Thursday, July 28, 2011

hukum karma : relevan atau tidak???

.
hi korang!
entry ni agak berat sikit...sebab nadia nak olah istilah hukum karma tu...semalam nadia banyak baca dari beberapa blogger tentang isu video klip lagu abang Faizal Tahir nadia tu tak relevan dengan budaya Melayu dan agama Islam...

perkataan "hukum karma" tu datangnya dari kepercayaan agama Hindu dan bermaksud hukum Tuhan...kenapa perkataan ni macam sinonim je dengan orang Melayu??? sebab asal-usul orang Melayu juga beragama hindu-buddha sebelum kedatangan Islam...

berdasarkan research nadia yang tak seberapa tentang hukum karma ni, ramai yang berpendapat ianya tak relevan untuk orang islam sebab "setiap kebaikan dan kejahatan akan dibalas yang serupa di atas dunia ni..."itu kepercayaan hindu sebab diorang tak percaya kehidupan selepas mati...


bagi pendapat nadia pula, penggunaan ayat "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat" itu boleh diterima pakai asalkan kita tahu, setiap perbuatan kita dinilai dan dibalas oleh Allah S.W.T. sama ada di atas dunia ataupun di akhirat kelak...tetapi boleh berlaku juga orang yang berbuat jahat itu sempat bertaubat, berubah kepada yang lebih baik jika diizin Allah S.W.T. sebelum dia mati...

dugaan Allah S.W.T. juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kepada orang baik dan beriman, orang yang alpa dan lalai mahupun orang yang jahat...nadia percaya setiap dugaan yang Allah S.W.t. bagi tu bersebab dan untuk menguji hambaNya...

nadia boleh buat kesimpulan, perbuatan baik tak semestinya kita akan terselamat dari dugaan dan dugaan bukannya hukuman...tetapi setiap perbuatan jahat pasti akan mendapat balasan dari ALLAH S.W.T. bukan daripada manusia atau apa sahaja...dan kalau ianya terbalas di dunia, itulah adalah kehendak Allah S.W.T.


kita tak boleh salahkan orang Melayu kita yang beragama Islam kerana menggunakan hukum karma dalam kehidupan seharian sebab itu yang diperturunkan daripada nenek moyang kita...tetapi kita perlu sedar yang hukum karma tidak boleh dipakai 100% dalam Islam dan kita perlu memahami secara terperinci...

mungkin kita tak ada term yang simple dan sesuai sebelum ni untuk menggantikan perkataan hukum karma tu...dan pendapat nadia, tak semestinya orang yang menggunakan perkataan "hukum karma" tu terpesong akidahnya...cuma diorang tak memahami maksud sebenar "hukum karma" tersebut...

sekadar pendapat...
tu jelah!
bye~ =)

4 comments:

  1. kenapa nak dibincangkan pasal penggunaan perkataan itu?

    pocket yang tak aptudet ni memang la tak tau kan, apasal? mamat tu guna dlm lagu dia n di'cemuh' pihak tertentu ker?

    ReplyDelete
  2. rasanya ape yg kite buat pasti berbalik pd kite...tak kire la baik atau jahat...itulah hakikatnye...*sori

    ReplyDelete
  3. rasanya ape yg kite buat pasti akan berbalik pd kite..tak kisah la baik atau buruk..kan.

    ReplyDelete
  4. @pocket : yup,lagu karma FT tu mencetuskan kontrovesi...lagu wings, hukum karma tu dulu cetus kontroversi jugak ke...yang itu nadia tak tahu...hehehe...
    @shazlanshah : kan, kita akan dapat balasan tak kira di dunia / akhirat kecuali dengan izin Allah, dia sempat bertaubat... =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...