Saturday, April 28, 2012

p.e.l.a.n.g.i.

assalamualaikum...

hai korang! entry kali ini nak share resepi yang nadia baru cuba masa mid term break hari tu iaitu rainbow cake! sebenarnya kawan nadia, aisyah awaluddin post gambar rainbow cake ni kat twitter, lepas tu nadia mintak lar resepi, tak sangka senang je buat kek ni cuba kesabaran kena tinggi sikit lar nak bakar selapis demi selapis tu...


kita tengok gambar-gambar dulu lar ye...lepas penat-penat buat, bila tengok hasilnya, hilang terus penat...hehehe...


ni resepi rainbow cake ni...nadia guna tepung butter cake yang dah siap, cuma tambah mentega, telur dan ovalette untuk bagi dia lembut...kat kedai nadia beli bahan-bahan ni, nama tepung dia ialah tepung optima...tak tahulah kalau kat kedai lain...

500 gm tepung optima
200 gm mentega
5 biji telur
1 sudu besar ovalette
pewarna

(kalau korang beli yang dalam kotak, contohnya brand white wings, korang ikut lar instruction dia)

untuk cream luar tu nadia guna cream cheese tapi ada jugak orang guna chocolate cream ataupun butter cream biasa je...

200 gm cream cheese
1 cawan gula halus (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1 sudu teh esen vanilla
8 sudu besar mentega

cara-cara membuatnya,

butter cake

1. pukul butter sampai kembang
2. masukkan telur satu-persatu
3. masukkan ovalette dan tepung
4. bahagikan mengikut jumlah warna yang korang nak buat.
5. campurkan dengan pewarna.
6. bakar satu-persatu. setiap selapis dalam 20 minit, bergantung pada oven korang lah.

cream cheese

1. pukul cream cheese dan mentega sampai lembut dan creamy
2. masukkan gula halus tadi dan esen vanilla


gambar atas ni cara nak lapiskan dia, letak kek selapis, sapu cream cheese atas dia...ulang sampai habis...bila dah habis, sapu cream cheese tu sekeliling cake macam gambar bawah ni...


untuk hiasan, korang letak lah apa korang suka, macam nadia, nadia letak chocolate rice yang warna-warni tu...


yang ni saja gedik letak dalam kotak...hehe~


yang ni dalam dia bila dipotong...walaupun kat atas tu dah ade, nadia nak letak jugak...haha~


tu jelah nadia nak share dengan korang, kalau rajin, cubalah! senang je...
okbai!


11 comments:

  1. jangan lupa bawak studio skit...hahaha

    ReplyDelete
  2. Kek lapis Sarawak baru ni..hehehehe..lawa sungguh..sedap x?

    ReplyDelete
  3. Alahai teringinnye nak try buat, tapi takde oven la syeera. sadis. Tsk tsk.

    ReplyDelete
  4. syakir : dah habis dah wey...next time aku bawak~

    bubble_haze : sedap lar kot sebab ada cream cheese tu...

    purplekyu^_^ : thanks!

    antooungu : ape lagi, suruh angah hadiahkan oven di hari jadimu...haha~

    ReplyDelete
  5. bestnyerrr. lame da nak buat. tapi xjumpe resepi siap ajar cne buat siap ngan gambar. baru paham ! thanks :D

    ReplyDelete
  6. ezzaty : hehe, you are welcome...cubalah! =)

    ReplyDelete
  7. waaa..terliur haku kat sini..sedapnyaaa...rajin lar nadia nie.

    ReplyDelete
  8. chu : kadang2 je rajin...hihi~

    ReplyDelete
  9. hye..hye :)
    sedapnyer farny tengok..
    nak try jugak lar..
    thanks yer, nadia tolong share :)

    ReplyDelete
  10. farny : hai! try lar...nanti bgtau nadia... =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...