Sunday, July 31, 2011

harapan ramadhan...

.
hi korang!
assalamualaikum...
nadia rasa happy sangat sebab berpeluang bertemu lagi bulan Ramadhan kali ini...setiap kali ramadhan nadia mesti pasang azam nak berubah kepada yang lebih baik...selalunya gagal je...hehehe...salah nadia sebab diri sendiri tak cukup kuat untuk melakukan perubahan...

so, sempena bulan ramadhan kali ini...nadia sekali lagi memasang niat untuk memperbaiki diri sendiri...jangan salah faham, bukan masa bulan ramadhan je baru nak berubah, tapi bila dalam bulan ni, semangat lain macam sikit...hehehe...

kalau korang perasanlah, setiap perbuatan kita di bulan ramadhan adalah datang dari diri kita sendiri...tak ada siapa yang pengaruh...tak ada syaitan yang menghasut...so, bila nadia buat kesilapan, nadia terfikir..."tak payah nak salahkan syaitanlah...kau sendiri yang nak buat dosa..." masa ni baru kita kenal diri kita sebenarnya...

harapan nadia untuk ramadhan kali ini...

1. menjadi permulaan untuk nadia perbaiki kelemahan diri...

2. berusaha mendekatkan diri dengan Allah...asyik lalai je...

3. mengumpul sebanyak mana pahala di bulan yang penuh bonus ni...(sebab pahala berlipat ganda pada bulan ni...)

4. mengawal amarah dalam diri dan belajar untuk jadi penyabar ... (sebab nadia cepat marah dan kurang penyabar...hehehe...)

5. semoga pendapat keampunan Allah S.W.T.

ini target/misi nadia...bukan nak menunjuk ke apa...nadia bukan orang baik sangat pun tapi dalam hati ni masih ada niat untuk mendekatkan diri kepadaNya...doakan lah nadia ye...


tu jelah...
bye~ =)

Saturday, July 30, 2011

saya jatuh cinta!!!

.
hi korang!
nadia jatuh cinta! erk, lagi sekali??? tak! sudah berkali-kali... apakah??? hehehe...nak share dengan korang ni...nadia selalu jatuh cinta dengan 5 orang kat bawah ni...okay, bukan orang tapi BENDA...nak tahu??? jom tengok...

1. kampung...

nadia suka kawasan kampung,rumah melayu, ada halaman yang luas lepas tu pandai jaga...rasa tenang je bila duduk kat kampung tapi rumah atuk nadia tak kampung yang betul-betul kampung...faham tak???rumah atuk nadia rumah teres dan separuh batu...tak feeling kampung kalau macam tu kan...hehehe...tapi experience 3 tahun duduk kat perak sangat best tahu...banyak rumah kampung cantik-cantik...suka! =)




2. sawah padi

kat kawasan rumah nadia memang tak jumpalah sawah padi sebab kat johor kan banyak kelapa sawit je...so, masa kat perak ada sawah padi luas gila, jadi jakun sekejap...cantik! nak-nak masa dia warna hijau tu...satu perasaan yang tak tergambar...bagi nadia lah...teringin nak pergi kedah atau negeri utara satu hari nanti...stay 2-3 hari tengok sawah puas-puas...



3. pulau

kehidupan kat pulau ni selalu berkait rapat dengan alam semulajadi...bercucuk tanam, hasil laut...mesti diorang tenang je kan...tak banyak pencemaran...tak ada traffic jam, tak banyak jenayah berbanding kat bandar...


4. air terjun

yang ini pun nadia suka...dengar bunyi air, tengok alam sekeliling tu tenang je...udara segar, sejuk je...hai, teringin pulak...hehehe....



5. sungai dan tasik

lebih kurang air terjun...melibatkan air dan menghasilkan ketenangan...itu yang nadia suka!



sekarang mesti korang tahu nadia ni jenis macam mana kan...hehehe...korang pulak suka apa???sharelah...

ok, tu jelah...
bye~ =)

Friday, July 29, 2011

pantang larang orang melayu???

