Wednesday, July 6, 2011

the real apam polka dot!!!

hi korang!!!
dulu i ada try resepi apam polka dot kan..tapi i buat version apam beras...yang kat sini....so,sekarang i nak share resepi sebenar pulak...hehehe...

bahan-bahan :

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry/strawberry/any flavour
pewarna

cara-cara nak buat apam ni pulak :

1. masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang (6-8 minit)
-kalau nak senang,masuk telur,ovalette dan susu segar dulu...baru masuk tepung,gula dan baking powder sedikit demi sedikit...supaya tak adalah susah nak pukul...
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut berapa banyak warna korang nak buat...
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag termasuk filling tu untuk memudahkan kerja korang...
4. picitkan adunan ke dalam paper cup...separuh je dulu...
5. masukkan filling tu pulak...korang agak-agak lah...
6. then,masukkan selebihnya sampai sama rata dengan paper cup...
7. dot-dot kan apam tu or buatlah corak apa pun yang korang suka...
8. kukuskan 10-15minit or sampai masak...siap!

kat bawah ni apam yang i buat...


*korang kena cover tutup pengukus dengan kain ke surat khabar ke supaya air wap tak kena kat apam tu...kalau tak,apam korang jadi lubang2...tak cantik!
*i campur pewarna merah,biru,kuning,hijau unyuk dapatkan warna kelabu!
*entry wordless wednesday tu hanya teaser je... =)

4 comments:

  1. wah cam best je eheee.. nak cuba lah.. :D

    ReplyDelete
  2. @cik wan : cubalah...seronok wat apam ni...hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...