Wednesday, August 31, 2011

salam merdekaraya~

.
assalamualaikum...
hi korang!!!
agak lama nadia tak jenguk blog dan facebook...start hari sabtu minggu lepas, nadia terus busy buat preparation untuk raya...kemas rumah, buat kuih raya, shopping...hehehe....nak tidur pun curi-curi masa, inikan nak on pc...jauh sekali...sampai nak demam nadia dibuatnya sebab penat sangat...

so, hari ini ada sedikit masa terluang, nadia nak wish selamat hari raya aidilfitri dan selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-54 kepada semua blogger...pendek kata salam merdeka raya untuk semua... =)

kat bawah ni ada beberapa gambar masa raya pertama...
jemput cuci matalah ye...






tu jelah nak share~
bye!

Friday, August 26, 2011

dapat kad raya~yeayyy!!!

.
assalamualikum...
hi korang!
entry ni untuk say thanks kat zuneta sebab sudi bagi kad raya untuk nadia...may be this is the first and last kad raya yang nadia dapat untuk tahun ni...kesian kan...huhuhu...zaman tunggu posmen hantar kad raya masa bulan ramadhan dah lama habis...sekarang hanya tunggu abang poslaju hantar parcel dari online shop je...hehehe...

zuneta ada buat entry siapa nak kad raya daripada dia, just email details, khas untuk follower dia saja...nadia pun apa lagi, email jela kan...

ni kad raya yang zu bagi...



comel kan...handmade okay! thanks zu~ =)
zu ni ada blog khas untuk handmade product dia...so, silalah cuci mata tengok benda-benda comel tak hingat di zmal-handmadecard.blogspot.com...yang ini pulak personal blog dia...zuneta-love-corner.blogspot.com...

again, thank you so much zuneta! i'm really appreciate it~ =)

tu jelah~
bye! =)

Thursday, August 25, 2011

tips shopping lagi : online shop!

.
assalamualaikum...
hi korang~
masih dalam mood shopping lagi...hehehe...kali ini nak share dengan korang online shop yang best...sekarang nadia jatuh cinta dengan thepoplook.com...nadia sangat suka how they serve their customer and service dia sangat superb...korang yang teringin nak pakai dress, maxi skirt, pallazo pants tu boleh tengok kat sini...even shea rasol and hanis zalikha pun shopping kat sini tau...tak percaya???




korang boleh check kat facebook poplook juga...album shea rasol dan album hanis zalikha...kenapa nadia kata service dia superb??? nadia ada send message kat bahagian customer service kat website dia sebab ada yang nadia tak faham dengan order flow dia, then dia reply dan terangkan very clearly...lepas tu, proses penghantaran dia pun cepat...order, buat payment hari ini, esok dah sampai...seronok tahu! but it depends on poslaju jugak...sebab poplook ni kat melaka, nadia kat muar...so, dekat je nak deliver kan...

nadia order dress kat bawah ni...dah sampai dah...tak sabar nak pakai okay!



another blogshop yang nadia suka ialah Girl Blog...yang ini untuk baju-baju korea lah...sebab apa nadia suka???sebab harga dia lebih murah dari online shop baju2 korea yang lain...contohnya baju kat bawah ni...


harga kat Girl Blog ni rm33, kat online shop lain dalam rm39-rm49...tapered pants rm26 je...cardigan rm20++...barang yang sama tapi lagi murah...nadia cakap murah sebab nadia dah survey dah...mostly barang dia adalah pre order tapi akan sampai ikut masa yang dijanjikan...so, jadilah favourite nadia...hehehe...

another blogshop yang nadia suka, eightdesign boutique, ala yang model dia maria elena tu...service dia pun cepat dan pantas...nadia order pallazo pants kat situ...tapi nadia punya dark grey...


tu jelah~
bye! =)

Wednesday, August 24, 2011

i have found the solution : tips shopping!

