Thursday, July 21, 2011

dibuli mak mertua???

hi korang!!!
tengok tajuk entry???takut tak kalau kita di dalam situasi berkenaan...hehehe....takut kan...dari zaman sekolah lagi, i selalu fikir kalau dapat mak mertua yang garang gila dan suka buli menantu...mesti cuak kan...lepas tu terbayang pulak watak fazura dalam sebuah drama raya, "rendang untuk mertua"...scary bila bayangkan dapat mak mertua macam watak wan maimunah tu....ishhh,mintak dijauhkan lah....

adat orang melayu dulu-dulu, rasa tapak tanganlah,tengok rajin ke tidak...selalu nak test bakal menantu atau menantu dengan hal-hal rumah tangga contohnya disuruh masak, disuruh mengemas...ataupun kalau lelaki pula, disuruh panjat pokok, ambil buluh, betulkan atap rumahlah...kadang-kadang tu bukan nak mintak tolong sangat, saja nak test...hehehe...kalau tanya mak atau ayah kita mesti diorang ada cerita mereka sendiri kan...


sekarang dunia dah maju, zaman dah moden, ramai keluarga tak praktik kan pun cara ni...tak pandai masak, mengemas??? tak apa, dia pandai,kerja bagus, boleh cari orang gaji...tapi pada pendapat i lah, sejauh mana kaya atau pandai kita ni, kita mesti tahu asas rumah tangga...bagi perempuan, kenalah belajar masak, mengemas rumah...lelaki pulak kenalah belajar betulkan alat-alat perkakas rumah, berkebun ke...apa-apalah...walaupun korang ni orang bandar dan anak orang kaya...sebab kita masih lagi orang melayu yang kaya dengan adat dan budaya...



i sangatlah bersyukur sebab keluarga mr.bf sangat sporting dan anggap i macam keluarga sendiri...i boleh nampak keikhlasan diorang terima i...lagipun i tak ada adik beradik perempuan, bila kakak dan adik mr.bf rapat dan baik dengan i, i rasa happy sangat...baru i tahu best rupanya ada adik beradik perempuan, boleh luahkan perasaan dan menggedik bersama-sama...hahaha...
(i dengan adik-adik dan mak mr.bf)



ada kawan i pernah cakap tak elok rapat sangat dengan family boyfriend nanti break or clash, dah renggang hubungan tu...tapi bagi i, its depends on kita sendiri sebenarnya...macam i, diorang layan i baik, tak kan i saja-saja tak nak rapat pulak kan...i pun terfikir, kalaulah ditakdirkan i tak ada jodoh dengan mr.bf, i tetap sayangkan family dia...
(gambar i dengan bakal mak mertua,insyallah...hihihi)


lagi satu, if i gaduh dengan mr.bf, family dia sebenarnya yang buat i fikir dua-tiga kali kalau tiba-tiba terlintas nak putuskan hubungan kitorang...kitorang gaduh selalunya sebab sikap masing-masing, tak ada kaitan pihak ketiga mahupun keempat...hehehe....so, kepada mr.bf, you should thank to your family...i ingat lagi masa gaduh besar dulu, kakak mr.bf bagi i lagu barney song, i love you...dia kata andai kata i tak ada jodoh dengan adik dia, i tetap a part of their family...masa tu sangat terharu ok...kat bawah ni gambar i dengan kakak mr.bf... =)


berbalik kepada topik asal, walaupun diterima baik oleh family mr.bf,itu tidak bermakna yang i boleh bersenang-lenang dan selesa dengan kedudukan i kan...i tetap belajar memasak, mengemas dan i juga beruntung punya ibu yang kuat membebel demi memastikan anak perempuan dia yang sorang ni jadi seorang perempuan melayu yang cukup sifat...hehehe...

mood : bersyukur disayangi ramai orang....
tu jelah nak share...
bye~ =)

7 comments:

  1. untung lah....huhu aku?bile lagi....urm

    ReplyDelete
  2. mungkin belum giliran u lagi...
    mungkin esok...siapa tahu???

    ReplyDelete
  3. ada baik dan buruknya....cuma kalau boleh jgn libatkan mereka kalau kita bergaduh...biar kita berdua sahaja yg selesaikan.

    ReplyDelete
  4. saya pon ada mother in law yg sporting...best sgt!!

    ReplyDelete
  5. republicAku : memang kalau boleh tak nak susahkan mana-mana pihak pun, tapi dalam kes dulu, semua tahu sebab status relationship kat fb...

    liza : kan kak liza...dah ada futured mom in law yang sporting macam ni, kalau boleh tak nak cari lain...hehehe....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...