Friday, December 28, 2012

its third!

Assalamualaikum...

*sambil2 bersihkan sawang, dah hampir 2 bulan rupanya blog ni terbiar...
since nadia da settle all the project and assignment untuk semester ni, so bolehlah nadia jenguk blog nadia ni...kali ni, nak cerita anniversary nadia yang ke-3 dengan boyfriend dan juga birthday dia jugak! kejadian ini berlaku pada 30 November 2012...

so, before cerita panjang-panjang, nadia nak wish dulu kat faizul lagi sekali...


okay, sambung balik...tak ada ape yang special pun sebenarnya, mula-mula teman faizul pergi gunting rambut, sempat la snap pic dia masa tu....hihihi~ lepas dia potong rambut ni, nadia jatuh cinta pandang kali berapa pun tak tahu...hehe~ rasa macam football player pulak si faizul ni...*dari pandangan nadia laa...orang lain nadia tak tahu...


lepas tu kitorang pergi makan kat Laman Grill, dekat laman Seri Bussiness Park, Seksyen 13, Shah Alam...restaurant ni kepunyaan Chef Zubir Zain, juri dalam masterchef tu...


so, sementara tunggu makanan sampai, nadia bagi birthday gift kat dia...


dekat pembalut hadiah tu corak polka dot, tapi ada terselit beberapa 'love'...so, nadia suruhlah dia cari apa yang lain dekat pembalut tu, and dia jumpa! seronok nadia masa tu, rasa macam alololo, so sweet~ hahaha~

then, makanan pun sampai...


 NZ Lamb Cutlet & Turkish Lamb Kebab
RM 38.50


 Australian Baby Lamb Foreshank
RM36.50


Lasagna Al Forno
RM23.50


Caramelized Apple Bread & Vanilla Ice Cream
RM13.50


Mango Chilled Fruit Juice
RM7.00

Strawberry Chilled Fruit Juice
RM7.50

sebenarnya, nadia nak order Meat Lover's Combo Platter,


tapi masa tu dah habis...tu yang pergi order kambing tu dan tanpa disedari kami berdua order kambing, lepas tu 2-2 pening...haha...dah kenyang 2-2 tak  mahu bangun...lasagna tu pun tak habis...kitorang ingat makan main meal tu macam tak kenyang je, tu yang tambah lasagna...sekali.........ambik kau, gila kenyang!

so far, makanan dia semua sedap and presentation dia sangat menarik...especially desserts dia, rasa nak datang balik nak makan tu je....hehehe~ sebelum pergi tu, nadia adalah tengok review dari blog-blog orang, ada yang kata sedap, puji-pujian melambung, ada jugak kata tak sedap lah, lambatlah, macam-macam lagi tapi masa nadia pergi, Alhamdulillah...sedapppp dan cepat!

so, total meal kami ialah RM139.15 termasuk service charge...TAPI.....................haa, nadia ada rahsia....nadia beli voucher kat LivingSocial... RM25 for RM50 voucher for food...nadia beli 2 voucher masa bulan september dulu...so, jimat banyak jugak lah...voucher tu memang beli untuk anniversary...hehe~

sebelum balik, snap picture dulu...


lepas tu, kami pergi rumah aunty nadia kat kota damansara, hantar ole-ole masa kami pergi Cameron Highland dulu and tidur sana sebab dah lewat malam...dan sebelum tidur, kitorang duk layan budak comel ni....DANISH!



faizul & the angry danish ^_^

okay, tu jelah nak share untuk kali ni...
okbai! ^-^

8 comments:

  1. wah dah lama tak update blog~~ kte pn tgu ... hee da nk final kan.. gud luck.. wah makan sedap2 lepas nie leh belanja hehe ~~

    ReplyDelete
  2. sea_lavender : awak tunggu entry nadia ke? wahhh, terharunya....insyAllah, ada rezeki bolehlah belanja...hehe~

    ReplyDelete
  3. seyes terliur tgk mknan tu. haha! not bad gak harge tuu.. bestnye dia g celebrate. hihi.

    slmt jwb exam ye~ =P

    ReplyDelete
  4. haz : sedap tp mmg mahal sikit la kan...

    hehe, good luck jugak haz!

    ReplyDelete
  5. Nadia, dapnyer tengok makanan2 tue sume..xspecially, lasgna tue :)

    ReplyDelete
  6. farny : memang sedap pun tapi kitorang tak habiskan pun...kenyang gila masa tu~ bila time lapar ingat balik, memangmenyesal sebab tak habiskan...huhu~

    ReplyDelete