Tuesday, September 27, 2011

expressionism...

assalamualikum...
hai korang!!!
hari tu nadia ada cakap pasal esquee project nadia tu kan, kat entry ni...mengenai express yourself in any medium...so, last monday, kitorang present dan inilah hasilnya...jom cuci mata...













banyak lagi sebenarnya tapi tak kan nak upload semua kan...yang mana satu nadia punya??? korang tekalah sendiri...bila masuk degree ni, nadia banyak belajar perkara baru...untuk esquee ni, ala-ala fine art, art and design punya task...next project pulak kena study satu alat elektrik atau apa-apalah dan kaji form, space, movement, function, measurement, design elements, information mengenai subject matter yang kita pilih tu...so tadi studio kitorang jadi bengkel elektronik pulak...semua duk pegang screwdriver bukak every component dalam alat yang kitorang pilih tu...

its really new for me, but i'm enjoyed it...pelik pun ada sebab nadia interior architecture kot, bukan mechanical engineering mahupun fine art...tapi nadia pasti at the end of the task, nadia akan faham kenapa nadia perlu buat semua ni...

okay, tu jelah nadia nak cerita...
till meet at the next entry...
bye! =)

Friday, September 23, 2011

ideation design workshop!

assalamualaikum...
hai korang!!!
last wednesday, 21/09/2011 nadia dan batch nadia join satu bengkel ni..."IDEATION DESIGN WORKSHOP" kat PWTC anjuran Malaysian International Furniture Fair...most design school and institution join this workshop...sebenarnya, ini kali pertama nadia join workshop macam ni dan nadia seronok lar...

biasalah mula-mula mestilah ucapan dulu...then dia brief tentang program dan pertandingan yang akan dianjurkan iaitu designing furniture...then, kitorang di bahagikan ikut kumpulan dan diberi tugasan iaitu kena design satu furniture dalam masa 45 minit...lebih kurang lar...dalam kumpulan tu semua institution ada dan kitorang kena bahagikan tugasan kepada setiap orang walaupun tak kenal...mula-mula tu rasa susah jugaklah tapi lama-lama okay je...it was fun to get know new friends and co-operate with them...semangat berpasukan lah katakan...


sementara tunggu pengumuman, ambil gambar dulu...kat bawah ni group nadia lah, GROUP 5...

kumpulan kitorang tak menang pun, tapi kitorang chill je sebab masing-masing dah cuba yang terbaik kan...gambar kat bawah ni, nadia dengan the other nadia...another nadia ni juga buat practical dekat company yang sama dengan nadia...nadia keluar, dia join company tu...dia dari degree shah alam dan nadia dari diploma perak...then, meet in UiTM shah alam and will be classmate now...kecil je dunia ID ni...pusing-pusing tu jugak...hehehe...

dah habis, ada sesi makan...sesi ni nadia paling suka sekali...makanan dia pun not bad, ada roti jala, bihun goreng, fruit tart... dah kenyang, sesi bergambar diteruskan...



dan dapat sijil penyertaan...this is my first certificate in degree...yeayyy!!!

perjalanan pulang kitorang juga menarik sebab the boys yang duduk bahagian belakang bas tu buat sesi beramah mesra dengan 3 Iranian girls who is also our classmate...lawak gila tengok diorang interview that girls and belajar bahasa Iran...

so, the conclusion is nadia seronok join workshop ni dan kalau boleh nak join lagi...hihihi....

tu jelah nak share dengan korang...
bye! =)

Tuesday, September 20, 2011

tips : how to express yourself!

assalamualaikum...
hai korang!
kali ini nadia nak share tips macam mana kita nak menonjolkan diri kita tak kiralah dengan kawan-kawan ke, dalam kumpulan mahupun orang ramai...sebenarnya nadia dapat satu esquee project ni, express yourself in any medium...so, tengah duk buat research tu, jumpalah tips-tips ni...lets check it out!

1. banyakkan membaca

bila kita banyak membaca kita banyak pengetahuan, bila banyak pengetahuan, lebih mudah untuk kita get along dengan semua golongan...contohnya, dengan golongan profesional kita ceritalah mengenai isu semasa, profession mereka...begitu jugak dengan golongan lain...


2. menulis

menulis sesuatu yang original dari otak kita, idea yang asli...bukan copy paste...medium terbaik adalah blog! untuk bloggers lah...menulis antara medium yang bagus nak menonjolkan diri dan dikenali ramai...but always remember, inspired but not copy!


3. jangan takut tanggapan orang lain...harus berani!

yakin dengan apa yang kita buat dan beranikan diri untuk bersuara, membantah, bersetuju atau mengiakan sesuatu perkara...tapi pastikan perkara tu betul dan ada sebab atau bukti...kalau cakap bagai nak rak tapi salah atau sekadar mereka cerita pun tak boleh jugak...memalukan diri sendiri namanya...


