Monday, October 31, 2011

a gift for ibu & ayah...

assalamualaikum...
hai korang...
entry ni tak nak cerita banyak...just nak bagi penghargaan untuk ibu & ayah nadia sebab sentiasa ada di sisi nadia sepanjang nadia belajar untuk mendapatkan diploma ni...so, ini untuk mereka...tunggu the next one lagi 2 tahun ye...insyallah...hehehe...

kat bawah ni gambar-gambar sekitar Istiadat Konvokesyen ke-75 UiTM Seri Iskandar Perak...

inilah dia Encik Sha'ari dan Puan Khairiah, tulang belakang nadia...


kami sekeluarga... =)






ratu kebaya!







konklusinya, nadia tersangatlah gembira...akhirnya dapat jugak pakai jubah dan topi tu...bila dah grad barulah feeling2 nyanyi lagu UiTM di hatiku...hehehe...oh ye, disebabkan budak2 ID ni sehati sejiwa katanya, kami sepakat memakai merah hitam di hari bahagia kami dan ternyata sepakat membawa berkat...*tetiba...nampaklah kami menyerlah dalam ramai-ramai graduan tu...dan tidak lupa juga pada yang bagi bunga, coklat, teddy bear, kad dan yang wish...terima kasih sangat-sangat...(macam bagi ucapan pulak)

tu jelah...
bye!

Tuesday, October 25, 2011

pengalaman dengan jamban!

assalamualaikum...
hai korang!
first of all, sorry lah tajuk entry tak boleh blah kan...tak tahu nak letak apa sebenarnya...lately, nadia asyik sibuk dan tahap kemalasan melampau...hari ni baru rajin sikit nak edit gambar dan menaip...

minggu lepas, hari rabu, 19/10/2011, batch nadia ada trip ke Melaka, melawat kilang seramik untuk subjek "Material and Finishes"...kitorang pergi dua bas...

inilah kilang yang kami pergi tu...sebelum sampai sini agak jenuh juga bersesat-sesatan ye...


sampai je kitorang dapat breakfast walaupun dah pukul 11 rasanya...lepas tu, puan syarifah suzana, manager kat Potex tu bagi briefing tentang produk dia iaitu water closet(WC) lar atau dalam bahasa melayunya mangkuk tandas...dia brief macam mana dia berfungsi, jenis-jenis WC, teknik memilih WC...kenapa pulak siap ada trip semata-mata nak tengok kilang mangkuk tandas??? sebab kitorang kan bakal Interior Designer...kenalah tahu semua tu supaya tak buat kesilapan...kat bawah ni lah puan suzana tu...dia sangat baik dan friendly okay...


then, we have lunch kat kafe kilang tu...free okay! yes, nadia memang suka makan free! siapa tak suka kan...pegawai kilang ni sangat baik melayan tetamu, sesetengah kilang tu kerek je...huhu...dah kenyang, kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan ada pegawai dari kilang tu yang bawak kami pusing-pusing kilang tu dan brief tentang proses dan segala mesin yang diorang gunakan...jom layan gambar...kat bawah ni proses moulding...belum keluar dari acuan lagi...


yang ni yang dah dikeluarkan dari acuan...


kakak ni pulak tengah cuci seramik tu...salah satu daripada proses tu lah, nadia tak ikut step sebab banyak kot...


yang ni proses mewarna pulak...warna putih ke, hitam ke, pink, biru, depends lah...kitorang ada juga melawat makmal warna dan mesin yang blend warna-warna tu...


yang ini antara proses terakhir di mana diorang akan check sama ada WC tu boleh berfungsi dengan baik ke tak...diorang gunakan bola golf, tuala kecil dan plastik ais krim yang diisi air dan diikat beberapa bahagian (nadia panggil dia "tahi suci") hehehe...


sebelum balik pihak kilang tu siap sediakan souvenir untuk kitorang lagi iaitu jamban comel tak hingat ni...suka!!!


lecturer kitorang, cik mi pun sporting, kitorang request pergi bandar melaka then dia pun on je...hehehe...walaupun dah selalu pergi melaka tapi feeling pergi dengan kawan-kawan lain tau...kitorang pergi area Dataran Pahlawan...


harus letak gambar sendiri!


kesimpulannya, nadia suka diberi peluang pergi ke kilang-kilang macam ni, ingat senang-senang ke boleh masuk...dan belajar perkara baru juga...pegawai2 yang baik dan makan free...semua orang happy!

tu je nak cerita...
okbai! =)

Tuesday, October 18, 2011

last sunday...