.
assalamualaikum...
hi korang!
nak share tips untuk shopaholic...to be honest, nadia adalah shopaholic yang tegar...hehehe...kalau pergi mall ke, bazaar ke, even online shopping...once nadia jumpa items yang nadia berkenan, mesti nadia macam cacing kepanasan...tambah lagi kalau benda tu unik, limited dan memang susah nak cari...

orang yang rapat dengan nadia diorang tahulah kot...dari zaman sekolah dulu nadia memang dah ada penyakit ni...tapi lately nadia dah jumpa solution untuk masalah nadia ni...nak tahu apa??? PRELOVED and BUNDLE!...lebih kuranglah kan but yang penting kedua-dua ini adalah murah...nadia start jumpa penyelesaian ni awal tahun kot...dan kemuncaknya masa final semester diploma...hehehe...tapi sekarang online shop pun banyak jual preloved kan...pilih je... =)

korang boleh imagine tak, rm20 boleh beli 4 helai baju dan kadang-kadang tu lebih! beli oxford heels yang jenis jeans just only rm5, leather pumps and handbag below rm20 only...sangat cool kan...masa nadia kat perak dulu, bila ibu call, nadia cakaplah pergi shopping bundle, habis dia gelak sakan...macam pelik sangat je..."awak shopping bundle???mana pergi anak ibu yang kaki shopping barang mahal-mahal tu, yang biar papa asal bergaya tu???" sadiskan statement ibu nadia...jawapan nadia senang je..."ini jalan penyelesaian untuk hilangkan ketagih shopping dan mengawal kewangan..."


lagipun, sekarang kan tengah 'in' VINTAGE fashion so tempat untuk shopping sangatlah memihak kepada bundle dan preloved...vintage dress rm 5-20 je...kawan nadia beli dress christian dior rm10 je...korang mampu??? dulu, kitorang siap buat rombongan lagi pergi kedai bundle kat batu gajah, perak...hehehe...ada 3 kedai favourite...satu kat bus station batu gajah tu, dan 2 shoplot, satu jual baju bundle jugak, satu lagi jual segala jenis barang vintage dan antique, Galeri de'Erin tak silap...

akak bundle tu siap bagi gift lagi masa last kitorang kat perak tu...pakcik tu siap bagi pesanan terakhir lagi kat kitorang...

"kome dah jadi designer nanti, masuk TV ke, jangan lupa kat pakcik nanti..."

hehehe...sweetlah pakcik...pakcik ni kalau tanya harga kat dia, tak ada yang murah...rm20 dia akan cakap rm2000...yela, jual prada, gucci, crocodile, LV mana ada rm20 kan...hehehe...

okaylah, here some TIPS bila nak shopping preloved or bundle items ni...

1. peruntukan MASA yang lama untuk dapatkan sesuatu barang...contohnya kat bundle selalunya dia akan display items banyak2 dan padat...kenalah tengok satu-satu sampai jumpa yang berkenan...


2. bila dah jumpa barang yang berkenan tu, keTELITIan amat diperlukan di sini...korang perlu ambil masa untuk belek2 setiap inci barang tu....almaklumlah, barang second hand kan...dapat cari yang less defect lagi bagus kan...


3. dah shopping barang bundle ni, balik rumah jangan lupa basuh sekali lagi walaupun peniaga tu kata dah basuh...lagi bagus basuh dengan air panas...orang putih kata WARM/HOT WASH...


4. korang kena pandai MIX AND MATCH...baru hasil dia awesome! contohnya, korang ada maxi skirt...carilah long sleeve or kemeja yang sememangnya banyak kat bundle...skirt dah mahal, baju cari yang murah dan banyak...boleh tukar-tukar kan...



tu jelah nak share~
bye! =)

Tuesday, August 23, 2011

plan & tarGet...

