Thursday, May 17, 2012

talk with IM Asyraf

assalamualaikum...

hai korang! just nak share experience nadia dan kawan nadia, syira pergi salah sebuah program anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Mass Comm).talk tu bertajuk TOLERANSI DALAM KOMUNIKASI pada hari selasa, 15/05/2012...

okay, disebabkan dari pagi sampai petang tu schedule nadia pack gila dari kul 9.00 pagi sampai 6.00 petang, so lepas kelas nadia terus gerak pergi Dewan Annex, sebelah Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam...walaupun penat tetap kami gagahkan jugak...huhu...

kami pergi daftar awal dengan harapan dapat goodie bag sebab 100 orang yang awal je yang dapat...dan alhamdulillah dapat...yeay!!!

ni dia tajuk talk tu...kat stage...


masuk dewan, kita makan dulu sambil layan persembahan akustik daripada project three...budak mass comm jugak kot, suara diorang best!


lepas diorang habis buat persembahan, salah seorang line up tu ada bagi EP free...since masa dia bagi tu nadia kat sebelah dia je, apa lagi grab cepat-cepat lar...hehe...


lepas tu ada hijab fashion show inspired of Dian Pelangi, model-model dia semua muka anak mami...hehehe...


then, pukul 9.00 malam tibalah masa yang dinanti-nantikan, ketibaan Imam Muda Asyraf...first time tengok dia terus terkesima...kagum sekejap...puji lebih-lebih pun tak boleh, kita layan gambar je lah...gambar bawah ni, masa IM baru sampai, sampai-sampai terus tweet tau...oh ye, IM bawak isteri dengan anak lelaki dia...so sweet lah IM, takut kena ngorat dengan student...hehe...


IM tweet gambar kat bawah ni,nadia ambik gambar ni dari twitter IM... ada kitorang kat gambar ni, bangga sekejap! hahaha...nadia duduk sebelah abang cameraman tu...


semasa talk,


sesi soal jawab,


ramai jugak yang hadir malam tu, diorang target dalam 400 tapi yang datang lebih dari jangkaan...makanan dengan kerusi tak cukup...kira berjaya lah event diorang ni...tahniah! talk dia best, IM Asyraf best, banyak bagitahu cerita-cerita teladan sambil buat lawak...memang enjoy lah...just emcee diorang je annoying sikit, may be sebab excited jumpa IM kot...huhu...


okay, last but not least, KAMI!


*lepas balik dari talk tu, nadia paksa incik bopren pakai jubah dengan kopiah...hihi...pengaruh IM Asyraf...perkara baik, apa salahnya kan.=)
tu jelah nak cerita kat korang, we enjoyed the night!
okbai!

Saturday, May 12, 2012

pak li

assalamualaikum...

hai korang! kali ni nadia nak story kat korang tentang favourite restaurant nadia dan incik bopren, PAK LI KOPITIAM...dulu kitorang selalu pergi pak li kat dataran sunway kota damansara tapi tiba-tiba tutup pulak, so kitorang macam lost dah tak ada tempat favourite nak pergi...bila nadia study kat shah alam ni, tiba jumpa pak li, apa lagi setiap kali incik bopren datang sini, di situlah tempat kami...

akan tetapi, incik bopren dah lama tak datang, so kerinduan terhadap pak li semakin membuak-buak... #eh rindu pak li ke incik bopren ni???

semalam nadia dan kawan-kawan pergi lunch kat pak li selepas berhempas pulas duk siapkan space planning (assignment) seharian...so, inilah dia pak li...cantik kan, very calm...nadia suka environment macam ni...



menu favourite nadia golden fried rice and nasi ayam lemon...tapi hari tu nadia makan golden fried rice...banyak gila okay, penat nadia nak habiskan...


yang ni nasi ayam lemon, tiera punya...


ni air kitorang, teh cina ais, barli ais dan teh o ais limau...


oh lupa, kat pak li ada cake jugak, banyak jugak lar choice antaranya blueberry cheese cake...


sesi tayang muka happy dapat makan kat pak li...hehe~


ini syira a.k.a syerai!


ini tiera, muka masam tak dapat makanan lagi...hihihi~


tu jelah nak cerita kat korang...kalau ade masa pergi lah pak li...hehe...pak li ada kat seksyen 7 shah alam, dekat dengan restoran Hakim. lagi satu kat seksyen 18 shah alam, pasaraya Ole-Ole.yang lain nadia tak ingat kat mana...huhu~

okbai~


Tuesday, May 1, 2012

karangan darjah 3 : haiwan peliharaan saya.


assalamualaikum...

hai korang! bersua kita kembali di laman sesawang ini...kali ini nadia ingin berkongsi hasil karangan nadia kepada anda semua...mari kita mulakan!

saya ada haiwan peliharaan. saya sayang haiwan itu. nama dia ialah cik kura. dia sudah tua tetapi dia sangat comel. saya suka dan sayang dia.


sebenarnya, cik kura ni adalah pemberian incik bopren saya (budak darjah tiga dah ada boyfriend dah) semasa hari lahir saya dua tahun lepas iaitu pada tahun 2010. saya sangat suka dengan hadiah itu lalu saya membawanya pulang dengan hati yang gembira dan berbunga-bunga.


apabila saya rindu incik bopren saya, saya tengok muka cik kura. muka cik kura sedih je, saya tahu incik bopren pun rindu saya juga. akan tetapi, muka cik kura memang sentiasa sedih pun. bila saya gaduh dengan incik bopren, saya marah dekat cik kura, cik kura buat muka sedih jua. ya, cik kura memang akan sentiasa mengekspresikan wajah sebegitu tetapi saya tetap sayang padanya. (hebat tak ayat budak darjah 3?)


kadang-kala cik kura berasa bosan terperap seharian di dalam bilik saya lalu dia pun merangkak tetapi tak kan jauh pun, hanya setempat. dia sudah tua dan tak larat nak merangkak jauh-jauh. kasihan cik kura. selain daripada itu, cengkerang cik kura juga menjadi pengalas tidur saya jika saya tidak selesa dengan bantal saya. cik kura 'steady' je. dia sangat hebat dan kuat! itu yang membuatkan saya bertambah sayang kepada dia.


seterusnya, dia tidak akan mengganggu saya bila saya sedang sibuk dengan kerja sekolah saya. cik kura suka ber'camwhore' bagi menisi waktu senggangnya dan saya tak kisah, saya sangat memahami cik kura. ya, saya tuan yang baik hati.


akhir sekali, dapatlah saya simpulkan bahawa cik kura ialah teman baik saya, dia ialah haiwan kesayangan saya, saya sayang dia. terima kasih kepada incik bopren kerana menghadiahkan seekor kura-kura yang tua dan comel.

*soalannya ialah berapa banyakkah perkataan sayang di dalam karangan ini?

ok tu jelah nak merepek.
okbai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...