Wednesday, December 21, 2011

Wednesday, December 7, 2011

our second anniversary~

assalamualaikum...
hai korang! sudah terang lagi bersuluh, tengok tajuk entry pun dah tahu...mestilah nadia nak share dengan korang tentang anniversary nadia dengan mr.bf yang ke-2 tahun pada 30 November...to be honest, nadia tak pernah bercinta selama itu dan nadia tak pernah serius seperti ini...mungkin faktor umur kot...dan keserasian...

jomlah kita recall balik kenangan masa celebrate first anniversary dulu...kitorang celebrate dekat RESTORAN SUBAK, Bukit Lanjan...tempat tu best, nature and romantic...




untuk this second anniversary, disebabkan jatuh pada hari rabu, yang esoknya nadia ada submission, makanya nadia pilih untuk celebrate around shah alam je...kitorang pergi RESTORAN ZAM ZAM, seksyen 9, shah alam...kalau tahun lepas konsep dia nature, tahun ni konsep dia arabic...hehehe...

actually, anniversary kitorang jatuh pada hari lahir mr.bf...nadia yang decide untuk accept dia on his birthday, kira hadiah hari lahirlah...walaupun dia proposed tu dah lama...huhuhu...

okay, back to our celebration, nothing yang grand pun...just pergi makan, wish dan berterima kasih sesama sendiri kerana menjadi teman gelak ketawa, tepuk tampar, gaduh gusti dush-dush, marah, menangis meraung, mengadu nasib dan banyak lagi...huhuhu...

kat bawah ni makanan kitorang...nadia makan chicken mandy...


mr.bf pulak makan lamb mandy...tapi lepas makan tu dia sakit perut...kesian dia...perut dia memang sensitif...nadia belasah jugak daging kambing tu, tapi tak ada apa-apa pun...huhuhu


our desert, puding karamel...


our meals~


the interior~


ini nadia~


ini ialah buah hati pengarang jantung, intan payung saya... =)


ini hadiah dari mr.bf...thanks!


dan angry bird juga!!! thanks again~


kali ini mr.bf yang beria-ia tanya nak celebrate kat mana, lepas tu tiba-tiba hantar mesej, "orang dah beli hadiah!" nadia kurang excited sebab nadia tengah tak ada duit, nasib mr.bf ada rezeki sikit masa tu...huhuhu...last minit baru nadia cari restoran...nadia hutang hadiah, mr.bf tak kisah...ni yang sayang lebih ni... ^_~

Encik Faizul Husin,
kelebihan awak melengkapkan kekurangan saya...
kesabaran awak melunturkan kemarahan saya...
kejujuran awak meningkatkan kesetiaan saya...
pengorbanan awak mencairkan hati saya...
saya sayang awak dan saya harap awak ialah jodoh saya...
semoga Allah makbulkan doa saya...amin...



sorry lah entry feeling2 gitteewww...hehehe
tu jelah nak cerita kat korang...
bye! =)

3licious!

assalamualaikum...
hai korang!!! entry ini mahu cerita tentang booth nadia dan kawan-kawan seperti yang digembar-gemburkan di entry yang lepas...(power tak ayat nadia...hehehe) first time bukak booth, nervous tahu! partner nadia ialah atirah dan syahirah...booth kitorang kat FSPU, UiTM Shah Alam...

first of all, nak say thanks kat studiomate nadia, adiza sebab sudi bagi kami pinjam dapur rumah dia untuk buat kek batik dan thanks to adik adiza sebab sediakan lunch untuk kitorang juga...oh ya, tidak lupa juga kepada amirah, studiomate kitorang jugak yang bawak kitorang pergi pasar, bakery, kedai runcit walaupun petang tu dia nak balik kampung kat terengganu...(ini ucapan raya ke apa?)

okay, kitorang start the business around 10.00am sampai lar 12.00am...sumpah penat okay! letih yang amat...baru sehari tu...huhuhu...almaklumlah, first time meniaga...

nama booth : 3licious! sebab apa? kitorang pun tak tahu setelah jenuh berjam-jam fikir nama booth...huhuhu...bunyi macam best je, kira proceed lar...


kat bawah ini booth kitorang...




selain dari pakaian dan shawl, kitorang juga jual rojak buah dan kek batik!



bila tak ada customer tu, sempatlah posing dulu...


yang ini antara customer kitorang...they are twins! susah nak cam diorang ni...muka sama gila!


alhamdulillah, ramai orang datang kat booth kitorang, barulah tahu betapa seronoknya berniaga kalau ramai customer datang...huhu...semua okay just makanan tu ada rugi sedikit tapi tak apa, its okay rugi untuk first time meniaga kan...

so, the conclusion is nadia puas hati, seronok, mencuba perkara baru dan hopefully dapat buat something macam ni lagi... )

tu jelah nak cerita kat korang~
sorry lar nadia jarang dah update sebab busy, bila ada masa nadia keluar merayap, lepas tu dah penat...huhuhu...
okayl lar, bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...