Monday, August 15, 2011

puding castard~

.
assalamualaikum...
hi korang!
entry kali ini nadia mahu share resepi lagi...biasalah bulan puasa ni tangan ni rajinlah nak buat kuihlah, pudinglah...tapi yang special resepi ni bukan diambil dari mana-mana website atau buku resepi...tetapi original recipe ibu nadia...finally resepi ni jatuh ke tangan nadia...hehehe...okay lah, jom tengok bahan-bahannya...

BAHAN A
2 cawan tepung castard
9 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula pasir

BAHAN B
3 1/2 cawan susu cair
2 cawan air
1 cawan gula pasir
1 tin fruit cocktail (825gm)
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA

1. masukkan semua bahan A ke dalam periuk kecuali tepung castard ke dalam periuk...masak dengan api kecil...
2. masukkan tepung castard sedikit demi sedikit...
3. sentiasa kacau sehingga pekat dan berkilat, lebih kurang 30 minit...
4. tuang dalam bekas/acuan, sejukkan...
5. masukkan semua bahan B kecuali esen vanilla ke dalam periuk...masak dengan api yang kecil selama 10 minit...
6. sejukkan dan tamabah esen vanilla...

siap!
tapi lagi sedap kalau makan sejuk-sejuk...sama ada masukkan dalam peti sejuk atau tambah ais...ni kat bawah ni antara proses membuat puding ni...
gambar bawah ini masa proses mengacau...agak lenguh ye mengacau...huhuhu...


yang ini pulak proses menyejukkan puding sambil membuah kuahnya...


ini untuk mak ngah sebelah rumah...hihihi...


ini untuk rumah sendiri~



tu jelah nak share dengan korang~
bye! =)

10 comments:

  1. wow!!sedap nyer yunk..kecurq air liorq...

    ReplyDelete
  2. @chu : raya nanti datang rumah nadia, nadia buatkan~hehehe.... =)

    ReplyDelete
  3. @littlegurl : kalau awk peminat puding, memang terliur kan...

    ReplyDelete
  4. puding castard gn puding caramel tu lain kan?

    cam ne buat puding caramel. aku suka sgt puding caramel...

    ReplyDelete
  5. @aziatun : lain...ni resepi puding caramel...

    http://www.myresipi.com/top/detail/82

    ReplyDelete
  6. sedapnye. huhu.. aritu pika baru je buat.. opsss.. mak yg buat.. pika mkn je..hehe

    ReplyDelete
  7. @cik pika : tu lar, selalu ibu nadia je buat, so sekarang turn nadia pulak yang buat... =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...