Wednesday, September 5, 2012

ketupat goreng!

Assalamualaikum...

hari ini nadia nak share dengan korang resepi yang menjadi menu tetap untuk breakfast pada hari raya ke-2 setiap tahun bagi family nadia lah...nadia tak tahulah korang biasa makan ke tak tapi kalau kami sekeluarga, memang sukalah! ketupat goreng ni sama je dengan nasi goreng biasa tu, cuma nasi digantikan dengan ketupat atau nasi impit...so, kat bawah ni resepi nadia...kalau korang nak ubah atau tambah apa-apa bahan yang sesuai tu, dipersilakan...jangan malu-malu... ^_^

bahan-bahan

ketupat/nasi impit
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
2 biji telur
garam secukup rasa
ikan bilis
minyak
bawang goreng (optional)

cara-cara

1. potong ketupat/nasi impit kecil-kecil dan ketepikan.
2. tumbuk/blend bawang besar, bawang putih, cili hijau sampai lumat.
3. nak tumbuk sekali ikan bilis pun boleh, kalau tak, masukkan semasa menumis.
4. panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tadi. jangan lupa letak garam...
5. pecahkan telur dan hancurkan.
6. masukkan ketupat/nasi impit. gaulkan supaya tumisan tadi mesra bersama ketupat.
7. siap! taburkan bawang goreng sebagai hiasan...


ketupat/nasi impit


rencah tumisan


hasilnya!

TIPS! (daripada ibu nadia)

1. untuk masakan yang sedap, tumis dengan api yang kecil dan tempoh yang agak lama...tapi jangan lama sangat pulak, nanti hangus...hehe~

2. rajin-rajinkan diri menumbuk bahan tumisan, bukan guna blender.

-secara Islamik dan logik akalnya, apa-apa perkara yang kita buat kalau kita bersabar, hasilnya pasti lebih baik. dan kalau kita bersusah-susah dahulu, kita akan bersenang-senang kemudian...simple je kan konsepnya! bukan dalam kehidupan je boleh aplikasikan, dalam masakan pun boleh!

12 comments:

  1. wahhh.. nampak sedap! unik resepi ni. x pernah lg cube guna nsi impit or ketupt. nk try tp ketupat semua dh hbes. haha

    ReplyDelete
  2. haz : kan...kalau family nadia memang buat lebih sikit and simpan siap2 utk buat ketupat goreng...hehe~

    ReplyDelete
  3. bestnyee.. post kt sni skit boleh? hihi

    ReplyDelete
  4. haz : kena tunggu raya ke-2 tahun depanlah jawabnya...tak pun raya haji...hehe~

    ReplyDelete
  5. wahhhh nadiaaaaa... nampak sedapppp :D yummyyyyy. nak sikit... lapaqq nyaa.. tak pernah dgr, try n mkn hehe

    ReplyDelete
  6. fadhila : yeke...tu lar, kalau cakap mesti ramai tak tahu...hehe....mai lar rumah...hehe~

    ReplyDelete
  7. Boleh1.tunggu kte cutii.. hehehe ^_^

    ReplyDelete
  8. nanti fad cuti nadia xcuti pulak...ishhh...xpe2, raya haji...hehe~

    ReplyDelete
  9. duniafana : yeke, samalah kita! =)

    ReplyDelete
  10. wahhh...first time saya dengar ketupat goreng ni..nanti bolehlah cuba kat rumah :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...