.
hi korang!
kalau keluarga korang masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan, mesti korang familiar dengan beberapa pantang larang yang mak-mak kita selalu cakap...ibu nadia ada beberapa pantang larang yang dia selalu cakap kat nadia...tapi kita bukan budak-budak zaman dulu kan, ikut je...ke nadia sorang je yang macam tu??? sebab nadia memang kuat melawan...hihihi....tapi nadia percaya setiap pantang larang tu bersebab dan ada alasan tersendiri...itu cara orang dulu-dulu nak mendidik anak diorang kan...

okay,kat bawah ni beberapa patang larang yang nadia selalu dengar...


secara rasionalnya, bersiul tu memang satu amalan yang tak elok...orang dulu-dulu selalu menakutkan anak-anak dengan niat mendidik anak-anak supaya tidak melakukan perkara yang kurang sopan atau tak elok...


yang ini nadia selalu buat...hihihi...bila ibu nadia marah maka terkeluarlah ayat di atas...nadia pun menjawab, "tak apa, along memang suka orang tua pun..." hihihi...speechless terus ibu nadia...


yang ini mungkin sebab bising kan malam-malam...so, cakaplah pencuri datang...


hahaha...penyakit nadia ni yang dilarang itu yang nadia suka buat...hehehe...realitinya, korang duduk terpampang di laluan keluar masuk memang menyemaklah...kalau setakat cakap "nak, duduk tepi sikit, orang nak lalu susah..." mesti korang tak dengar kan...makanya ditukar kepada "hah,duduklah kat tangga/pintu tu, tak ada orang nak masuk meminang kau nanti..." barulah si gadis tu cuak kan...


kalau ibu nadia cakap macam ni, nadia jawablah...ala, kalau ramai tapi semua kaya tak apalah...hahaha...saja jadi materialistik sekejap... =)


yang ini pun nadia selalu kena...kantoi! bila ibu nadia cakap je, nadia jawab...tak apa, dah ada boyfriend dah...huhuhu...sekali betul-betul jadi baru tahu kan...melawan je kerjanya...


sebab wujudnya pantang larang ni...asal mata ketumbit je maka keluarlah tohmahan seperti ini, "tu lah skodeng orang mandi lagi..." hina betul rasanya dituduh sedemikian...huhuhu....


nenek nadia muka serius je cerita..."makan nasi tu habiskan, nanti malam-malam nasi tu menangis..." nadia pun dalam hati teringin nak tengok nasi menangis...hehehe...rasionalnya diorang suruh kita elakkan pembaziran...kan3???


gerun je alasan diorang tu kan...sebenarnya takut nanti tersangkut tali ampaian tu, tersadung ke...kan bahaya...


menyabung tu bagi yang tak tahu, perbuatan angkat kaki ke atas ketika meniarap...masa nadia kecik-kecik kan, tak sedar nadia menyabung, bila dah terperasan tu...dah risau ibu nadia meninggal...entah apa-apa pemikiran masa kecik-kecik kan...

ada banyak lagi sebenarnya...yang lagi pelik pun ada...tapi tu semua cara orang dulu-dulukan...sekarang ni yang masih mengamalkan pun sedikit je jumlahnya...budak-budak zaman sekarang mana nak dengar dah...diorang lagi pandai menjawab...

korang pulak, tahu pantang larang lain yang melekat di hati??? share lah...

tu jelah nak share...
bye~ =)

Thursday, July 28, 2011

hukum karma : relevan atau tidak???

.
hi korang!
entry ni agak berat sikit...sebab nadia nak olah istilah hukum karma tu...semalam nadia banyak baca dari beberapa blogger tentang isu video klip lagu abang Faizal Tahir nadia tu tak relevan dengan budaya Melayu dan agama Islam...

perkataan "hukum karma" tu datangnya dari kepercayaan agama Hindu dan bermaksud hukum Tuhan...kenapa perkataan ni macam sinonim je dengan orang Melayu??? sebab asal-usul orang Melayu juga beragama hindu-buddha sebelum kedatangan Islam...

berdasarkan research nadia yang tak seberapa tentang hukum karma ni, ramai yang berpendapat ianya tak relevan untuk orang islam sebab "setiap kebaikan dan kejahatan akan dibalas yang serupa di atas dunia ni..."itu kepercayaan hindu sebab diorang tak percaya kehidupan selepas mati...


bagi pendapat nadia pula, penggunaan ayat "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat" itu boleh diterima pakai asalkan kita tahu, setiap perbuatan kita dinilai dan dibalas oleh Allah S.W.T. sama ada di atas dunia ataupun di akhirat kelak...tetapi boleh berlaku juga orang yang berbuat jahat itu sempat bertaubat, berubah kepada yang lebih baik jika diizin Allah S.W.T. sebelum dia mati...

dugaan Allah S.W.T. juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kepada orang baik dan beriman, orang yang alpa dan lalai mahupun orang yang jahat...nadia percaya setiap dugaan yang Allah S.W.t. bagi tu bersebab dan untuk menguji hambaNya...