.
assalamualaikum...
hi korang!
just nak share dengan korang tentang pengalaman nadia sendiri tentang plan dan target ni...dulu, nadia ada buat entry tentang ::tips berjaya dalam hidup!:: dan salah satu tips tu adalah plan dan target... sebenarnya nadia pun tak perasan yang nadia gunakan kaedah ini dalam kehidupan seharian nadia...sekarang ni baru perasan...hehehe...


masa form 3, nadia suka sangat tengok program dekorasi macam casa impian, deko idaman dan segala program yang berkaitan...masa ni lah nadia kenalpasti minat nadia dan tukar cita-cita...nadia ingat lagi, nadia cari dalam kamus apa maksud perekabentuk dalaman in english...hehehe...so, bila orang tanya je, confident je nadia jawab, cita-cita saya nak jadi interior designer...itu TARGET nadia mulai hari itu! nampak lar lain sikit dari orang lain...semua nak jadi cikgu, businessman, engineer...dalam kelas, nadia sorang je nak jadi interior designer...hehehe...


form 4, nadia bincang dengan cikgu, "kalau saya nak jadi interior designer, saya kena ambil kos ape???" cikgu nadia pun kata, ambillah science engineering...tu dah kira PLAN lah kan...so, bila dah berada di landasan yang betul, just focus on SPM...trial nadia ada 1A je...masa yang yang tinggal tu nadia identify subjek mana yang nadia boleh skor A...ada 4 je, so nadia fokus yang 4 tu lah...dan sekali lagi TARGET nadia tepat ke sasaran dengan bantuan PLAN yang betul, nadia dapat 4A...


nadia apply UPU, first choice nadia of course lah interior design...then, dapat panggilan temuduga...excited kemain lagi...nadia ni minat je, knowledge ZERO...nadia main belasah je jawab masa interview tu...dan alhamdulillah dapat, mungkin masa tu interior design ni tak ramai orang tahu dan apply, so peluang untuk nadia ni kira cerahlah...one step closer untuk mencapai cita-cita...


masa diploma, baru nadia tahu ID ni tidaklah seperti yang nadia fikir, bukanlah seperti eric leong, terkejut kan!!!terkejut kan!!! eric leong tu interior decorator, bukan interior designer tahu!okay,as a ID students, nadia tak terror macam kawan-kawan yang lain, design tak gempak mana pun...result menurun masa part 2 and part 3...start masa part 4, nadia dah TARGET nak grad dengan 3.0 pointer ke atas...then PLAN untuk ke arah tu...dan alhamdulillah, berhasil...walaupun tak deanlist tapi nadia happy sebab TARGET nadia tercapai...


masa diploma jugak nadia dah TARGET, habis diploma, sambung degree lepas tu kerja, lepas tu beli kereta, lepas tu KAHWIN! hehehe...tapi apa yang kita nak tak selalunya dapat atau ujian akan datang secara tiba-tiba...kalau korang pernah baca yang nadia dalam dilema nak sambung degree atau kerja dulu...bila nadia kerja, secara automatik PLAN nadia dah lari kan...tapi nadia dah dapat jawapan, syukur...nadia akan sambung degree as my initial PLAN...


tapi ada satu perkara yang nadia tak PLAN, tapi ada TARGET...hubungan nadia dengan mr.bf...nadia tak pernah cari cinta (abaikan cinta monyet dulu2), bila dia datang, nadia terima...tu pun selepas melalui beberapa ujian mengenal hati budi...nadia scan sifat dan perangai dia baru nadia accept...hehehe...bila dah in relationship, baru nadia letak TARGET, apa lagi kahwin lah...so, dengan TARGET ni lah nadia bersemangat nak belajar, nak kerja...


kesimpulannya, kalau kita hidup dengan PLAN & TARGET ni, hidup kita lebih teratur, ada hala tuju dan lebih FOKUS...ini bukan cubaan, ini betul-betul tahu!

Monday, August 22, 2011

siapa yang bertuah tu???

.
assalamualaikum...
hi korang!
first of all, thanks kat semua orang yang sudi join ::giveaway by retrojingga!::
luar jangkaan nadia...semua sekali ada 80 orang bloggers yang join...so, selepas tamat je GA pada pukul 11:59 pm semalam, nadia terus potong nombor2 yang nadia dah print out...konsep cabutan bertuah kekdahnye...hehehe...tapi 70-80 nadia tulis manual sebab printer buat hal pulak...


kan nadia cakap, konsep cabutan bertuah...gigih kan...nadia yang nervous tahu...



dan orang pertama yang bertuah...................................
(yang ini ibu nadia yang cabut...kepada pemenang, you should thanks to her...ngee~)


qienah : einah-contes.blogspot.com

orang kedua yang bertuah......................................
(adik nadia yang cabut nombor ni...)


