Tuesday, June 26, 2012

marble cake~

assalamualaikum...

hari ni nak share dengan korang satu resepi yang nadia dah buat berkali-kali tapi baru sekarang nak tempek kat blog...hihi...kek ni senang nak buat dan sedap! resepi yang nadia guna ni guna sukatan cawan...tak kisah lah cawan bentuk apa korang guna as long as korang guna cawan yang sama jenis untuk sukat semua bahan-bahan ni...

bahan-bahan.

1 1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula kastor
5 biji telur
2 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar susu pekat
pewarna

Cara-cara membuat kek marble ni...

1. pukul gula dengan mentega sampai kembang.
2. masukkan telur satu-persatu.
3. masukkan esen vanilla dan susu pekat.
4. satukan tepung dengan baking powder, masukkan sedikit demi sedikit...
5. bahagikan mengikut jumlah warna yang korang nak buat.
6. lapiskan sampai habis...
7. bakar selama 20 minit, bergantung kepada oven yang korang guna. nak tengok dah masak ke belum, cucuklah guna lidi atau garfu, kalau dah tak melekat tu, dah masaklah tu... =)

nadia tak pandai nak buat marble tu, so nadia main lapiskan ikut suka hati je...lepas tu, nadia carikkan guna pisau...macam kat bawah ni...


bila dah bakar, hasil dia macam ni...


kasi close up sikit...


nadia buat tak adalah cantik sangat sebab oven nadia pun yang guna dapur gas tu je...klasik gitu! hehehe~ yang kat bawah ni pulak yang dah siap potong...nadia guna warna merah, hijau dan warna asal...sweet gitu! (ok,perasan~)


ok tu jelah nak share, kalau rajin sila cuba! =)
okbai~

6 comments:

  1. "mak" sy rajin buat kek utk sy..

    ReplyDelete
  2. haha..tgu turn anak buat kek cekelat plak pasni... =)

    ReplyDelete
  3. dah cube!oiishi!thank u for the recipe.tp ada typo sikit.supposedly beat butter and sugar kan?

    ReplyDelete
  4. a'ah lar....typo!
    sorry and thank you wani sbb bagitahu...
    nadia dah betulkan dah... =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...