4. bila tak puas hati, marah, sedih...tulis surat...

luahkan perasaan anda di atas sekeping surat tapi jangan bagi orang baca pulak...lebih-lebih lagi orang kita tak puas hati tu...sebab sesetengah orang tak boleh simpan atau pendam perasaan...so, they need someone or something to express their feelings just like me...hehehe...tak payahlah mencederakan diri sendiri, baling-baling barang, menangis guling-guling...just write a letter and you getting calm... =)


5. fikir dahulu dan bertindak matang...

i know its like cliche but its works! jangan buat orang berfikir yang anda sangat tidak matang dan selamanya diorang akan berfikir sedemikian...tak cool okay...harus tenang...peoples were respect you...



6. rajin bertanya...

bak kata orang dulu-dulu...malu bertanya sesat jalan...so, nak tonjolkan diri kenalah selalu bertanya supaya orang lain perasan kehadiran korang...tapi nadia selalu ada masalah ni...nak bertanya tapi tak tahu nak tanya apa...huhuhu...yang itu kena perbaiki lah kan...


tips ni untuk korang dan nadia jugak sebenarnya...untuk kita perbaiki diri sendiri and built up our personality...untuk esquee project nadia tu...nadia ada idea dan in progress untuk present this thursday...nanti nadia post entry okay...

tu jelah nak share dengan korang~
bye! =)

Tuesday, September 13, 2011

next step!

assalamualaikum...
hai korang!!!
amboi, kemain lama tak update blog ni...busy katanya...nadia dah proceed to next step which is daftar untuk degree pulak...alhamdulillah setakat ni berjalan lancar walaupun banyak perkara yang masih blur dan perlu dibuat...nadia sampai damansara hari sabtu, stay rumah aunty then ahad pagi tu dah gerak pergi shah alam dengan harapan dapatlah duduk kolej (hostel)...dan alhamdulillah dapat..

lupa nak bagitahu, masalah mr.bf tu selesai hari jumaat lepas, so nadia sangatlah lega ya...barulah semangat nak masuk degree kan...hehehe...akibat tragedi tu, nadia jadi tak semangat dan buat preparation last minute...padahnya, kena marah dengan ayah...hihihi...

ahad tu, tak ada aktiviti sangat...just sesi jejak kasih dengan coursemate dan kawan-kawan kat UiTM Perak dulu...sangat ramai ye...roomate part 1 sebelah bilik, roomate part 6 depan bilik nadia je..alahai kecilnya dunia kan...
isnin pulak pergi daftar dan dengar taklimat...lepas tu, pergi makan kat luar...seksyen berapa entah...seksyen 8 kot...petang sampai malam pulak sesi menjelajah seksyen 7, kat pusat komersial tu...

shah alam lagi adventure dari seri iskandar a.k.a SAHARA tu ye...bukit bukau dia lagi curam dan tinggi...begitu banyak tangga batu caves...boleh kurus ni...huhuhu...malam tu, mula-mula kitorang pergi masuk satu kedai makan ni tapi tak banyak menu so kitorang minum je...



lepas minum-minum, siri menjelajah diteruskan ke giant pulak...hehehe...beli barang sikit lepas tu pergi makan kat ayam penyet...nasib baik sedap...





dah kenyang, balik kolej lah, apa lagi...bila sampai kolej je, lapar balik...hehehe...kaki memang sakitlah...terkejut kaki... 4 bulan bersenang lenang, dah kena bekerja balik...huhuhu...otak pun sama, perlu dikerah lagi seperti dulu...kitorang just nervous nak berhadapan dengan lecturer kat sini, tak jumpa diorang lagi...harap-harap semuanya okay~

tu jelah nak cerita...
bye! =)

Thursday, September 8, 2011

sampai syurga...

assalamualaikum...

nak share lagu ni dengan korang... sebab lagu ni paling dekat dengan nadia sekarang...as usual, faizal tahir always there for me, daripada hanyut, karma, cuba, selamat malam dan sampai syurga...tak semua lirik tu sama dengan situasi nadia...ada beberapa yang boleh diguna pakai...lagu ni boleh jadi untuk Allah...boleh jadi untuk family, boleh jadi untuk suami/isteri atau pasangan...

makna lagu ni pun boleh ditafsirkan dengan pelbagai situasi...dan KEBETULAN, kena dengan situasi nadia sekarang...bukan mengagungkan seseorang...tapi menghargai kasih sayang seseorang...dan bila dia ditimpa kesusahan pasti kita juga merasainya kan...

Sampai Ke Syurga | Faizal Tahir

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu


Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu


Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku.. masih kamu
Belum pernah ku ingin terus menunggu..

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu
Hanya kamu..

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu


Bersamamu.. harapanku
Hilang dalam terang yang membutakan ku..

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu..
Dirimu..

Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna…


Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu…..

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu...


to you,
i will waiting for you no matter what happen to you...