YANA PINKY : d-luvers.blogspot.com

and last but not least...................................
(nadia yang cabut nombor ni.....)


cik amira hil : cikamirahil.blogspot.com

nombor pertama tu dapat hadiah pertama (glass pad) dan begitulah seterusnya...nadia dah siap packing hadiah korang tau, tinggal nak letak nama dan alamat je...


kepada cik pemenang, sila email nadia

1. nombor peserta
2. nama
3. alamat
4. nombor telefon

email nadia : nadiaazira90@gmail.com
lagi cepat korang bagi maklumat, lagi cepat nadia pos, lagi cepat korang dapat... =)

yang tak terpilih tu lagi sekali nadia nak say million thanks to you guys for your support...mungkin rezeki korang di GA yang lain...

tu jelah~
bye! =)

Saturday, August 20, 2011

list of contestants :: giveaway by retrojingga! ::

.
assalamualaikum...
hi korang!
entry ni adalah senarai blogger yang join giveaway by retrojingga!


mana yang tertinggal tu silalah beritahu nadia ye...sambil tunggu dateline ni, korang bolehlah blogwalking dan beramah mesra dengan peserta lain... =)

01. Aziatun Ayub
02. misZiSya
03. Miera Egoiz
04. Still alive
05. Tajudin Rahmat
06. aten's worLd
07. fiQ'Ra
08. rose_putih
09. miezah
10. starheart
11. piccione blu
12. cikshaz
13. miraedo92
14. lalalulu1457
15. YANA PINKY
16. syura shii
17. نور افيره...
18. miranawi
19. Aishah S.H
20. fara anak abah
21. Joel Leslie
22. ♥♫♥ZaiKuLiM♥♫♥
23. Nida
24. kaseh suchi
25. tiefazatie
26. izzah azhar
27. ~sHaR!Na~
28. MAISHARAH
29. syieda_joy
30. nurulanatimahirah
31. Sha
32. ♥♫♥kek cokelat♥♫♥
33. Fadzillah Kamarudin
34. cik amira hil
35. abazilah
36. azelyusoff
37. awin wiwin
38. nisa nabilah
39. nenEk SyAnie
40. piko
41. GoJeS
42. 'IzzatyKhairuddin' ツ
43. Fara
44. lieyana
45. Mama Ishazah
46. Syaaaaa
47. Cik Iera Ziera
48. Cik Rose Cute
49. vanillagirls
50. QUEENPINK
51. AzahraGamalAbdulNasir
52. purplekyu^_^
53. A'G
54. A Little Girl
55. FarhanahAdzlan
56. emy adila
57. AMG
58. ♥♥azatiesayang ♥♥
59. Nur Amalina Ahmad
60. SyUhAdA
61. haiza aryani ilyas
62. Darling Ninie @ Mama Comel
63. nurul nabila bt medan
64. Nana
65. Lelord
66. wanyymisslady
67. nadiah
68. ainie yusof
69. cik ziqa
70. adifatah ~
71. mi$$ oZja
72. aisyah
73. Qienah
74. cik syuhada
75. sHieRa @ cRa
76. pyqa
77. IntaNBerliaN
78. fiezahkecik
79. seputihsalju
80. nanakimie
81. are you next???


korang check nama korang if tersalah eja or tersalah link ke. kalau ada, inform nadia okay...list ni nadia akan update lagi sebelum tarikh tutup 21/08/2011 , 11:59pm...

yang mana belum join tu, silalah...KLIK SINI...ada masa lagi ni...mana tahu rezeki saat akhir... =)

tu jelah~
bye! =)

Thursday, August 18, 2011

Malaysian Hijabers Community

.
assalamualaikum...
hi korang!
nadia nak bagitahu korang tentang satu group yang agak menarik ni...macam kat tajuk tu lar...hehehe...group ni khas untuk hijabers kat Malaysia ni...group ni baru je lagi di tubuhkan pada bulan yang mulia ni, Ramadhan al-Mubarak...

yang ini logo dia...


yang ini profile pic untuk page dia...(saja upload sebab cantik~)


group ini akan organise some events untuk group members sambil merapatkan silaturahim sesama members...


cool kan upcoming event diorang...nadia dah pun jadi one of member untuk group ni...for more info, just visit this blog, malaysianhijaberscommunity.blogspot.com and like this page, Malaysian Hijabers Community and automatically you will be a part of this community...

jom lar join ramai-ramai!
tu jelah~
bye! =)

berganjak ke angka 3 pulak!

