Saturday, April 28, 2012

p.e.l.a.n.g.i.

assalamualaikum...

hai korang! entry kali ini nak share resepi yang nadia baru cuba masa mid term break hari tu iaitu rainbow cake! sebenarnya kawan nadia, aisyah awaluddin post gambar rainbow cake ni kat twitter, lepas tu nadia mintak lar resepi, tak sangka senang je buat kek ni cuba kesabaran kena tinggi sikit lar nak bakar selapis demi selapis tu...


kita tengok gambar-gambar dulu lar ye...lepas penat-penat buat, bila tengok hasilnya, hilang terus penat...hehehe...


ni resepi rainbow cake ni...nadia guna tepung butter cake yang dah siap, cuma tambah mentega, telur dan ovalette untuk bagi dia lembut...kat kedai nadia beli bahan-bahan ni, nama tepung dia ialah tepung optima...tak tahulah kalau kat kedai lain...

500 gm tepung optima
200 gm mentega
5 biji telur
1 sudu besar ovalette
pewarna

(kalau korang beli yang dalam kotak, contohnya brand white wings, korang ikut lar instruction dia)

untuk cream luar tu nadia guna cream cheese tapi ada jugak orang guna chocolate cream ataupun butter cream biasa je...

200 gm cream cheese
1 cawan gula halus (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1 sudu teh esen vanilla
8 sudu besar mentega

cara-cara membuatnya,

butter cake

1. pukul butter sampai kembang
2. masukkan telur satu-persatu
3. masukkan ovalette dan tepung
4. bahagikan mengikut jumlah warna yang korang nak buat.
5. campurkan dengan pewarna.
6. bakar satu-persatu. setiap selapis dalam 20 minit, bergantung pada oven korang lah.

cream cheese

1. pukul cream cheese dan mentega sampai lembut dan creamy
2. masukkan gula halus tadi dan esen vanilla


gambar atas ni cara nak lapiskan dia, letak kek selapis, sapu cream cheese atas dia...ulang sampai habis...bila dah habis, sapu cream cheese tu sekeliling cake macam gambar bawah ni...


untuk hiasan, korang letak lah apa korang suka, macam nadia, nadia letak chocolate rice yang warna-warni tu...


yang ni saja gedik letak dalam kotak...hehe~


yang ni dalam dia bila dipotong...walaupun kat atas tu dah ade, nadia nak letak jugak...haha~


tu jelah nadia nak share dengan korang, kalau rajin, cubalah! senang je...
okbai!


Friday, April 20, 2012

puteri jawa penang mai~

assalamualaiakum....

hai korang! since dah start cuti mid semester ni, ade masa sikit, kita kasi update lah ini blog... actually nak story kat korang pasal the first artemasian wedding...which mean batch nadia masa diploma dulu...akhirnya kak rini mendahului kami mendapatkan title "PUAN"...

so, hari jumaat lepas (13/04/2012) kitorang berempat pergi Penang after kelas lighting...perjalanan sangat mematahkan pinggang ye...dari 12.30 tengah hari sampai 7 petang baru sampai...pak cik bas tu bawak kami pusing pulau dulu, bagi pengalaman rasa traffic jam kat jambatan Pulau Pinang dulu baru sampai...baik kan pak cik bas tu...hehe~

bila sampai rumah kawan nadia, muna...ayah dia belanja makan nasi kandar tapi serius nadia tak pandai makan...kira bukan jiwa lah...but at least I've tried...malam tu kitorang relax je kat rumah muna sebab penat... esoknya, bersiap-siap pergi wedding kak rini kat Padang Menora, Tasik Gelugor...first time pergi wedding kat Penang ni...teruja okay!


gambar ni masa baru sampai...duk mencari mana satu rumahnya tak jumpa-jumpa... lepas beberapa minit baru jumpa...sampai-sampai je tengok kak rini tengah makan beradab... kagum sat tengok kak rini macam puteri jawa...orangnye kecik comel je...lepas makan kitorang jumpa pengantin ni ambil gambar dulu...penting ni!


lepas tu kak rini suruh tunggu dalam rumah dia jap...dia tak habis makan lagi...hihi~ sementara tunggu tu sempatlah bergambar lagi...


bila kak rini da masuk rumah, apa lagi, bergambar lagi dan lagi! okay, mula-mula bagi chance kat pengantin dulu...


lepas tu giliran kami menyemak pulak...



and last but not least sesi bergambar berdua dengan pengantin, ambik berkat....hihihi~ oh ye, pengantin lelaki busy kat luar layan tetamu, tak dapat join kitorang....petang tu jugak kami balik shah alam...


