Sunday, September 30, 2012

seminar perumahan 2012

Assalamualikum...

Hari ini nak share sedikit pengalaman nadia menghadiri Seminar Perumahan 2012 oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan di Dewan Sri Budiman di UiTM Shah Alam pada 26 September 2012... Seminar ini dihadiri oleh pelajar tahun akhir Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur UiTM Shah Alam... Seminar ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Azni Zain Ahmed, Timbalan Naib Canselor (Akedemik Perantarabangsaan) UiTM. skema tak ayat nadia?hihihi~




Ada 4 pembentangan sepanjang seminar tersebut,

Garis Panduan untuk Bakal Pembeli Rumah
Skop & Bidang Kuasa Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)
Penerangan mengenai Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)
Memahami Surat Perjanjian Jual & Beli (S&P)

Walaupun seminar ni nampak macam bosan je, tapi banyak informasi yang boleh kita dapat especially untuk pelajar tahun akhir macam nadia ni...yelah, lepas belajar mesti kerja, beli kereta dan rumah kan...so untuk mengelakkan daripada terjadinya masalah yang tak diingini lebih-lebih lagi melibatkan kerugian kepada kita, seminar macam nilah kita patut pergi...betul tak?

Antara informasi yang nadia dapat ialah kalau timbul masalah dalam proses jual beli kat mana kita boleh adukan maslah tersebut, kategori permasalahan dan pihak yang kita boleh rujuk...Penerangan tentang apa yang ditawarkan oleh developer, adakah ianya sah atau dibenarkan oleh undang-undang atau tidak dan banyak lagi lah...

Selain daripada seminar ini, apa yang best lagi ialah kitorang dapat goodie bag dan makanan untuk sarapan, minum pagi dan makanan tengah hari! yeay!!! sedap pulak tu...hehehe~

muka happy lepas makan... =D

pentas

tu jelah nak share dengan korang...
okbai! =)


2 comments:

  1. okbai! haha. bila dapat mknan free memg sukee gila kan. sbb dpt jimt duit. hahahaha xD

    ReplyDelete
  2. haz : hahaha, tau takpe...memang best lebih2 lg kalau sedap...hehee~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...