.
assalamualaikum...
hi korang!
entry ni berkaitan dengan followers nadia yang ke 399... alhamdulillah...pertambahan follower bergerak konsisten...sama jangka masa semasa 199 nak ke 299 dulu...ini pun dengan bantuan GA yang nadia organised tu...siapa follower ke 399 tu???

ini dia...



lorr~ comel kan...follower nadia semua comel-comel...yang ke 299 dulu pun comel...serius! okay, nama follower nadia ni ShaElyana, dari Kota Kinabalu, Sabah dan NOT AVAILABLE...huhuhu... nadia rasa blog Sha ni khas untuk giveaway dan contest je dan dia juga salah seorang contestant untuk giveaway yang nadia organised tu...senang-senang singgahlah blog Sha okay!

tu jelah~
bye! =)

Wednesday, August 17, 2011

wordless wednesday #3



yes, she is girl and hijabers...
motif???

Tuesday, August 16, 2011

giveaway by retrojingga!

.
assalamualaikum...
hi korang! entry ini just nak ajak korang join nadia punya first giveaway sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya tak lama je lagi...



macam mana nak join giveaway nadia ni???

1. follow blog retrojingga ni...
2. buat satu entry bertajuk "giveaway by retrojingga!" dan letak banner kat atas tu dan link kan ke entry ini...
3. tinggalkan link di ruangan komen...

tu je~ senang je kan...
and then, kalau korang rajin dan baik hati, tag atau ajaklah blogger lain join sekali... (tak wajib pun)...

apa yang nadia nak bagi??? mestilah berkaitan dengan hobi nadia, felt craft! tu kat bawah tu haa...

1. glass pad bermotifkan citrus...bolehlah hidangkan air beralaskan alas gelas yang comel ni untuk tetamu pada hari raya nanti...


2. yang ini nadia tak tahu nak panggil apa...korang bolehlah gantung kat bilik korang or kat mana-manalah khas untuk hari raya nanti... =)


3. tiga flower brooch untuk korang pakai kat shawl ke, tudung ke...baju pun boleh...nampaklah comel di hari raya...hehehe~



cara nadia pilih pemenang adalah menggunakan konsep cabutan bertuah...korang tahukan macam mana...so, tak adalah "bias" kan...

semua ni nadia buat khas untuk HARI RAYA yang akan menjelma tak lama lagi...tarikh tutup giveaway ni adalah pada 21 OGOS 2011, 11:59 pm...

:: LIST OF CONTESTANTS ::

tu jelah~
bye! =)

Monday, August 15, 2011

puding castard~

.
assalamualaikum...
hi korang!
entry kali ini nadia mahu share resepi lagi...biasalah bulan puasa ni tangan ni rajinlah nak buat kuihlah, pudinglah...tapi yang special resepi ni bukan diambil dari mana-mana website atau buku resepi...tetapi original recipe ibu nadia...finally resepi ni jatuh ke tangan nadia...hehehe...okay lah, jom tengok bahan-bahannya...

