Tuesday, October 25, 2011

pengalaman dengan jamban!

assalamualaikum...
hai korang!
first of all, sorry lah tajuk entry tak boleh blah kan...tak tahu nak letak apa sebenarnya...lately, nadia asyik sibuk dan tahap kemalasan melampau...hari ni baru rajin sikit nak edit gambar dan menaip...

minggu lepas, hari rabu, 19/10/2011, batch nadia ada trip ke Melaka, melawat kilang seramik untuk subjek "Material and Finishes"...kitorang pergi dua bas...

inilah kilang yang kami pergi tu...sebelum sampai sini agak jenuh juga bersesat-sesatan ye...


sampai je kitorang dapat breakfast walaupun dah pukul 11 rasanya...lepas tu, puan syarifah suzana, manager kat Potex tu bagi briefing tentang produk dia iaitu water closet(WC) lar atau dalam bahasa melayunya mangkuk tandas...dia brief macam mana dia berfungsi, jenis-jenis WC, teknik memilih WC...kenapa pulak siap ada trip semata-mata nak tengok kilang mangkuk tandas??? sebab kitorang kan bakal Interior Designer...kenalah tahu semua tu supaya tak buat kesilapan...kat bawah ni lah puan suzana tu...dia sangat baik dan friendly okay...


then, we have lunch kat kafe kilang tu...free okay! yes, nadia memang suka makan free! siapa tak suka kan...pegawai kilang ni sangat baik melayan tetamu, sesetengah kilang tu kerek je...huhu...dah kenyang, kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan ada pegawai dari kilang tu yang bawak kami pusing-pusing kilang tu dan brief tentang proses dan segala mesin yang diorang gunakan...jom layan gambar...kat bawah ni proses moulding...belum keluar dari acuan lagi...


yang ni yang dah dikeluarkan dari acuan...


kakak ni pulak tengah cuci seramik tu...salah satu daripada proses tu lah, nadia tak ikut step sebab banyak kot...


yang ni proses mewarna pulak...warna putih ke, hitam ke, pink, biru, depends lah...kitorang ada juga melawat makmal warna dan mesin yang blend warna-warna tu...


yang ini antara proses terakhir di mana diorang akan check sama ada WC tu boleh berfungsi dengan baik ke tak...diorang gunakan bola golf, tuala kecil dan plastik ais krim yang diisi air dan diikat beberapa bahagian (nadia panggil dia "tahi suci") hehehe...


sebelum balik pihak kilang tu siap sediakan souvenir untuk kitorang lagi iaitu jamban comel tak hingat ni...suka!!!


lecturer kitorang, cik mi pun sporting, kitorang request pergi bandar melaka then dia pun on je...hehehe...walaupun dah selalu pergi melaka tapi feeling pergi dengan kawan-kawan lain tau...kitorang pergi area Dataran Pahlawan...


harus letak gambar sendiri!


kesimpulannya, nadia suka diberi peluang pergi ke kilang-kilang macam ni, ingat senang-senang ke boleh masuk...dan belajar perkara baru juga...pegawai2 yang baik dan makan free...semua orang happy!

tu je nak cerita...
okbai! =)

5 comments:

  1. boleh geng dgn Afdlin Shauki jadi duta Harpic :D

    ReplyDelete
  2. j b r : kan...jadi duta potex, bukan kotex!
    haha

    ReplyDelete
  3. Nice blog! I love your headscarf! =)

    http://pinkchampagnefashion.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. gile cool boleh lawat kilang buat mangkuk tandas :)

    ReplyDelete
  5. pergh... kalau dah nama nya jamban tu macam2 la ok bayang~ hek

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...