Tuesday, May 1, 2012

karangan darjah 3 : haiwan peliharaan saya.


assalamualaikum...

hai korang! bersua kita kembali di laman sesawang ini...kali ini nadia ingin berkongsi hasil karangan nadia kepada anda semua...mari kita mulakan!

saya ada haiwan peliharaan. saya sayang haiwan itu. nama dia ialah cik kura. dia sudah tua tetapi dia sangat comel. saya suka dan sayang dia.


sebenarnya, cik kura ni adalah pemberian incik bopren saya (budak darjah tiga dah ada boyfriend dah) semasa hari lahir saya dua tahun lepas iaitu pada tahun 2010. saya sangat suka dengan hadiah itu lalu saya membawanya pulang dengan hati yang gembira dan berbunga-bunga.


apabila saya rindu incik bopren saya, saya tengok muka cik kura. muka cik kura sedih je, saya tahu incik bopren pun rindu saya juga. akan tetapi, muka cik kura memang sentiasa sedih pun. bila saya gaduh dengan incik bopren, saya marah dekat cik kura, cik kura buat muka sedih jua. ya, cik kura memang akan sentiasa mengekspresikan wajah sebegitu tetapi saya tetap sayang padanya. (hebat tak ayat budak darjah 3?)


kadang-kala cik kura berasa bosan terperap seharian di dalam bilik saya lalu dia pun merangkak tetapi tak kan jauh pun, hanya setempat. dia sudah tua dan tak larat nak merangkak jauh-jauh. kasihan cik kura. selain daripada itu, cengkerang cik kura juga menjadi pengalas tidur saya jika saya tidak selesa dengan bantal saya. cik kura 'steady' je. dia sangat hebat dan kuat! itu yang membuatkan saya bertambah sayang kepada dia.


seterusnya, dia tidak akan mengganggu saya bila saya sedang sibuk dengan kerja sekolah saya. cik kura suka ber'camwhore' bagi menisi waktu senggangnya dan saya tak kisah, saya sangat memahami cik kura. ya, saya tuan yang baik hati.


akhir sekali, dapatlah saya simpulkan bahawa cik kura ialah teman baik saya, dia ialah haiwan kesayangan saya, saya sayang dia. terima kasih kepada incik bopren kerana menghadiahkan seekor kura-kura yang tua dan comel.

*soalannya ialah berapa banyakkah perkataan sayang di dalam karangan ini?

ok tu jelah nak merepek.
okbai!

3 comments:

  1. hahahaha....besar gile mata die...comel...

    ReplyDelete
  2. Minta pm sy nk tau mana nk dpt patong ni 0122092849 wasap .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, ini beli dekat teluk batik tak silap nadia.
      selalu gerai tepi pantai ada..hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...