Wednesday, September 7, 2011

meluahkan yang tak terluahkan...

assalamualaikum...

entry ni entry luahan perasaan...harap maklum...

pernah tak korang hadapi situasi macam ni...beban, masalah yang perlu dihadapi sorang-sorang, tak dapat nak share dengan orang lain...tak boleh nak buat apa-apa...luar kawalan dan kuasa kita untuk selesaikan masalah tu...hanya masa dan takdir yang menentukan...

apa lagi yang nadia boleh buat selain daripada berdoa kepada Allah S.W.T supaya tenangkan hati nadia, selesaikan segera semua masalah nadia...i really need a shoulder to cry on but i can't...nadia pulak kalau ada masalah mesti ada seseorang jadi tempat nadia luahkan, tapi kali ni nadia tak boleh...boleh gila kan...


nadia tahu tak bagus buat orang tertanya-tanya apa masalah nadia...i will do it if i can...masalahnya tak boleh...pada yang beri sokongan walaupun ada di antara mereka tak tahu pun perkara sebenar...nadia betul-betul haragai...terima kasih banyak-banyak...

setiap kali diduga dengan ujian Allah, nadia rasa dekat denganNya...sentiasa mengingatiNya...nadia manusia biasa...memang nadia akui bila kita gembira, senang hati, kita terleka dengan apa yang kita kecapi, kita lupa mengucapkan syukur kepada Allah...sekarang nadia faham, mungkin Allah mahu nadia sentiasa dekat kepadaNya... terima kasih ya Allah...harapan nadia, semoga Allah mengurniakan hikmah disebalik semua ni...


bye~

Tuesday, September 6, 2011

it's a phenomena!

assalamualaikum...
hai korang!!!
wah, kemain lama tak update blog ni...bukan apa, busy beraya + internet tersangatlah slow...okay, nak story pasal fenomena sekarang ni...

fenomena ala-ala ARTIS!

kalau dulu kena jadi artis, baru famous amos kan...semua orang kenal, semua nak bergambar, semua nak autograph...sekarang dah tak payah....duk mengadap laptop pun dah boleh famous...dengan adanya blogspot, tumblr, facebook, lookbook, twitter dan segala websites juga social networking ni, semua orang boleh jadi famous...

contohnya, kalau kita sebut CIK EPAL, MARIA ELENA, AISYAH AMIN, SHEA RASOL, FATIN LIYANA, NURUL CAKAP-CAKAP, YANA PETISUARA dan ramai lagi...siapa tak kenal...sedangkan diorang bukan artis pun...just a blogger...ada yang student, ada yang dah kerja...tapi kehidupan diorang dah macam artis dah...sana sini orang kenal, kalau jalan-jalan ada je orang nak bergambar...sama jugak macam kat facebook, twitter....hari-hari ada orang add...sampai buat page...sekali tweet, post status or gambar, beratus-ratus orang like...hebat bukan...itulah fenomena sekarang....


situasi kat atas tu, nadia turut rasai...tapi bukanlah famous, orang ajak bergambar ke apa...cuma suka nak add gadis-gadis semasa yang cantik-cantik belaka...kadang-kadang ada antara diorang yang marah bila kita add tapi tak bertegur sapa...bagi nadia pulak, tak bertegur sapa, beramah mesra bukan bermakna kita sombong ke apa...cuma kadang-kadang tu nadia segan...tapi setiap kali diorang post status, upload gambar, nadia suka baca, suka tengok...kadang-kadang like...tapi sekarang ni ramai orang add nadia pulak...kalau perempuan, nadia approve je, kalau lelaki nadia tapis dulu...hehehe....for me, kami bersatu kerana fashion...rasanya orang yang nadia add dan orang yang add nadia tu semua sukakan fashion...ada jugak sebab blog...tapi ada juga nadia dapat kawan baru di dunia maya ni...rajin bertegur sapa walau tak pernah bersua muka...chewwahhh...

fenomena ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dengan negara luar yang turut meminati fashion...contohnya indonesia, brunei, singapura...nadia pun ada beberapa kawan dari negara-negara tersebut...nadia suka dian pelangi dan indah nada puspita! cantik, muslimah dan fashionista...



satu lagi fenomena, PHOTOSHOOT...

sekarang semua orang bergambar ala-ala model...photoshoot sana sini...dulu artis je yang macam tu kan...model je yang ada koleksi-koleksi macam tu, sekarang tidak lagi....tak perlu photographer professional, tak perlu DSLR segala, tak perlu studio...tak perlu kurus kering dan tinggi lampai...kamera apa pun boleh...dinding rumah pun boleh jadi studio...fenomena ni nadia pun terjebak sekali....kemain sakan lagi...hehehe....semua ni sebab minat...tak ada salah pun kan....


lagi fenomena??? ONLINE SHOP!

bukan main berlambak lagi online shop...tak perlu modal yang besar...berapa yang ada dan mulakan perniagaan...janji bersungguh, ada rezeki besarkan lagi perniagaan...fenomena ni nampaklah impak positif kan...tapi tak kurang jugak yang ambil kesempatan, buat akaun facebook jual macam-macam tapi tipu orang...bila customer dah bank-in duit, diam je...ish3, tak baik macam tu tau...setakat ni alhamdulillah, nadia tak pernah terkena dan kalau boleh tak mahu pun...


yang kat atas ni yang nadia perasan setakat ni...kalau korang ada fenomena lain untuk ditambah, silakan berkongsi dengan nadia...hehehe....

(gambar-gambar ni sumber uncle google, gambar nada je nadia ambil dari blog dia...)

tu jelah~
bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...