Friday, October 14, 2011

did you get it???

assalamualaikum...
hai korang!!!
entry ni berkaitan dengan blogging...tiba-tiba terfikir tentang perkara ni...

APA YANG KITA DAPAT DARIPADA BLOGGING???

adakah blogging ni satu pembaziran masa, kerja sia-sia, tak ada manfaat langsung, membuatkan awak hilang fokus, leka dan segala yang negatif lah...sebenarnya jawapan tu bergantung kepada diri sendiri...kalau awak leka, maka leka lah awak dalam dunia blogging tu...tiada betul atau salah...

berbalik kepada persoalan tadi tu...ini jawapan nadia...


seriously, setelah dua bulan lebih berblogging ni, penulisan dan penggunaan bahasa nadia berubah...tidaklah seperti A.Samad Said...lagipun, nadia masih menggunakan bahasa rojak dan tahap bahasa masih lagi separa formal cuma nadia lebih berhati-hati menggunakan perkataan tertentu dan ejaan yang penuh...

dulu nadia sangat dipengaruhi bahasa SMS...sekarang bila nadia perhatikan dah macam terbalik pulak, dekat facebook pun nadia guna full spelling, SMS pun sama...baguslah untuk mempertahankan bahasa kita kan...chewwahhh!!!


sejak berblogging ni, nadia dapat banyak sangat information compare with before blogging...berita, fakta, lawak, gossip, pengalaman orang lain, teknik blogging, penulisan, idea, krativiti, semua ada...lagi banyak tahu pengalaman orang lain, lagi banyak pengajaran dan pengetahuan kita dapat...pengetahuan dan pengalaman mematangkan kita...


yes, sejak berblogging ni nadia rajin buat research selain daripada assignment...huhuhu...disebabkan tak nak publish entry sampah dan tak ada input untuk readers makanya nadia buatlah sedikit research sebelum buat entry...ini untuk entry tips dan information lah...tapi tak tahulah kalau entry tersebut masih kategori sampah ke tak...huhuhu...kalau entry personal tu, based on pengalaman nadia jela...nak buat research kat mana kan... =)


daripada blogging jugak nadia tahu macam-macam jenis perangai manusia kat muka bumi ni...yang tak terjangkau dek akal pun ada...tapi bila baca kejadian-kejadian pelik tu, nadia terfikir kenapalah dia buat macam tu, apa ada dalam fikiran dia, dia tak boleh fikir secara waras ke??? mana sifat kemanusiaan dia...macam-macam persoalan dan nadia akan buat kesimpulan sendiri...dunia akhir zaman...

lagi satu, nadia suka memerhati cara orang berfikir, meluahkan pendapat, menyampaikan ilmu melalui blogging...macam-macam cara ada...ikut kreativiti masing-masing...


jangan cakap blogging tak memerlukan kekuatan mental dan fizikal sebab kemungkinan untuk mempunyai HATERS, pembangkang, dihentam, dimaki hamun adalah besar...setakat ni, nadia tak adalah pengalaman tu dan kalau boleh tak nak pun...

tapi pernah jugak beberapa pendapat nadia dipertikaikan dan inccident yang memalukan diri sendiri...akibat tak baca betul-betul entry orang tu...tak adalah kena hentam tapi ego nadia tercabar...huhuhu...mesti orang ingat nadia ni komentator tak bertauliah...baca entry tak habis sibuk nak komen...padahal masa tu nadia betul-betul terlepas pandang...okay lah, manusia melakukan kesilapan and i learn from that...

setakat ini, tu jelah yang nadia dapat daripada blogging ni...korang macam mana pulak??? ada penambahan??? lets share with me... =)

tu jelah~
bye! =)

7 comments:

  1. sama2lah kita memartabatkan bahasa ibunda kita....nice entry.....

    ReplyDelete
  2. stuju. My BAHASA GETTING IMPROVED A LOT. i mean a lot.

    and of course untuk info2 sgt bagus dan menambah kenalan :)

    keep up with the updates people :)

    ReplyDelete
  3. @nurnasihah : best! hehehe...
    btw, nice to know you... =)

    ReplyDelete
  4. @aiman : yes...bahasa jiwa bangsa!

    @inspektor saahab : sama2 lah kita tingkatkan ilmu kita! =)

    ReplyDelete
  5. salam kenal n 4lo... hepi blogging dear...:-)

    ReplyDelete
  6. saban hari kita membaca pengalaman penulis yang mencatat coretan sendiri dalam akhbar akhbar terkemuka,
    tapi mereka penulis.
    pandangan mereka tentang divider jalan. adalah hanya sebagai divider jalan

    dengan berblog kita boleh juga membaca pendapat berbeza tentang devider jalan,
    dari pilot,
    dari pekerja kilang,
    dari student (Mostly)
    dari orang buta?
    pasti ada.. kena cari la sikit lagi:D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...