assalamualaikum...
hai korang!!!
ahad lepas, nadia keluar dengan mr.bf, kakak dia dengan kawan nadia...plan asalnye kak intan (kakak mr.bf) ajak nadia teman dia pergi cari dress untuk dinner kat jalan TAR, tapi last minute mr.bf pun ikut jugak...kawan nadia, si syerai tu sekejap je join kitorang, sampai kat sogo, dia keluar dengan abang dan girlfriend abang dia...kira kitorang masing-masing ada orang ketiga lar ni...hehehe...

for the first time, nafsu shopping nadia tak seperti selalu...nadia beli dua barang je...telekung untuk travel tu, yang boleh lipat kecik-kecik tu dan necklace...actually, nadia teramatlah pelik dengan situasi ahad yang lalu...selalu kalau bab shopping je, mata bersinar-sinar bab mentari tapi hari tu...erm,something wrong with me??? huhuhu...

lepas kak intan dah dapat dress dia, kitorang masuk sogo jap, lepas tu gerak pergi sunway pyramid nak tengok real steel tapi tiket tinggal malam je...so, tak jadi, jalan-jalan lagi, tapi still tak beli apa-apa...kak intan je shopping...then pergi beli cupcakes dekat Apple One...cupcakes kat situ comel-comel...gerammm!!!!


dan packaging dia pun menarik...ni yang nak datang lagi ni...hehehe...


ingat tak nadia ada post entry wordless wednesday gambar cheese cake...ala, yang kat sini tu...so, inilah peluang nak tunaikan hasrat hati yang dah lama tertangguh tu...nadia ajak mereka makan kat secret recipe...tapi bila sampai, tak ambik cheese cake pun, ambil Apple Slice Cheese...kira ada jugaklah cheese tu...kak intan makan Carrot Slice...sedap dan ada cheese jugak...tekalah mana satu nadia punya??? =)


mr.bf makan Viatnamese Beef Noodles...


kak intan makan macaroni cheese...


nadia pulak makan chicken rice with satay...biasalah tekak melayu...dapat pulak satay kan...perghhh...favourite! nadia kalau makanan yang ada cheese ni untuk rasa bolehlah, kalau untuk satu hidangan tu, tak larat rasanya nak habiskan...pulak tu tak ada rasa pedas langsung...kalau order mesti tak habis...dah tahu sangat dah...


kalau keluar tak ambil gambar tak sah lah kan...bukan nadia lah kan...


lepas penat berjalan seharian tu, macam penat je nak balik shah alam, so nadia tidur rumah aunty nadia kat kota damansara...isnin pagi baru gerak balik shah alam...hehehe...

so, the conclusion is nadia happy keluar dengan adik-beradik ni...next time kita keluar lagi okay!

tu jelah...
bye! =)

Friday, October 14, 2011

did you get it???

assalamualaikum...
hai korang!!!
entry ni berkaitan dengan blogging...tiba-tiba terfikir tentang perkara ni...

APA YANG KITA DAPAT DARIPADA BLOGGING???

adakah blogging ni satu pembaziran masa, kerja sia-sia, tak ada manfaat langsung, membuatkan awak hilang fokus, leka dan segala yang negatif lah...sebenarnya jawapan tu bergantung kepada diri sendiri...kalau awak leka, maka leka lah awak dalam dunia blogging tu...tiada betul atau salah...

berbalik kepada persoalan tadi tu...ini jawapan nadia...


seriously, setelah dua bulan lebih berblogging ni, penulisan dan penggunaan bahasa nadia berubah...tidaklah seperti A.Samad Said...lagipun, nadia masih menggunakan bahasa rojak dan tahap bahasa masih lagi separa formal cuma nadia lebih berhati-hati menggunakan perkataan tertentu dan ejaan yang penuh...

dulu nadia sangat dipengaruhi bahasa SMS...sekarang bila nadia perhatikan dah macam terbalik pulak, dekat facebook pun nadia guna full spelling, SMS pun sama...baguslah untuk mempertahankan bahasa kita kan...chewwahhh!!!


sejak berblogging ni, nadia dapat banyak sangat information compare with before blogging...berita, fakta, lawak, gossip, pengalaman orang lain, teknik blogging, penulisan, idea, krativiti, semua ada...lagi banyak tahu pengalaman orang lain, lagi banyak pengajaran dan pengetahuan kita dapat...pengetahuan dan pengalaman mematangkan kita...


