26, 2012

saya nak juga!

assalamualaikum...

tadi nadia blogwalking, tetiba ternampak satu contest cam best ni from ida & iena mansor...kalau korang yang suka ikuti perkembangan fesyen kat Malaysia ni korang mesti kenal diorang...famous tau kembar seiras ni! ni gambar diorang...


nak tau cara-cara nak join contest diorang ni? sila baca kat bawah ni...


meh nadia tolong mudahkan kerja korang...

like semua link kat bawah ni...

1. fan page 'The Life Of Mansor's Twins'

2. follow BLOG diorang... 'The Life Of Mansor's Twins'

3. Isikan sambungan ayat berikut : Saya rasa Blog ‘The Life Of Mansor’s Twin’.........

4. like sponsor diorang...


Butik Cho Mel

hadiahnya pulak memang menarik! thats why nadia nak join...hihihi~


JURI contest ni ialah :
MAK diorang! (sporting habis aunty!)

TARIKH TUTUP CONTEST :
07/07/2012

okay, sekarang tiba masa nadia pulak nak buat karangan...hehehe...

Saya rasa Blog ‘The Life Of Mansor’s Twin’ ni BEST sebab untuk blogger yang sukakan fashion macam nadia ni, blog yang macam ni lah jadi pilihan hati untuk dijadikan inspirasi... model yang mempunyai paras yang cantik dan pasangan kembar seiras menjadi bonus untuk mereka terus maju dalam bidang modelling dan membantu menjadikan blog mereka pilihan blogger2 lain...

Oh, mereka juga berhijab! So, sekarang bukan zaman orang boleh kutuk-kutuk perempuan berhijab ni kolot, tak boleh maju dan sebagainya...Dengan adanya dua orang gadis kembar yang aktif dalam bidang modelling ni, bolehlah jadi pembakar semangat gadis-gadis berhijab diluar sana untuk tampil yakin di hadapan orang ramai.

Blog ‘The Life Of Mansor’s Twin’ ini bukan bercerita tentang modelling semata, ada juga tips, aktiviti mereka dan perkongsian kisah hidup mereka....kepelbagaian inilah yang menarik minat pembaca macam nadia ni...yang baik kita ambil sebagai teladan, pengalaman pahit kita buat pengajaran...belajar dari pengalaman orang pun boleh menjadikan diri kita lebih matang...

itu jelah pandangan nadia, semoga awak! kembar yang comel ni terus maju dalam bidang yang diceburi dan sentiasa dalam redha Allah s.w.t. amin....

marble cake~

assalamualaikum...

hari ni nak share dengan korang satu resepi yang nadia dah buat berkali-kali tapi baru sekarang nak tempek kat blog...hihi...kek ni senang nak buat dan sedap! resepi yang nadia guna ni guna sukatan cawan...tak kisah lah cawan bentuk apa korang guna as long as korang guna cawan yang sama jenis untuk sukat semua bahan-bahan ni...

bahan-bahan.

1 1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula kastor
5 biji telur
2 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar susu pekat
pewarna

Cara-cara membuat kek marble ni...

1. pukul gula dengan mentega sampai kembang.
2. masukkan telur satu-persatu.
3. masukkan esen vanilla dan susu pekat.
4. satukan tepung dengan baking powder, masukkan sedikit demi sedikit...
5. bahagikan mengikut jumlah warna yang korang nak buat.
6. lapiskan sampai habis...
7. bakar selama 20 minit, bergantung kepada oven yang korang guna. nak tengok dah masak ke belum, cucuklah guna lidi atau garfu, kalau dah tak melekat tu, dah masaklah tu... =)

nadia tak pandai nak buat marble tu, so nadia main lapiskan ikut suka hati je...lepas tu, nadia carikkan guna pisau...macam kat bawah ni...


bila dah bakar, hasil dia macam ni...


kasi close up sikit...


nadia buat tak adalah cantik sangat sebab oven nadia pun yang guna dapur gas tu je...klasik gitu! hehehe~ yang kat bawah ni pulak yang dah siap potong...nadia guna warna merah, hijau dan warna asal...sweet gitu! (ok,perasan~)


ok tu jelah nak share, kalau rajin sila cuba! =)
okbai~

Monday, June 25, 2012

si pembuli!

assalamualaikum...

hari ni nadia nak melaporkan satu kes buli yang berlaku di antara haiwan peliharaan nadia...pembulian terhadap cik kura oleh si burung marah...si burung marah telah menjadikan cik kura sebagai bahan eksperimentasinya...

BUKTI??? kat bawah ni.....

kepala si kura dipenggal akibat terlalu cemburu kerana si burung marah itu tiada badan...


walaupun hanya berkepala seperti hantu penanggal, itu tidak mematahkan semangat si burung marah untuk membuli cik kura...


demi merealisasikan impian untuk mempunyai badan, cik kura yang menjadi mangsa..kasihan...


suka lar tu da ada badan...


akan tetapi, cik kura yang baik hati tetap sayang kepada si burung marah...so sweet kan...


sekian sahaja merepek di hari isnin...semoga dapat merepek di lain hari...
okbai!




Sunday, June 24, 2012

Sharin Low.

Assalamualaikum... sekian lama tidak meng'update' blog picisan ini, tibalah masa untuk merajinkan jemari menaip entry baru... (tetiba bahasa jadi camni kann...pas present final, nadia memang camni...huhuhu...)

okay laa, straight to the point! nak share dengan korang program jalan-jalan cari makan kitorang selepas habis final presentation ID(subjek interior design) hari tu...walaupun final kali ini penuh dengan dugaan dan konflik, itu tak mematahkan semangat nadia nak kembali berblogging...ohyeaahhhh!!!

So, semalam nadia dengan housemate nadia, ecah dan syira pergi cari kedai makan kat shoplot area Jakel Seksyen 7, Shah Alam... selama ni tak pernah jejak pun belakang-belakang tu...Kitorang pergi Restoran Haji Sharin Low, chinese muslim restaurant...sebenarnya syira yang teringin nak makan makanan Cina, so waktu senggang yang ada digunakan sepenuhnya untuk mencari restoran ni...

Apa yang kitorang makan?

nasi ayam BBQ...

nasi goreng hong kong...

wantan kuey tiaw.

Air cam biasa,teh ais!


sebenarnya, kalau kata chinese muslim restaurant ni nadia automatic teringat Butter Prawn tapi nak makan hari tu, tak mampu lah kita...RM25.00 sepinggan...hehee~

untuk air pula, adalah teh cina, air apa ntah untuk kesihatan...nadia tengok ramai jugak pelanggan lain order air tu...

harga? boleh lah... sorang makan lebih kurang RM10...depends apa korang makan lah...kalau mintak butter prawn, siakap steam, sizzling telur semua tu, korang agak-agaklah harga tu kan...nadia pun dah tak ingat...(ya, nadia memang cepat lupa!)


ini syira a.k.a syerai...ada gambar dia je sebab gambar kitorang dia TERdelete...konspirasi nak glamour sorang2 lar ni...hahaha *gelak jahat!

the interior.


the exterior.


merah kan... tak chinese lar kalau tak merah! hihihi... =)

tu jelah nak cerita kat korang... kalau pergi Seksyen 7 tu, bolehlah cuba makan kat sini...restoran ni sederet dengan Papa Rich dan Sekinchan Ikan Bakar.

tu jelah...
bye! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...