Monday, July 2, 2012

RSMY naan cheese yang super sedap!

Assalamualaikum...

Nadia nak share dengan korang program jalan-jalan cari makan kami lagi.... kali ini jauh sikit dari shah alam... hari sabtu hari tu, abang syira (housemate nadia) ajak kitorang jalan-jalan KL... pucuk dicita ulam mendatang, tengah bermalas-malasan di rumah, ada orang ajak jalan kan....

so, bila abang syira datang, kitorang pun gerak ke KL... mula-mula pergi Low Yat...abang syira dan tunangnya, kak ira mencari sesuatu... lepas tu, kitorang pergi jiran Low Yat, Time Square....cuci-cuci mata...nak shopping, duitnya nan hado....huhuhu...

waktu yang ditunggu telah tiba, masa makan! oh ya, restoran RSMY ni dekat Jalan Medan Tuanku, area Maju Junction tu...syira , abang dia dan kak ira dah pernah makan sebelum ni, so giliran nadia dengan tiera pulak menjakunkan diri....mana taknya, cer tengok!



naan cheese : sepinggan rm5.00


kuah dhal : sepinggan rm2.00
walaupun kena bayar asing tapi kuah dhal dia sumpah sedap dan pekat!


untuk perut macam nadia ni, sepinggan ni dengan kuah dhal dah cukup untuk termengah-mengah makan...tapi kat sini ada juga ayam tandoori (rm10.00), ada kuah kari ayam, kambing, ada kimma daging...


tayang lagi lelehan naan cheese, trademark dia, 'Cheese Naan Best in Town!' sedap dan tak adalah muak sangat sebab dia guna mozarella cheese... selalu kan diorang guna chesdale je...


snap gambar dulu sementara tunggu naan sampai...lambat sikit lah service dia sebab ramai orang...


ini facade kedai tu...abaikan manusia di tengah-tengah tu....heheehe...dah kenyang, kami pergi downtown cheras pulak...mereka shopping, nadia lagi sekali, tengok jela mampu...


muka gumbira dapat makan cheese naan! hehehe....

tu jelah nak share dengan korang, pergilah rasa cheese naan kat sini, sumpah sedap! tak tipu...hehehe...and thank you abang syira bawak kami ronda-ronda satu KL dan belanja kami makan!
okbai!

1 comment:

  1. sedap weh!next time pergi lagi tp sendiri kena kuar duet la pulak..hahah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...