Tuesday, August 9, 2011

outspoken! bagus ke tidak???



assalamualaikum...
hi korang!
outspoken ni apa??? bila nadia google makna "outspoken" ni macam-macam yang keluarkan...contohnya,

"express their feeling freely"
"directness in manner or speech"
"saying exactly what they thinks"
"frank and unreserved"



kalau dalam bahasa melayu pulak kira berterus-teranglah, lantang bersuara, pendek kata tak ada tapis-tapis, apa yang dia fikir itu yang keluar...dalam kehidupan kita mesti jumpa orang-orang yang jenis "outspoken" ni...dan penerimaan orang terhadap si "outspoken person" ni tentunya berbeza-beza kan...

1. ada orang boleh terima, tak ada kecik-kecik hati punya...janji jujur!


2. ada orang tak boleh terima, kita orang melayu, orang melayu jiwa sensitif...perlu berbudi bahasa, bahasa jiwa bangsa...


3. ada orang cakap boleh terima "outspoken person" ni tapi bila dah terkena, perghh, pedih gila...mulalah jauhkan diri, merajuk sekejap ke...


ada beberapa sebab musabab terhadap penerimaan kita terhadap si "outspoken person" ni...

1. hati yang begitu lembut macam softlan, maka orang sekeliling perlu berkata-kata dengan lembut dan sopan...kiranya sensitiflah...mudah terasa...

2. ada orang jenis hati kering, cakaplah apa pun..."ada aku kisah???"

3. berpegang kuat pada adat orang melayu...cakap haruslah berlapik, berbudi bahasa, sopan santun amalan mulia... =)

4. haruslah menjaga hati orang walaupun dia memang menyakitkan hati...tahap kesabaran yang tinggi!

kesimpulannya,

kena seimbangkan kesemua di atas...kadang-kadang kita rasa kita boleh terima dan berpendapat 'biar sakit hati sekarang daripada sakit hati kemudian hari...' tapi bila terkena tu memang pedihlah kan...kena sabar sikit...nadia ada sikit sifat "outspoken" ni lebih-lebih lagi bila nadia tak puas hati tapi setelah beberapa kali bersabar lah...bak kata orang, sabar ada batas...tapi bila berhadapan dengan orang yang "outspoken" ni, nadia sentap jugaklah...tapi bila fikir balik sekurang-kurangnya dia jujur, tak ada cakap belakang...betul tak???

dan kepada si "outspoken person" pulak (termasuk nadia...hehehe), tak salah kalau nak lantang bersuara tapi perlu ada sedikit berlapis dan tak terlampau menyakitkan hati orang lain...maknanya, komunikasi yang berkesan sangat diperlukan di sini...macam peribahsa menarik rambut dalam tepung...apa yang kita nak sampaikan tu jelas tanpa menyakitkan hati orang tersebut...

berceloteh berdasarkan pengalaman sendiri...
tu jelah~
bye! =)

8 comments:

  1. outspoken tak bagus,
    kalau frank opinion tu berbeza dari outspoken,
    pendapat ikhlas tu bila ditanya.
    baru la buleh bagi..
    cam contoh ...
    'ko rasa aku patut keluar tak ngan cik wahid tu minggu ni, dia tu laki orang tapinyer..'
    then jawaban jujur penting disini.

    tapi kalau kakak tu tak der anak,
    usaha nam tahun dah tak dapat dapat, kita gi melawat mase open house, sang outspoken ni buleh dok wat ayat ...
    'korang mandul kot..dah gi jumpa doktor?'
    'husband u peluru kapur lah tuu..'

    ooiihh!!

    outspoken person should be left alone in his/her own corner, and only to be talk to when an honest opinion is needed. huh!!

    ReplyDelete
  2. wah...penerangan yang panjang lebar...setuju dengan opinion u...ada orang kalau bercakap tak reti nak jaga hati orang langsung...ada orang terlalu takut berterus-terang sampai menipu...kena balance 2-2...macam nadia cakap, bagai menarik rambut dalam tepung...tepung tak selerak, rambut dapat ditarik... =)

    ReplyDelete
  3. somehow i xberape gemar dengn outspoken people ni. coz diorg main hembus je nak ckp.. kdg2 xfikir pasal perasaan org lain. huhu..

    ReplyDelete
  4. @afifnabiha : betul...mungkin perlu belajar macam mana cara nak tegur orang tanpa menyakitkan hati... =)

    ReplyDelete
  5. okeyh.. jujur pika mmg x suke owg yg terlampau outspoken.. pika suke owg tego pika cre baek.. kite kn ade budi bahse.. kn3???

    ReplyDelete
  6. hahaha aku pernah cakap main lepas..and ada orang xboleh time.. dia bantai aku balik dowh ! hihi

    ReplyDelete
  7. @chu : hati manyak lembut~
    @aziatun : tu lar, aku selalu je...pastu menyesal...tapi kalau tak over sangat aku boleh terima...sekurang2nya dia jujur, tak simpan dan tak cakap belakang...tapi bila kena memang sentaplah kan... =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...