nadia boleh buat kesimpulan, perbuatan baik tak semestinya kita akan terselamat dari dugaan dan dugaan bukannya hukuman...tetapi setiap perbuatan jahat pasti akan mendapat balasan dari ALLAH S.W.T. bukan daripada manusia atau apa sahaja...dan kalau ianya terbalas di dunia, itulah adalah kehendak Allah S.W.T.


kita tak boleh salahkan orang Melayu kita yang beragama Islam kerana menggunakan hukum karma dalam kehidupan seharian sebab itu yang diperturunkan daripada nenek moyang kita...tetapi kita perlu sedar yang hukum karma tidak boleh dipakai 100% dalam Islam dan kita perlu memahami secara terperinci...

mungkin kita tak ada term yang simple dan sesuai sebelum ni untuk menggantikan perkataan hukum karma tu...dan pendapat nadia, tak semestinya orang yang menggunakan perkataan "hukum karma" tu terpesong akidahnya...cuma diorang tak memahami maksud sebenar "hukum karma" tersebut...

sekadar pendapat...
tu jelah!
bye~ =)

Wednesday, July 27, 2011

bersyukur dan awak akan bahagia!

.
hi korang!
hari ini nadia mahu bercakap tentang syukur...sepanjang hidup kita ni memang selalu kita mengeluh kan...

"kenapalah hari ini panas sangat, macam nak terbakar kulit ni..."
"hujan je tiap-tiap hari, nak keluar lepak dengan member pun susah..."
"apalah nasib aku hari ini, semuanya tak menjadi..."
"kenapalah aku ni miskin, kalau kaya mesti tak payah susah-susah macam ni..."
"kenapalah aku tak ada girlfriend/boyfriend lagi, bosannya hidup..."
"asyik kena tipu je, malang betul nasib..."
"kenapalah aku ni tak cantik macam dia..."
"kenapalah blog aku ni tak ramai follower, tension!"

mesti korang pun selalu dengar all this kind of sighing...manusia memang tak akan rasa puas dengan apa yang dia ada...itu memang semulajadi kot...

TETAPI...

apabila kita menghargai apa yang kita ada...itu dipanggil, BERSYUKUR...kalau kita selalu bersyukur mesti kita tak mengeluh kan...itu je caranya...nadia selalu tengok kat FB ke, blog ke, kawan-kawan, family, siapapun selalu mengeluh dan kebiasaannya ayat-ayat kat atas tulah yang keluar...

sedarlah wahai manusia...

kalau kita merasa panas duduk di Malaysia ni, jauh di tanah arab tu, kat tempat lain pun berganda panasnya...tu, neraka jauh lagi panas...bersyukurlah duduk di Malaysia yang beriklim khatulistiwa ni...


hujan??? tahukah anda di negara lain terdapat musim kemarau yang melampau, panas pulak tu...hujan tu menstabilkan suhu bumi ni, supaya kita tak adalah rasa panas...maka, bersyukurlah...


nasib malang??? boleh tak terapkan dalam minda kita, kalau kita bernasib malang, terlalu ramai yang jauh lebih teruk daripada kita...


miskin??? anda berada di Malaysia yang jumlah pemiskin tegar tersangatlah sikit, apalah sangat nak dibandingkan dengan negara miskin dunia ataupun negara yang dilanda peperangan...sangat kesian tahu...diorang tak terfikir pun cita-cita dah besar nak jadi apa, nak beli handphone apa bulan depan...TAK ADA okay! hidup diorang hari-hari hanyalah mencari sesuap makanan untuk terus hidup...


tak ada girlfriend/boyfriend??? yang ini paling selalu nadia dengar...tak ada pasangan bukan bermakna awak tak cantik atau bla bla bla...percaya pada jodoh...kalau bukan jodoh awak sekarang, mungkin satu hari nanti, mungkin Allah S.W.T. nak beri yang terbaik untuk awak dan awak harus bersabar...


bernasib malang???ditipu/dikhianati??? malang itu dugaan Allah, tipu, khianat, hasad dengki itu sifat manusia...semua orang pernah rasa semua tu, dan kalau semua orang boleh hadapi, kenapa tidak kita???



tak cantik/kacak??? sekurang-kurangnya awak tidak cacat...setiap manusia dilahirkan ada kelebihan dan kekurangan dari segi fizikal, mental atau rohani...bila korang nampak kekurangan korang, maka carilah juga kelebihan korang...mesti ada... trust me!


blog tak ada follower??? maka berusahalah...hari-hari tulis dekat blog korang tak ada follower banyak riban-riban...korang ingat follower suka ke, kesian ke kat korang, lepas tu follow ramai-ramai...tidak sama sekali...cari idea,blogwalking,rajin follow orang,join contest ke apa-apalah...itu namanya usaha dan mesti seiring dengan entry yang bagus...nadia percaya, kalau sekarang entry nadia tak bagus tak kan selamanya tak bagus kan...so, kata kuncinya adalah USAHA.


bak kata ibu nadia, "kalau orang boleh buat, kenapa kita tak boleh!" dan lagi satu, bersikap positif...

