Tuesday, January 17, 2012

people change.

assalamualaikum...

hari ini topik kita "people change" ye adik-adik...hehehe...okay, berangan.
tapi nadia betul-betul nak cakap pasal "people change"...dua perkataan ni selalu menjadi favourite nadia sejak dulu lagi...dan atas kepercayaan "people change" inilah nadia semakin mendalami dan memahami hati manusia...nadia ubah prinsip hidup nadia...

contohnya, kita selalu dengar orang selalu marah mat rempit macam ni,
"apa punya banganglah mat rempit ni bawak motor macam pelesit, mak bapak kau tak ajar ke?"


kita tahu ke mak bapak diorang ajar ke tak, entah-entah jenuh mak bapak dia ajar, mak dia hari-hari menangis, bapak dia dah habis ikhtiar nasihatkan anak dia, dah dia nak jadi macam tu kan, kita pun tak tahu mungkin Allah sedang menguji dia dengan cara macam tu...tak pun, mak bapak dia busy, dah bercerai, dah meninggal, mana kita tahu...sebab tu kurang didikan, kurang kasih sayang dan jadi macam tu...

dan jika Allah S.W.T mengkehendaki dia berubah, sekelip mata dia berubah jadi macam gambar bawah ni...kita yang mengata dia ni? tetap dapat dosa, tetap macam ni, tak ada perubahan, tak ada hijrah...


apa yang perlu kita buat ialah cuba fahami hati dia, kalau boleh bantu dia berubah, paling tidak pun berdoa semoga satu hari nanti dia sedar, insaf...ikut kesesuaian keadaanlah...

cerita mat rempit itu contoh, banyak lagi situasi di sekeliling kita...orang jahat tetap jahat, kita ni konon baik sangat... orang tu pakai seksi, nerakalah tempat dia...sesuka hati kita nak hukum orang kan...mana tahu, esok dia taubat, Allah ampunkan semua dosa dia, lepas tu dia meninggal, terlepas azab neraka...kita yang kena tanggung dosa sebab mengata dia...

contoh lain : diana amir...dulu nadia memang tak minat dia sebab dia biasa-biasa je, seksi pulak kan...tiba-tiba Allah bagi dia hidayah, sekelip mata dia berubah kepada yang lebih baik...itu kuasa Allah S.W.T. nadia yang malu dengan diri sendiri...dia dah berubah, tapi nadia tetap macam ni....


nadia tengok filem songlap dengan aku tak bodoh, jalan cerita sangat memberi pengajaran dan buat nadia berfikir...yang kelakuan seseorang tu bukan 100% kehendak diorang semata-mata...mungkin fakor sekeliling...kita patut bersyukur sebab diberi didikan yang betul, diberi kasih sayang yang cukup, dikurniakan rezeki, tidak diuji seperti orang lain...


nadia duk taip panjang-panjang ni hanya nak bawak satu mesej, "people change". so, siapa kita nak menghukum dan menilai seseorang tu...orang yang baik takkan selamanya baik, orang jahat takkan selamanya jahat...so, adalah lebih elok kalau kita mendoakan sesama kita supaya kita sama-sama berhijrah kearah kebaikan...

itu jelah,
okbai~

4 comments:

  1. ske entry ini =) Benar segala ketentuan Allah dalam memberi hidayah kpd hamba2-Nya... kte hanya mampu mdoakan yg trbaik.. tk perlu m'hukum org, itu bukn hak kte ~~ dlm mcari redha Allah dunia dan akhirt itu perlu =)

    ReplyDelete
  2. sea_lavender : terima kasih, nadia just luahkan pendapat je... =)

    ReplyDelete
  3. yes people change,
    and its time for us too.
    moga kita berubah kepada yang lebih cemerlang :D

    ReplyDelete
  4. pocket : yes, saling memperbaiki diri...kan lebih elok... =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...