subuh isnin tu pulak ibu nadia call, bagitahu moyang nadia meninggal...mula-mula tu tak fikir nak balik kampung, lepas tu adik nadia call tanya tak balik ke sebab mak cik nadia yang kat sini(selangor) semua balik...so, apa lagi nadia pun terus pergi rumah mak cik nadia untuk balik sama-sama...semoga arwah moyang nadia dicucuri rahmat Allah dan tenang di sana...


tu jelah nak share dengan korang...jumpa lagi next entry okay! okbai~

Wednesday, April 11, 2012

saya hidup lagi.

assalamualaikum...

hai korang! nak bagitahu ni, nadia hidup lagi sebenarnya...hehehe...dah 2 bulan rupanya nadia tak update blog...gila pemalas! sebenarnya banyak perkara nak share tapi asyik postpone je, lepas tu terus lupa...bila ingat, dah malas...banyak alasan! nadia dah start semester baru dah...dah minggu ke-6 pun...

sekarang ni tengah sibuk-sibuk buat preparation for site presentation...so, banyaklah keluar pergi site, banyaklah keluar duit, banyaklah menyimpang... =)

projek part 6 ni design hotel dan projek individu tapi untuk site, berkumpulan...maknanya share site yang samalah...kitorang pilih bangunan Neo Damansara, Damansara Perdana...such an urban place, banyak building baru nak naik and hebat-hebat belaka...selalu nadia lalu je, ni bila duduk kat situ dari pagi sampai petang, banyak hari pulak tu terus terkagum... kat bawah ni lar site kitorang tu tapi ni gambar 3d lar...gigih lar nak ambil gambar dari udara kan...


ten of us, lepas penat-penat mengukur, ambil gambar dan buat site analysis, kita bergambar lah pulak kan...


since site kitorang tersangat lah dekat dengan IKEA, the curve semua tu, discussion pasal site dekat the curve lar jawabnya kan...actually gambar kat bawah ni hari lain dengan kat atas tu tapi lebih kurang samalah aktivitinya...


ini salah satu stall dekat food court the curve "myrasa"...nama stall ni, nenek aku punya! style kan nama dia...nama menu dia pun style, tapi nadia dah tak ingat...waaa, cepat betul lupa!

okay, dalam group, nadia ditugaskan cari info pasal client, makin lama makin kagum dengan anak melayu ni...lepas tu nadia terjumpa info pasal galeri dia...oh ye, owner EMKAY GROUP ni ialah Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal bin Haji Abu Bakar...so, after berbincang dengan leader, nadia pun apa lagi, terus call corporate communication department dia untuk set the date nak pergi galeri tu...so, Encik Sam (CC Officer) kata dia okay kalau kitorang pergi hari sabtu lepas...dia cakap, esok MK (Tan Sri Mustapha Kamal) ada kat galeri esok, sangat-sangat teruja okay! nak face to face dengan big name kat malaysia ni... baru dekat parking Menara Mustapha Kamal tu kami dah jakun...naik tangga pun jakun...kagum dengan architecture and environment kat situ...


see, very nice kan kat sini...


ni dekat ground floor, its not like typical building...ada style tersendiri...kagum lagi!




bila masuk galeri, one of the officer bagitahu MK just left the gellery a few minutes after we're came in...so sad, tak ada rezeki...but going through the gallery rasa sangat motivated, tiba-tiba rasa bersemangat...kagum melihat seorang cucu penjual sayur, anak melayu lulusan sejarah jadi pemaju hartanah yang mempunyai aset berbilion ringgit...masa tu nadia dah take note dia punya strategi, how he survive and attitude to success...




philiosophy yang boleh diguna pakai...so, kuranglah mengeluh dan merungut kan...yang penting, pandai cari peluang! ini interior of the gallery...


ini MK dan menaranya...gila tak bangga kan...ada menara hasil usaha sendiri...


ini Mk dan satu-satunya anak lelaki dia, Hj. Ahmad Khalif...pewaris EMKAY GROUP...and he's married...


family diorang ni humble je...tak nampak pun macam anak orang kaya, stok datin-datin...biasa je...tapi anak-anak dia semua berjaya...ni prinsip MK...


okay, before balik, ambil gambar dulu dekat entrance...


very informative and inspirational visit...thanks kat En.Sam, En.Roslan, Rebecca and photographer yang layan bagi penerangan kat kami berlima hari tu...diorang kata gambar kitorang nanti akan appear dekat megazine diorang, WARNA...ni yang suka ni...hihihi~

tu jela nak share dengan korang...
okbai~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...