Wednesday, July 27, 2011

bersyukur dan awak akan bahagia!

.
hi korang!
hari ini nadia mahu bercakap tentang syukur...sepanjang hidup kita ni memang selalu kita mengeluh kan...

"kenapalah hari ini panas sangat, macam nak terbakar kulit ni..."
"hujan je tiap-tiap hari, nak keluar lepak dengan member pun susah..."
"apalah nasib aku hari ini, semuanya tak menjadi..."
"kenapalah aku ni miskin, kalau kaya mesti tak payah susah-susah macam ni..."
"kenapalah aku tak ada girlfriend/boyfriend lagi, bosannya hidup..."
"asyik kena tipu je, malang betul nasib..."
"kenapalah aku ni tak cantik macam dia..."
"kenapalah blog aku ni tak ramai follower, tension!"

mesti korang pun selalu dengar all this kind of sighing...manusia memang tak akan rasa puas dengan apa yang dia ada...itu memang semulajadi kot...

TETAPI...

apabila kita menghargai apa yang kita ada...itu dipanggil, BERSYUKUR...kalau kita selalu bersyukur mesti kita tak mengeluh kan...itu je caranya...nadia selalu tengok kat FB ke, blog ke, kawan-kawan, family, siapapun selalu mengeluh dan kebiasaannya ayat-ayat kat atas tulah yang keluar...

sedarlah wahai manusia...

kalau kita merasa panas duduk di Malaysia ni, jauh di tanah arab tu, kat tempat lain pun berganda panasnya...tu, neraka jauh lagi panas...bersyukurlah duduk di Malaysia yang beriklim khatulistiwa ni...


hujan??? tahukah anda di negara lain terdapat musim kemarau yang melampau, panas pulak tu...hujan tu menstabilkan suhu bumi ni, supaya kita tak adalah rasa panas...maka, bersyukurlah...


nasib malang??? boleh tak terapkan dalam minda kita, kalau kita bernasib malang, terlalu ramai yang jauh lebih teruk daripada kita...


miskin??? anda berada di Malaysia yang jumlah pemiskin tegar tersangatlah sikit, apalah sangat nak dibandingkan dengan negara miskin dunia ataupun negara yang dilanda peperangan...sangat kesian tahu...diorang tak terfikir pun cita-cita dah besar nak jadi apa, nak beli handphone apa bulan depan...TAK ADA okay! hidup diorang hari-hari hanyalah mencari sesuap makanan untuk terus hidup...


tak ada girlfriend/boyfriend??? yang ini paling selalu nadia dengar...tak ada pasangan bukan bermakna awak tak cantik atau bla bla bla...percaya pada jodoh...kalau bukan jodoh awak sekarang, mungkin satu hari nanti, mungkin Allah S.W.T. nak beri yang terbaik untuk awak dan awak harus bersabar...


bernasib malang???ditipu/dikhianati??? malang itu dugaan Allah, tipu, khianat, hasad dengki itu sifat manusia...semua orang pernah rasa semua tu, dan kalau semua orang boleh hadapi, kenapa tidak kita???



tak cantik/kacak??? sekurang-kurangnya awak tidak cacat...setiap manusia dilahirkan ada kelebihan dan kekurangan dari segi fizikal, mental atau rohani...bila korang nampak kekurangan korang, maka carilah juga kelebihan korang...mesti ada... trust me!


blog tak ada follower??? maka berusahalah...hari-hari tulis dekat blog korang tak ada follower banyak riban-riban...korang ingat follower suka ke, kesian ke kat korang, lepas tu follow ramai-ramai...tidak sama sekali...cari idea,blogwalking,rajin follow orang,join contest ke apa-apalah...itu namanya usaha dan mesti seiring dengan entry yang bagus...nadia percaya, kalau sekarang entry nadia tak bagus tak kan selamanya tak bagus kan...so, kata kuncinya adalah USAHA.


bak kata ibu nadia, "kalau orang boleh buat, kenapa kita tak boleh!" dan lagi satu, bersikap positif...

USAHA + POSITIF + BERSYUKUR = BAHAGIA!

tu jelah nak share...
bye~ =)

8 comments:

  1. tq 4 da peringatan..
    yeah manusia ni mmg suka sangat mengeluh...
    berterima kasihlah
    itu tanda2 org yang bersyukur

    ReplyDelete
  2. @shida : you are welcome...nadia ingatkan diri sendiri jugak... =)

    ReplyDelete
  3. awak sungguh positive! hee.. nice entry :D

    ReplyDelete
  4. @zuraini : sebab tu nadia tak banyak masalah macam orang lain...hehehe

    ReplyDelete
  5. suke entry ni. +ve thinking :)

    ReplyDelete
  6. @chu : kan...senang je...hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...