USAHA + POSITIF + BERSYUKUR = BAHAGIA!

tu jelah nak share...
bye~ =)

wordless wednesday #2

Tuesday, July 26, 2011

what colour are you???

hi korang!!!
entry ni nak ajak korang kenal personaliti diri masing-masing ikut warna yang korang suka...from my research, ada banyak version and i'm not sure kesahihannya...it just for fun! sebab selalunya ada satu dua yang terkena dengan diri kita... =)

jom tengok!

1. merah


berani, lincah, emosional, bercita-cita tinggi, tidak mudah menyerah kalah, suka mendesak dan kurang sabar...

2. hijau


sukakan ketenangan, kedamaian, berpendirian tetap, bijak menyesuaikan diri dan sensitif!

3. biru


bersifat tenang, jujur, setia orangnya, tak suka terburu-buru, sensitif dan pemaaf...

4. kuning


suka membaca, bijak berkomunikasi, mudah dipercayai, bersemangat tinggi dan banyak idea!

5. jingga/oren


berani menanggung risiko, mempunyai matalamat tersendiri dalam hidup, kurang penyabar, menghargai diri sendiri dan suka menguasai atau mempengaruhi sesuatu...

6. hitam


prihatin, kuat dan tabah, tak mudah terpengaruh, mudah tersinggung dan berdikari...

7. putih


bersikap positif, tak suka tekanan, berdikari, gemar menyendiri dan tak mudah berprasangka...

8. coklat


suka merendah diri, berwaspada, susah nak mempercayai orang lain, takut untuk membuat keputusan, peramah dan sifat kepimpinan yang tinggi...

9. ungu


murah hati, penuh harapan, positif dan bercita-cita tinggi tetapi mudah terpengaruh...

10. merah jambu


feminin, romantik, manja, mudah tersentuh, tak banyak cakap tetapi suka berfikir, mudah marah tetapi mudah reda... =)

11. kelabu


penyabar, tenang, sukakan cabaran, pandai menawan hati, tak suka pendam perasaan dan kadang-kala pentingkan diri sendiri...

nadia??? nadia suka banyak warna...hehehe...
merah, hijau, hitam, jingga, coklat dan kelabu yang paling nadia suka...kalau ikut nadia lah kan, nadia ni garang, degil, berani???kadang-kadang je kot...hehehe...tapi nadia suka alam semulajadi, ketenangan, kedamaian, sedikit konservatif sebab nadia suka barang-barang lama atau tradisi yang ada nilai tersendiri...

tu jelah nak share...
bye~ =)

Monday, July 25, 2011

inilah hasilnya... =)

hi korang!
entry lepas-lepas kan nadia ada cerita nadia beli beginner pack untuk buat felt craft kan...ala, yang kat sini tu...nadia dah cuba buat dah...seronok buat benda alah ni...

terus terang, menjahit adalah bukan minat nadia tapi bila dah diterapkan elemen seni, nadia terus suka...hehehe...lagipun bila kita buat sesuatu dengan usaha sendiri, kita akan lebih puas kan...

so, inilah hasilnya...yang bunga merah ni, first sekali nadia buat...jahitan pun tak kemas...huhuhu...


lepas tu, nadia cuba lagi buat bunga...bila dah jadi, lagilah excited buat macam-macam design lain pulak...jom tengok...


keychain nama ikwan ni adik nadia yang no.3 tu suruh buatkan...


volkswagen kuning...teringat cerita karak pulak...


yang ini pulak adik nadia yang last, faiz suruh buat...entah lah, ada rupa domo kun ke tak...hehehe...


burung ala-ala twitter... =)


cupcake ni nadia paling suka sekali! comel je...(puji diri sendiri...hihihi...)


lepas tu, nadia cuba buat frame pulak...bila dah siap terus pergi print gambar nak letak kat frame...excited habis...hehehe...inilah hasilnya...


puas hati nadia dapat buat semua ni sendiri...sekarang masa untuk mengemaskan lagi jahitan and do more design...sementara ada banyak masa lapang ni kan...


kalau korang nak buat jugak, boleh dapatkan beginner pack kat sini atau sini...nadia tak dibayar pun mempromosi blog diorang...just nak memudahkan korang yang berminat je...

tu jelah nak share dengan korang...
ok bye~ =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...