BAHAN A
2 cawan tepung castard
9 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula pasir

BAHAN B
3 1/2 cawan susu cair
2 cawan air
1 cawan gula pasir
1 tin fruit cocktail (825gm)
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA

1. masukkan semua bahan A ke dalam periuk kecuali tepung castard ke dalam periuk...masak dengan api kecil...
2. masukkan tepung castard sedikit demi sedikit...
3. sentiasa kacau sehingga pekat dan berkilat, lebih kurang 30 minit...
4. tuang dalam bekas/acuan, sejukkan...
5. masukkan semua bahan B kecuali esen vanilla ke dalam periuk...masak dengan api yang kecil selama 10 minit...
6. sejukkan dan tamabah esen vanilla...

siap!
tapi lagi sedap kalau makan sejuk-sejuk...sama ada masukkan dalam peti sejuk atau tambah ais...ni kat bawah ni antara proses membuat puding ni...
gambar bawah ini masa proses mengacau...agak lenguh ye mengacau...huhuhu...


yang ini pulak proses menyejukkan puding sambil membuah kuahnya...


ini untuk mak ngah sebelah rumah...hihihi...


ini untuk rumah sendiri~



tu jelah nak share dengan korang~
bye! =)

Friday, August 12, 2011

lagu raya favourite!

.
assalamualaikum...
hi korang!
entry ni simple dan nak ajak korang share jugak lagu raya favourite korang...

sebenarnya nadia suka semua lagu raya especially yang dulu-dulu...kalau bukan raya pun nadia selalu dengar...hobi...hehehe...semua lagu raya sedap tapi ada beberapa lagu yang kalau nadia dengar banyak kali pun tak apa...tak jemu pun...jom tengok!

1. senandung hari raya - dayangku intan

tak tahulah kenapa suka sangat dengar lagu ni...mungkin sebab muzik dia n suara penyanyi tu sendiri...kat bawah ni penyanyi dia : dayangku intan...(agak seksi ye...tak ada gambar latest...)



2. indahnya beraya di desa - azlina aziz

yang in pun sama...may be sebab lagu dia catchy dan sedap didengar...so, lagu ni juga tersenarai dalam lagu wajib dengar untuk nadia... =)



3. selamat berhari raya - rahimah rahim

another song yang catchy...muzik yang ringan dapat diterima semua golongan...bila dengar macam nak menari ikut rentak lagu...hehehe...



ini list nadia...semua catchy, semua perempuan, semua artis dulu-dulu...kalau diikutkan banyak lagi tapi ni kira top 3 lah...so, korang pulak macam mana???sharelah... =)

tu jelah~
bye! =)

Wednesday, August 10, 2011

puteri ayu ke seri ayu atau putu ayu???

.
assalamualaikum...
hi korang!
hari ini nadia nak share resepi kuih tradisional yang banyak nama ni...nadia pun tak pasti mana satu yang betul...kalau google semua keluar kuih yang sama...tapi tak apa, yang penting kuih ni AYU...hehehe...kuih ni nadia buat untuk buka puasa hari itu...nadia tengok kat my resipi, resepi kak rohaya...tapi nadia ada ubah sikit...pandai-pandai je ubah kan...hehehe...okay, jom tengok bahan dia...

BAHAN-BAHAN

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil perisa pandan
pewarna hijau

sedikit kelapa parut, tepung gandum dan garam

CARA-CARA

1. oles acuan dengan sedikit minyak...(supaya tak melekat dan senang nak keluarkan)
2. campurkan kelapa parut, tepung gandum dan garam...masukkan dalam acuan dan tekan sedikit supaya mampat...
3. pukul gula dan telur selama 5-7 minit...masukkan ovalette dan pukul lagi...
4. masukkan tepung dan santan sedikit demi sedikit...
5. masukkan pula perisa pandan dan pewarna hijau...
(nadia tak guna perisa pandan, nadia perah santan bersama air daun pandan...tradisional sikit kan...rasa pandan asli...hehehe)
6. tuang ke dalam acuan dan kukus lebih kurang 7-10 minit...

siap!

korang tak tahu macam mana rupa kuih putu ayu/puteri ayu/seri ayu ni???tengoklah kat bawah ni...



gambar kat atas ni nadia google sebab kuih nadia sesat sikit bentuknya...sebab nadia tak ada acuan kuih ni...nadia pakai acuan kuih lompang...hehehe...



bolehlah ni kan...yang penting rasa sama...hehehe...oh ye, nadia ada buat kuih lompang jugak hari itu tapi tak sempat nak snap gambar sebab dah nak buka then lepas buka, memang habislah...

tu jelah nak share~
bye! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...