yes, sejak berblogging ni nadia rajin buat research selain daripada assignment...huhuhu...disebabkan tak nak publish entry sampah dan tak ada input untuk readers makanya nadia buatlah sedikit research sebelum buat entry...ini untuk entry tips dan information lah...tapi tak tahulah kalau entry tersebut masih kategori sampah ke tak...huhuhu...kalau entry personal tu, based on pengalaman nadia jela...nak buat research kat mana kan... =)


daripada blogging jugak nadia tahu macam-macam jenis perangai manusia kat muka bumi ni...yang tak terjangkau dek akal pun ada...tapi bila baca kejadian-kejadian pelik tu, nadia terfikir kenapalah dia buat macam tu, apa ada dalam fikiran dia, dia tak boleh fikir secara waras ke??? mana sifat kemanusiaan dia...macam-macam persoalan dan nadia akan buat kesimpulan sendiri...dunia akhir zaman...

lagi satu, nadia suka memerhati cara orang berfikir, meluahkan pendapat, menyampaikan ilmu melalui blogging...macam-macam cara ada...ikut kreativiti masing-masing...


jangan cakap blogging tak memerlukan kekuatan mental dan fizikal sebab kemungkinan untuk mempunyai HATERS, pembangkang, dihentam, dimaki hamun adalah besar...setakat ni, nadia tak adalah pengalaman tu dan kalau boleh tak nak pun...

tapi pernah jugak beberapa pendapat nadia dipertikaikan dan inccident yang memalukan diri sendiri...akibat tak baca betul-betul entry orang tu...tak adalah kena hentam tapi ego nadia tercabar...huhuhu...mesti orang ingat nadia ni komentator tak bertauliah...baca entry tak habis sibuk nak komen...padahal masa tu nadia betul-betul terlepas pandang...okay lah, manusia melakukan kesilapan and i learn from that...

setakat ini, tu jelah yang nadia dapat daripada blogging ni...korang macam mana pulak??? ada penambahan??? lets share with me... =)

tu jelah~
bye! =)

Tuesday, October 11, 2011

berangan is therapy you know...

assalamualaikum...
hai korang!!!

first, dah baca tajuk entry kan??? korang rasa fakta ke mitos ke apa??? bagi nadia, ada betulnya...sebab tu nadia praktik kan...

hari isnin (10/10/11) nadia pergi company tempat nadia practical dulu kat pelangi damansara sebab nak interview tentang office system...lepas interview, ada masa lagi, so kitorang pergi IKEA, tak sampai 5 minit dari office tu...kenapa IKEA? sebab kitorang tak ada duit, nak pergi mall lain, nanti nampak barang yang berkenan nanti geram je...macam cacing kepanasan...so, IKEA is the best place untuk cuci mata sambil berangan...

kenalah berangan, lepas tu pasang niat dan usaha...moga-moga satu hari nanti apa yang kita berangan tu jadi realiti...betul tak???

okaylah, jomlah mulakan sesi berangan kita...

DAY 1

berangan jadi orang kaya...macam ni lah orang kaya beristirehat kat rumah...style kan...hehehe...


kadang-kadang kawan datang melawat bertanya khabar, atau lebih tepat, bergosip! ini syahira syafei, tapi nadia panggil dia Syerai!


okay, Atire pulak datang, nama sebenar dia ialah Tiera Razak...tunjuk gambar pergi holiday and shopping dekat Milan..."untung lar..." Atire berkata di dalam hati...


bila kawan-kawan datang tak kan tak hidang apa-apa kan...masak lah apa yang patut...


oh, Atire tolong di dapur juga...rajin-rajin...


sesi makan-makan...nadia tak tahu mereka ni lesbo rupanya...hahaha...


lepas makan, basuh pinggan sendiri ye kawan-kawan...



DAY 2

siap-siap nak pergi rumah Syerai...


dah sampai apa lagi...sesi gosip diteruskan lagi...


Syerai tunjuk lampu besar gedabak dia...wow!lihatlah...


Atire pun duk melepak sekali di rumah syerai...haruslah boleh tambah gosip sekali...yes, kami ialah gossip girls!


macam biasa, kalau gossip kena ada makan-makan...


Syerai punya dining area sama tone dengan baju...


oh, sofa juga....untung lar...esok baju warna merah, tukar set sofa dan meja makan warna merah jugak....


okay, lepas makan, sambung gossip lagi...eh tak, ini slot rancangan WANITA HARI INI...Wardina Safiyah dengan Azizah Ariffin...ada rupa tak???


okay, lepas rancangan, ambil gambar sebagai kenangan....



sekian sahaja nadia merepek untuk hari ini...sehingga kita berjumpa di lain waktu...
okbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...