Tuesday, September 6, 2011

it's a phenomena!

assalamualaikum...
hai korang!!!
wah, kemain lama tak update blog ni...bukan apa, busy beraya + internet tersangatlah slow...okay, nak story pasal fenomena sekarang ni...

fenomena ala-ala ARTIS!

kalau dulu kena jadi artis, baru famous amos kan...semua orang kenal, semua nak bergambar, semua nak autograph...sekarang dah tak payah....duk mengadap laptop pun dah boleh famous...dengan adanya blogspot, tumblr, facebook, lookbook, twitter dan segala websites juga social networking ni, semua orang boleh jadi famous...

contohnya, kalau kita sebut CIK EPAL, MARIA ELENA, AISYAH AMIN, SHEA RASOL, FATIN LIYANA, NURUL CAKAP-CAKAP, YANA PETISUARA dan ramai lagi...siapa tak kenal...sedangkan diorang bukan artis pun...just a blogger...ada yang student, ada yang dah kerja...tapi kehidupan diorang dah macam artis dah...sana sini orang kenal, kalau jalan-jalan ada je orang nak bergambar...sama jugak macam kat facebook, twitter....hari-hari ada orang add...sampai buat page...sekali tweet, post status or gambar, beratus-ratus orang like...hebat bukan...itulah fenomena sekarang....


situasi kat atas tu, nadia turut rasai...tapi bukanlah famous, orang ajak bergambar ke apa...cuma suka nak add gadis-gadis semasa yang cantik-cantik belaka...kadang-kadang ada antara diorang yang marah bila kita add tapi tak bertegur sapa...bagi nadia pulak, tak bertegur sapa, beramah mesra bukan bermakna kita sombong ke apa...cuma kadang-kadang tu nadia segan...tapi setiap kali diorang post status, upload gambar, nadia suka baca, suka tengok...kadang-kadang like...tapi sekarang ni ramai orang add nadia pulak...kalau perempuan, nadia approve je, kalau lelaki nadia tapis dulu...hehehe....for me, kami bersatu kerana fashion...rasanya orang yang nadia add dan orang yang add nadia tu semua sukakan fashion...ada jugak sebab blog...tapi ada juga nadia dapat kawan baru di dunia maya ni...rajin bertegur sapa walau tak pernah bersua muka...chewwahhh...

fenomena ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dengan negara luar yang turut meminati fashion...contohnya indonesia, brunei, singapura...nadia pun ada beberapa kawan dari negara-negara tersebut...nadia suka dian pelangi dan indah nada puspita! cantik, muslimah dan fashionista...



satu lagi fenomena, PHOTOSHOOT...

sekarang semua orang bergambar ala-ala model...photoshoot sana sini...dulu artis je yang macam tu kan...model je yang ada koleksi-koleksi macam tu, sekarang tidak lagi....tak perlu photographer professional, tak perlu DSLR segala, tak perlu studio...tak perlu kurus kering dan tinggi lampai...kamera apa pun boleh...dinding rumah pun boleh jadi studio...fenomena ni nadia pun terjebak sekali....kemain sakan lagi...hehehe....semua ni sebab minat...tak ada salah pun kan....


lagi fenomena??? ONLINE SHOP!

bukan main berlambak lagi online shop...tak perlu modal yang besar...berapa yang ada dan mulakan perniagaan...janji bersungguh, ada rezeki besarkan lagi perniagaan...fenomena ni nampaklah impak positif kan...tapi tak kurang jugak yang ambil kesempatan, buat akaun facebook jual macam-macam tapi tipu orang...bila customer dah bank-in duit, diam je...ish3, tak baik macam tu tau...setakat ni alhamdulillah, nadia tak pernah terkena dan kalau boleh tak mahu pun...


yang kat atas ni yang nadia perasan setakat ni...kalau korang ada fenomena lain untuk ditambah, silakan berkongsi dengan nadia...hehehe....

(gambar-gambar ni sumber uncle google, gambar nada je nadia ambil dari blog dia...)

tu jelah~
bye!

6 comments:

  1. pendapat nadia tu sgt betul..kalau kita tak tegur tu xsemestinya sombong tp kdg2 segan..:)
    pastu memang kebanyakkan yg add sbb masing2 suka fesyen..samala dgn i add u..hihi..nice to meet u:)

    ReplyDelete
  2. fenomena photoshot tu aku laa tu..mmg dh tjebak....dinding rumah ak mmg kerap jd studio...

    ReplyDelete
  3. @nikisa izas : kan...takkan dia post putus cinta kita duk sibuk tanya kenapa...dah lar tak kenal...

    cuma bila rasa boleh get close, kita go lah...tak semua kita boleh buat macam tu.... =)

    @aziatun ayub: kan...kegilaan kita sama... =)

    ReplyDelete
  4. artis internet tu memang menjadi boom kan sekarang.
    bagus jugak,
    moga artis menyanyi tu tahu diorang tu tak lah besh sangat :D heheh

    ReplyDelete
  5. yg lawa ramai nak kawan.. yg tak lawa berangan je la..


    huhu

    ReplyDelete
  6. @pocket : kan...tgk friend kat fb sume persis artis...artis pun dah mula menjoinkan diri dengan diorang...hehehe

    @hamzah ian : yang lawa teruskan melawa, yang tak berapa nak lawa jadikan yang lawa tu inspirasi untuk built up self confident...just diorang kena take it positive lar...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...